
Kalau korang peminat setia McDonald, mesti terbeliak mata bila melihat diskaun gila-gila sehingga 60% yang ditawarkan untuk 7 set hidangan McValue.
Tawaran Crazy Hour McDelivery ini bermula dari 16 Februari sehingga 31 Mac ini. Korang boleh menikmati promosi ini setiap hari pada jam 3 petang hingga 6 petang.
Namun begitu, ada beberapa terma dan syarat yang perlu dipatuhi dan antaranya adalah seperti berikut:
• Promosi Crazy Hour hanya sah untuk 7 set McValue Meals (Medium) sahaja
• Set promo hanya untuk air Coke (M) dan kentang goreng (M) sahaja
• Dengan pembelian minimum RM18 melalui McDelivery
• Tidak sah untuk sebarang promosi McDelivery yang lain
• Tawaran dibuka dari Isnin sehingga Ahad, 3 petang-6 petang
• Tawaran sah dari 16 Februari 2019 sehingga 31 Mac 2019
• Tidak sah untuk penghantaran melalui GrabFood atau Food Panda
Wah, nampaknya memang berbaloi-baloi ni. Makan sedap dengan harga yang sangat puas hati. Apa lagi gaiss, esok lunch tak perlu keluar rumah, call je McD. Hiks!
Akaun Twitter Pro-Tentera Israel ‘Koyak’ Dengan Komen Kecaman Rakyat Malaysia

Ketegangan yang sedang melanda negara Palestin dan pihak tentera Zionis Israel kian memuncak apabila kedua-dua pihak saling berbalas serangan pada minggu ini.
Dalam sidang media yang diadakan oleh Perdana Menteri Israel hari ini, beliau membayangkan serangan roket ke atas pejuang Hamas di Gaza, Palestin akan berlanjutan untuk satu jangka masa yang lama.
Serangan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Israel terhadap Masjid Al-Aqsa semasa umat Islam sedang berada dalam bulan Ramadan al-mubarak dilihat sebagai suatu perbuatan biadap dan melampau.
Penduduk dunia kini saling bergandingan dalam mengutuk niat Israel yang kini dilihat hidup dengan nyawa dan darah umat Islam demi menjarah tanah milik Palestin.
ARTIKEL BERKAITAN : Bella Hadid Pertahankan Rakyat Palestin, Kutuk Serangan Israel Ke Atas Gaza – REMAJA
Malaysia mengambil langkah untuk turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara dan darat tentera Israel yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat Palestin termasuk di kalangan kanak-kanak tidak berdosa.
Menerusi saluran media sosial, masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama terus-menerus mendesak agar Israel segera menghentikan sebarang tindakan kejam dan agar penduduk dunia tidak menutup mata dan berdiam diri melihat isu ini.
Desakan rakyat Malaysia yang terkenal sebagai ‘tentera bawang’ di media sosial nampak telah mendapat perhatian daripada akaun Twitter Pro-Tentera Israel iaitu Israel Defense Forces.
Kehadiran komen daripada rakyat Malaysia di setiap muat naik akaun tersebut telah mengakibatkan pengendali akaun ‘koyak’ dan memberi respon balas berbunyi, “Malaysians Troll Is Bulls**t.”
Eh!!! Dia kata kita pulak..?! Ha.. apa lagi jabatan Netizens, lancarkan ler.. pic.twitter.com/dMAMI1qbKX
— Que Haidar (@que_haidar) May 12, 2021
Bagaimanapun, carian Remaja terhadap ciapan tersebut gagal menemuinya setelah ia dipercayai telah dipadamkan oleh akaun tersebut.
Sebelum ini, Israel Defense Forces pernah menghalang rakyat Malaysia daripada memasuki akaun mereka di Facebook sekitar tahun 2014 setelah warganet dari Malaysia dan Indonesia berterusan mengecam perbuatan kejam tentera Israel di ruangan komen.
Haa, baru tahu perasaan kena buli siber oleh rakyat tempatan kita!
Gunakan kuasa korang di media sosial untuk terus mendesak agar serangan kejam Israel dihentikan segera.
Situasi Luar Biasa, Singa ‘Melepak’ Atas Jalan Raya Di Afrika Selatan Ketika Lockdown

Wabak COVID-19 bukan sahaja menjadikan udara alam semesta bertambah baik disebabkan hampir seluruh dunia berhenti melakukan aktiviti dan pekerjaan, malah keadaan ini juga nampaknya memberi ‘ketenangan’ buat hidupan liar juga.
Di Afrika Selatan, selepas perintah lockdown diisytihar, kelihatan beberapa ekor singa berada di jalanan yang sepertinya sedang selesa berbaring di atas jalan raya.
Menurut portal CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan memaparkan sekumpulan singa itu juga langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar.
Gambar-gambar tersebut turut dikongsi oleh laman twitter Kruger National Park.
Kruger visitors that tourists do not normally see. #SALockdown This lion pride are usually resident on Kempiana Contractual Park, an area Kruger tourists do not see. This afternoon they were lying on the tar road just outside of Orpen Rest Camp.
📸Section Ranger Richard Sowry pic.twitter.com/jFUBAWvmsA— Kruger National Park (@SANParksKNP) April 15, 2020
Sekumpulan singa berbaring di atas jalan raya di luar Kem Orpen Rest. Ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana biasanya, akan ada kereta yang melintas dan haiwan-haiwan tersebut akan berlari ke dalam semak-samun.
Jurucakap taman negara tersebut juga menasihatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan kawasan itu kerana ia merupakan sangat luar dan hidupan liar akan lebih aktif tanpa kehadiran manusia.
Ha, macam bagus juga singa tu berbaring atas jalan raya kan, barulah orang takut nak keluar dan duduk diam-diam di rumah. Hiks!
Apa-apa pun diharap agar wabak COVID-19 ini berhenti daripada terus menular. Semoga situasi sekarang menjadi satu pengajaran buat penduduk dunia untuk lebih menghargai dan menjaga satu sama lain.
Stay home, stay safe!
Sumber: Sinar Harian & Kruger National Park
[VIDEO] Bela Kambing Dalam Rumah & Najis Bersepah Di Ruang Tamu, Dahsyat “Idea” Pelarian Rohingya

Sejak semalam tular di media sosial suasana di dalam rumah yang dipercayai disewa oleh pelarian Rohingya yang membela kambing di dalam rumah.
Dapat disaksikan najis kambing bersepah-sepah di ruang tamu yang langsung tidak dibersihkan sementelah wanita yang membuka pintu rumah berkenaan mendukung seorang anak kecil yang mudah terdedah kepada masalah kesihatan jika persekitaran tidak dijaga rapi.
Bagi orang-orang Malaysia, ruang tamu tempat paling selesa untuk berehat selepas seharian bekerja dan di situ jugalah ruang menonton tv. Yeah, memang bestkan lepak di ruang tamu tapi kalau dah kongsi dengan kambing, lain ceritanya.
Dalam rakaman video tersebut, dipercayai lokasi kejadian ini berlaku di Flat Sri Murni, Selayang di mana pihak yang bertanggungjawab menjaga kawasan flat ini mengatakan mereka mendapat aduan dari penduduk. Bila pergi buat pemeriksaan, mendapati penyewa yang juga pelarian Rohingya ini membela kambing di dalam rumah.
Perggg, hebat punya idea. Tak terfikir oleh kita di Malaysia kecuali situasi darurat barangkali.
Terfikir di hati kami, bagaimanalah pelarian Rohingya ini boleh membawa kambing untuk tinggal sembumbung dengan najis tidak dikemaskan. Boleh pula bau dan dirinya rasa selesa?
Dalam rakaman itu wanita yang seakan tidak memahami bahasa Melayu (cuma bercakap sedikit-sedikit) pada awalnya seperti teragak-agak untuk membenarkan pemeriksa masuk ke rumah mereka. Di akhir rakaman, dapat didengar individu yang membuat pemeriksaan mahu suaminya bertemu pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalah aduan ini.
Pasti tuan rumah sakit kepala kalau tahu rumah yang disewa untuk manusia dikongsi bersama binatang, hikz.
Korang tontonlah sendiri video di bawah ini.