McDonald’s Malaysia Perkenal Menu Baru Sempena Ramadan

Share

Rasanya baru sahaja mengidam nak makan Grilled Chicken Foldover McDonald’s, hari ini restoran makanan segera popular itu sudah pun mengeluarkan promosi baharu yang bakal dilancarkan untuk menu Ramadan nanti.

Kali ini, mereka tampil dengan menu foldover baru yang kelihatannya sangat menyelerakan, versi Crispy Fish. Uish, wajib try

ni!

Istimewa juga sempena Ramadan kali ini, McD menyediakan minuman berasaskan kurma seperti Iced Kurma Latte dan Ice Kurma Milk.

Ha, dah terliur kan?

Untuk menu pencuci mulut pula, korang boleh dapatkan dessert terbaru daripada McD iaitu Chocolate Banana Pie yang ranggup di luar, disertakan chocolate filling

bersama isi pisang didalamnya.

Nah, Banana Sundae dan Chocolate Banana McFlurry pun ada tau.

Hm, belum puasa pun dah terliur.

Namun begitu, korang tetap perlu mematuhi PKP dan setiap pesanan boleh dibuat secara online atau pun drive-thru

. Jangan pula korang bersesak-sesak dekat McD tu sebab nak dapatkan menu ni semua ya. Pesan secara online lebih selamat.

Selamat menjamu selera dan selamat berpuasa!

Sumber: McDonald’s Malaysia

Published by
Noor Ain Norman