Rasanya baru sahaja mengidam nak makan Grilled Chicken Foldover McDonald’s, hari ini restoran makanan segera popular itu sudah pun mengeluarkan promosi baharu yang bakal dilancarkan untuk menu Ramadan nanti.
Kali ini, mereka tampil dengan menu foldover baru yang kelihatannya sangat menyelerakan, versi Crispy Fish. Uish, wajib try ni!
Istimewa juga sempena Ramadan kali ini, McD menyediakan minuman berasaskan kurma seperti Iced Kurma Latte dan Ice Kurma Milk.
Ha, dah terliur kan?
Untuk menu pencuci mulut pula, korang boleh dapatkan dessert terbaru daripada McD iaitu Chocolate Banana Pie yang ranggup di luar, disertakan chocolate filling bersama isi pisang didalamnya.
Nah, Banana Sundae dan Chocolate Banana McFlurry pun ada tau.
Hm, belum puasa pun dah terliur.
Namun begitu, korang tetap perlu mematuhi PKP dan setiap pesanan boleh dibuat secara online atau pun drive-thru. Jangan pula korang bersesak-sesak dekat McD tu sebab nak dapatkan menu ni semua ya. Pesan secara online lebih selamat.
Selamat menjamu selera dan selamat berpuasa!
Sumber: McDonald’s Malaysia
Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar IPTA Terpedaya Skim Pelaburan Mata Wang Kripto
Bagi korang yang gemar melabur terhadap emas atau mata wang asing, silalah berhati-hati.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini memaklumkan orang ramai bahawa skim penipuan masih menular di Malaysia kini dikenalpasti dalam bentuk pelaburan emas, pelaburan mata wang digital, forex dan skim cepat kaya.
Buktinya, lebih 50 orang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kota Bharu, Kelantan terpaksa menanggung kerugian angkara terpedaya dengan skim cepat kaya dalam bentuk pelaburan mata wang kripto.
Memetik laporan media tempatan, kerugian tersebut dianggarkan melebihi nilai RM200,000 di mana setiap mangsa membuat pelaburan antara RM1,000 hingga lebih RM10,000.
Penuntut yang terpedaya ini sanggup menggunakan wang simpanan dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas gelap mata ingin mengaut keuntungan melebihi satu peratus sehari atau 30 peratus dalam masa sebulan.
Menyesal Ajak Adik
Kongsi salah seorang mangsa yang berusia 21 tahun, dia mula menyertai pelaburan membeli mata wang kripto apabila seorang pensyarahnya memuat naik iklan dalam kumpulan WhatsApp mereka pada Jun lalu.
Dia mula memasukkan wang tunai bernilai RM138 lebih 10 kali ke lima akaun berbeza hinggalah ia mencecah hampir RM3,900.
“Saya menyesal mengajak adik membuat pelaburan saja bernilai RM2,800 kerana percaya pelaburan itu akan memberi keuntungan selepas melihat baki akaun saya bertambah menjadi RM9,000. Malangnya, saya tidak sempat untuk mengeluarkan wang tersebut.”
*
Sementara itu, Presiden Persatuan Blockchain dan Matawang Digital Malaysia (MCBA) berkongsi beberapa tip untuk mengelak diri korang ditipu kegiatan penipuan kripto.
1) Wallet
Pastikan pelaburan menggunakan aplikasi dompet elektronik yang disimpan oleh pengguna (korang) dan bukannya disimpan oleh orang lain mahupun server. Sekiranya matawang kripto tidak dipegang oleh korang sendii, maka ia bukanlah milik peribadi korang.
2) Kekunci sulit dan awam
Penting adanya kekunci (password) sulit dan kekunci awam. Kekunci awam biasanya boleh diolah menjadi alamat dompet elektronik. Sekiranya pengguna tidak ada kedua-dua itu, maka ia bukanlah matawang kripto.
3) Transaksi
Mesti ada transaksi yang boleh dilihat secara umum menerusi aplikasi sesawang untuk perjalanan wang tersebut sejak peringkat awal penubuhan mata wang kripto sehingaa sekarang. Informasi ini akan disimpan secara blok. Pastinya ada rentetan daripada blok sebelumnya sehingga ke blok terkini untuk tatapan semua orang.
4) Elak pemasaran pelbagai peringkat (MLM)
Mata wang kripto yang dijual secara MLM mesti dielakkan kerana ini adalah suatu bentuk penipuan. Mata wang digital jenis ini boleh dibeli secara terus dari pengguna ke pengguna tanpa mendapat habuan yang lain daripada transaksi itu.
5) Jauhi mining digital
Elakkan kegiatan ‘perlombongan digital’ yang sah-sah merupakan suatu penipuan.
6) Kertas putih
Paling penting, semak dan baca kertas putih cadangan mata wang kripto. Sekiranya maklumatnya tidak jelas, maka korang hendaklah bertanya kepada pihak yang lebih mahir.
*
Jadi, korang diingatkan jangan terlalu mudah terpengaruh dengan pelbagai penganjuran skim cepat kaya atau skim yang menawarkan pulangan wang tidak masuk akal yang dijanjikan ‘bebas-risiko’ini. Elakkan menjadi seorang lagi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ekonomi Lumpuh, Rakyat Terjejas Jika Malaysia Darurat – Parti Syed Saddiq
Teka-teki sama ada Malaysia akan diisytiharkan darurat sejak semalam bukan saja dikhawatiri oleh orang ramai. Malah remaja dan belia di luar sana juga risau sekiranya pekara itu terjadi.
Hari ini, Parti MUDA yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meminta agar pemimpin dan pembangkang duduk membincangkan perihal Belanjawan 2021 agar hak rakyat terpelihara.
Dalam satu kenyatan dikeluarkan oleh mereka, MUDA menolak sebarang usaha ke arah darurat kerana ia menggugat amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan merugikan rakyat.
Krisis kesihatan COVID-19 tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menggantung urusan Parlimen dan kerajaan.Situasi darurat juga akan membawa keburukan yang lebih besar kepada rakyat Malaysia.
Pertama, ekonomi negara akan lumpuh dan periuk nasi terjejas. Peniaga SME, penjaja kecil dan syarikat-syarikat akan terkesan dalam usaha memulihkan ekonomi mereka. Pelaburan tidak akan dibuat kerana Malaysia bukan lagi negara demokratik.
Tidak mustahil, semakin ramai pekerja terpaksa dibuang. Pasaran saham juga jatuh. Pulangan pelaburan seperti ASB dan KWSP akan terjejas akibat darurat.
Kedua, darurat memberikan kuasa mutlat kepada Perdana Menteri. Perlembagaan boleh dipinda dan undang-undang boleh digubal tanpa melalui Parlimen. Kerajaan juga boleh campur tangan hal ehwal kerajaan negeri. Ini jelas menidakkan konsep semak dan imbang di negara kita.
Ketika ini, sudah wujud amalan double standard di dalam penguatkuasaan undang-undang. Rakyat lari dikuarantin didenda, Menteri lari bercuti dibela.
Menyedari impak ini, MUDA berharap agar Majlis Raja-Raja melalui kebijaksanaan yang ada tidak bersetuju dengan saranan Perdana Menteri dan jemaah menterinya.Malaysia jelas sedang berada di persimpangan sejarah yang amat tajam beloknya. Sejarah akan mengajar. Dan orang muda akan belajar.
Duduk berbincang, tak perlu isytihar darurat
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga membuktikan bahawa amalan perbincangan boleh menyelesaikan masalah. Ini dibuktikan melalui UNDI18 iaitu meminda umur layak mengundi.
Jelas Syed Saddiq dalam hantarannya, dahulu dirinya pernah diperlekehkan apabila mencuba untuk pinda perlembagaan (UNDI18) walaupun kerajaan tiada sokongan 2/3 ahli parlimen.
“Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia tetapi, Alhamdulillah, kerana Bipartisanhip, kita berjaya lakukan bersama.
“Saya dimaki oleh segelintir pemimpin kerana duduk bersama pembangkang untuk usahakan agenda nasional.
“I marched forward because i believe that we can create history together for Malaysia.
Malaysia needs more bipartisanship!
“Ketepikan Ego & pecahkan tembok kepartian demi Malaysia tercinta. Saya berharap YAB Perdana Menteri boleh mempertimbangkan cadangan saya.
” Kalau takut tidak cukup sokongan di parlimen, jangan ambil jalan mudah untuk gantung parlimen & demokrasi. Jumpa dengan semua & cari titik tengah bersama.
“We are not unreasonable. We love Malaysia more than anything else. We did it before,
We can do it again for Malaysia,” catat beliau.
“BTS Pun Tak Tahu Menang Kot” Penonton Keliru Kategori Artis Korea Popular
Semalam, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 baru saja melabuhkan tirainya dengan menobatkan Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular pada edisi kali ini.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Mira dan kesemua pemenang pada malam ini seperti Fattah Amin (Pelakon Filem Lelaki Popular), Khai Bahar (Penyanyi Lelaki Popular) dan Siti Nordiana (Penyanyi Wanita Popular).
Menariknya, bukan selebriti tempatan saja yang berjaya merangkul anugerah semalam. Penyanyi K-Pop pun diiktiraf juga menerusia kategori Artis Korea Popular!
Wow hebat juga acara anugerah di Malaysia, sudah sampai ke tahap antarabangsa seperti di anugerah Video Music Awards baru-baru ini yang memperkenalkan kategori Kumpulan K-Pop Terbaik.
Untuk kategori itu semalam, antara yang tercalon adalah Blackpink dan EXO, tetapi akhirnya anugerah tersebut dimenangi oleh Bangtan Boys (BTS).
Malangnya, pengenalan kategori tersebut tidak dapat diterima oleh netizen yang mengatakan mengapa Malaysia perlu mengangkat artis Korea yang (1) Tidak tahu-menahu mengenai pencalonan mereka untuk ABPBH (tidak seperti Anugerah Industri Muzik, AIM yang membawa penyanyi atau band dari Indonesia untuk melakukan persembahan dan menerima anugerah).
Lagipun, (2) kategori itu seharusnya dijadikan sebagai kategori online saja seperti yang dimenangi oleh Artis Sensasi, Gandingan Paling Popular, Lagu Popular dan lain-lain. Tak perlu untuk ia diangkat sehingga diberikan penghargaan di atas pentas sebesar ABPBH.
Netizen tidak mengambil masa lama untuk turut mempertikaikan momen tersebut. Malangnya, tempias bukan saja diterima oleh penganjur tetapi juga oleh penerima anugerah yang mewakili kelab peminat BTS iaitu ARMY Malaysia.
“Tak faham kenapa ada anugerah ini. Macam tak penting je bagi award untuk artis korea.. Kalau artis Indonesia atau Singapura kira logik lagi.”
“Kita ni beria nak selitkan artis luar dalam program kita. Mereka bukan hadir pun.”
“Walaupun aku minat K-Pop tapi kategori ini merepek.”
Hhm, apa pendapat korang?
Penulis gembira untuk kemenangan BTS Army Malaysia tetapi mungkin lebih baik jika ia dikekalkan sebagai anugerah Online saja.