Selepas Malaysia, kini giliran negara jiran kita, Indonesia menikmati The BTS Meal yang baru sahaja dilancarkan semalam di negara itu.
Sama seperti di sini, BTS Meal dihidangkan dengan 9 ketul chicken McNuggets, kentang goreng dan minuman coca-cola bersaiz sederhana serta sos sweet chilli bersama saus cajun. Hidangan tersebut berharga Rp 40,909 (RM 11.83) dan apa yang menariknya, di Indonesia menawarkan set jimat 2 hidangan BTS Meal dengan harga Rp 77,273 (RM 22.35).
Sambutan yang diterima sangat luar biasa dan pihak media Indonesia juga turut melaporkan gambar kesesakan yang berlaku di beberapa cawangan McDonald’s.
Malah, pekerja McDonald’s juga turut ‘sporting’ menarikan lagu BTS sempena mempromosikan hidangan terhad ini.
Khabarnya, beberapa cawangan McDonald’s terpaksa ditutup sebentar kerana terlalu ramai orang dan dikhuatiri menyebabkan penularan COVID-19.
Sekurang-kurangnya 13 cawangan McDonald’s sesak di Indonesia dan buat sementara waktu, beberapa cawangan di Semarang akan ditutup beberapa hari ekoran bimbang kes wabak COVID-19 meningkat.
Indonesia antara negara Asia Tenggara yang mempunyai peminat BTS yang ramai, maka tidak hairanlah situasi seperti ini boleh berlaku.
Apa-apa pun diharap agar situasi ini dapat dikawal oleh pihak berwajib agar tidak berlaku kemudaratan di kemudian hari.