Siapa je yang tak sukakan durian D24?
Setelah menjadi fenomena pada tahun lepas, McDonald’s Malaysia nampaknya mengambil peluang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini untuk mengembalikan semula perisa McFlurry durian di kesemua cawangannya.
McDonald’s semalam telah mengumumkan mengenai comeback tersebut di Facebook mereka dan nampaknya netizen tidak teragak-agak untuk ke McDonald’s terdekat selepas berbuka puasa tadi untuk mencuba sendiri perisa paling popular McDonald’s pada tahun lepas itu.
Masakan tidak, McFlurry Durian sentiasa sold out di outlet seluruh negara dan semua yang ketagih dengan raja buah tersebut akan setia menantikan ia kembali di pasarkan. Cuba lihat respon netizen di Instagram merka ini.
Ada di kalangan korang yang sudah mencubanya hari ini?
Amacam, sama tak rasanya macam tahun lalu?
Pelajar Muslim Cipta ‘Kasut Pintar’ Khas Untuk OKU Penglihatan
Wow bagusnya, ada teknologi baru untuk OKU penglihatan!
Pakistan dianggap sebagai negara yang banyak melahirkan doktor dan jurutera dan kini turut melangkah dalam dunia kemajuan teknologi. Seorang pelajar Muslim yang menceburi bidang IT dari Faisalabad, Shanza Munir telah mencipta kasut khas untuk golongan cacat penglihatan.
Menurut laporan media tempatan, inovasi ini daripada sebahagian projek universiti di sana yang menjadi tumpuan media.
Kasut pintar itu direka khas untuk mereka yang mengalami cacat penglihatan yang mana ia dapat mengesan dan penggera kepada pemakai dalam jarak radius 200 sentimeter.
Ia mempunyai sensor getaran terbina yang akan memberi amaran kepada pemakai sekiranya terdapat halangan di hadapan. Selain itu, kasut pintar ini boleh dicas semula dan mengandungi butang ‘power’ untuk mematikan sensor apabila tidak diperlukan.
Cumanya, belum menjadi kenyataan untuk digunakan secara komersial jika kerajaan di sana tidak membantu untuk mengetengahkan inovasi ini.
Harap-harap teknologi ini mampu membatu golongan kurang upaya penglihatan ini.
Sumber: Matic Today
Trending Di Laman Sosial. 7 Tahun Hilang, Jurutera Aeronautik Britain Dapat Jejaki MH370?
Korang masih ingat lagi tragedi pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 dan mengemparkan Malaysia dan seluruh dunia?
Pesawat malang yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ini kembali trending di media sosial setelah seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan sebenar pesawat itu.
ARTIKEL BERKAITAN : [NAHAS] Pesawat Sriwijaya Air Hilang Dari Radar, Nelayan Temui ‘Serpihan’ Di Laut – REMAJA
Media antarabangsa melaporkan, Richard Godfrey mendakwa memperoleh koordinat tepat di mana pesawat MH370 Malaysia Airlines terhempas dan jatuh ke dasar selatan Lautan Hindi yang menyuntik harapan baharu salah satu misteri besar penerbangan diselesaikan.
One of the greatest aviation mysteries of all time may have been solved, with aerospace engineer Richard Godfrey telling us he’s “very confident” he has found where missing plane MH370 is located. pic.twitter.com/kajsK1TuG8
— Sunrise (@sunriseon7) November 30, 2021
Beliau memberitahu telah menghabiskan lebih setahun membuat kajian dan ‘mengira’ di mana lokasi MH370 terhempas.
Godfrey mendakwa Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi 2,000 km barat Perth, Australia Barat dan kerja-kerja mencarinya sesuai dilakukan mulai tahun depan dan ditemui pada separuh kedua 2022.
“Saya telah menggunakan teknologi pengesanan baharu dalam usaha menyelesaikan misteri ini. Penggunaan sistem isyarat radio bertindak seperti ‘tripwires’ telah membantu dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.
“Lokasi nahas utama adalah di kaki Broken Ridge di kawasan dengan bentuk muka bumi yang sukar di bawah air,” dakwa laporan Godfrey.
Dengan menggunakan teknologi pengesanan revolusioner, Richard Godfrey percaya pesawat jenis Boeing 777 yang dijadualkan mendarat di Beijing, China telah terhempas ke Lautan Hindi 2,000km di bahagian barat Perth, Australia, lapor BCC.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang. Sejak itu, pesawat jenis Boeing 777 berkenaan tidak dapat dikesan.
Al- Fatihah kepada semua mangsa MH370.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Confirm Hutang Negara Cecah 1 Trillion! Tun M Akui Kewangan Negara “DICABUL” Penuh Rakus
Pagi tadi, buat kali pertamanya Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di hadapan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya selepas 13 hari memegang tampuk pemerintahan negara.
Selain bercakap tentang integriti, negara yang sudah tidak dihormati seperti sebelum ini, Tun Mahathir turut menyentuh tentang hutang negara yang sudah mencecah 1 trillion. Memang terkejutkan! 1 trillion bersamaan 1000 juta.
Ternyata cakap-cakap orang bahawa semasa pentadbiran Datuk Seri Najib yang boros (kebanyakkannya memasang janji kepada rakyat selain ditadbir oleh orang tidak amanah), jumlah hutang ini pastinya sangat mengejutkan. Jika begini jumlahnya berapa keturunan dapat habiskannya dan apa nasib anak cucu pada masa depan?
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tugas pentadbiran sekarang adalah memulihkan negara dan menjadikan Malaysia dihormati semula serta dipandang tinggi di seluruh dunia.
Katanya ia merupakan satu perjuangan agar negara dapat kembali ditadbir dengan baik dan berjaya dalam pembangunan serta dikenali sebagai negara yang mampu mendirikan diri sendiri atas usaha sendiri.
“Kita harus sedar bahawa sekarang negara kita tidak dihormati seperti dahulu. Saya amat kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam Komanwel kerana dapat menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan program serta perancangan dengan jayanya, tetapi hari ini kita dapati negara ini tidak lagi dihormati dan pentadbir tidak lagi dipandang tinggi,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Putra di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut mengingatkan warga JPM akan pemisahan kuasa dalam sistem demokrasi iaitu pemerintah (Eksekutif), perundangan (Legislatif) dan Kehakiman bagi mewujudkan ‘check and balance’ (semak dan imbang) untuk negara kembali dihormati.
“Permisahan ini sangat penting, kalau tiada ‘check and balance’ seperti ini maka tetap akan berlaku sesuatu tidak baik, yang tidak dapat ditegur, tidak dapat dihalang dan ditentang. Ini kita harus ingat. Pentadbir menjadi tangan yang terkuat dalam melaksanakan segala urusan untuk membangunkan negara.
“Pentadbir mestilah terdiri daripada pentadbir yang baik dan tidak terpesong kerana sebab-sebab lain. Ini amat penting sekali dan saya yakin, anda (pentadbir) semua tahu kita sebagai pentadbir mestilah akur kepada sistem pemerintahan negara kita iaitu sistem demokrasi,” tegas perdana menteri.
Katanya jika pemisahan kuasa itu tidak wujud, maka satu pihak akan menguasai ketiga-tiga cabang tersebut dan pihak berkenaan tidak lagi ditegur atau ditentang serta boleh melakukan apa-apa sahaja termasuk yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Atas sebab itulah kata beliau negara mesti mempunyai tiga cabang terbabit khususnya pentadbiran yang memainkan peranan penting dan golongan pentadbir pula mesti terdiri daripada anggota yang berpegang pada ikrar untuk berkhidmat kepada negara tanpa dipesong oleh lain-lain perkara.
“Contohnya, kalau kita suruh dilakukan sesuatu bertentangan undang-undang negara, maka menjadi tanggungjawab pentadbir negara untuk tidak menerima sesuatu yang salah dan disuruh melakukannya. Kita lihat dalam beberapa tahun lepas ini, pentadbir tidak mempunyai kuasa untuk menegur dan menentang apabila disuruh melakukan (sesuatu) yang bertentangan dengan undang-undang negara,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau mendapati ramai anggota pentadbir melakukan perbuatan yang tidak baik dan merugikan negara, mungkin kerana takut atau disogok untuk berbuat demikian.
“Kita dapati kewangan negara sudah dicabul dengan begitu besar sehingga sekarang kita hadapi masalah penyelesaian hutang yang sudah meningkat kepada trilion ringgit. Ini tidak pernah dilakukan oleh kita. Dahulu, kalau kita ada hutang jumlahnya tidak melebihi RM300 bilion tetapi sekarang sudah meningkat lebih RM1 trilion.
“Bagaimanakah kita mahu selesaikan hutang ini. Bergantung pada usaha dan daya fikir kita untuk mengatasi cabaran ini. Untuk ini, kita perlu kerjasama antara pihak kerajaan dan wakil-wakil rakyat yang dipilih dan pentadbiran,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia mampu menghadapi pelbagai cabaran dengan berpegang pada prinsip yang diletakkan di bawah sistem pentadbiran berdemokrasi.
“Hanya dengan cara itu kita dapat bersihkan pentadbiran negara kita dan apabila ia menjadi lebih bersih, dikenali, maju dan efisien maka pada ketika itu akan terpulih negara kita. Saya berharap dapat kerjasama tidak berbelah bagi selaku perdana menteri, asalkan apa yang dilakukan oleh saya tidak bertentangan dengan dasar-dasar dan undang-undang negara,” katanya.
Beliau berkata pentadbir perlu menghormati perlembagaan negara yang selama ini menjadi asas dalam penyusunan pentadbiran negara yang mengutamakan undang-undang.
Katanya undang-undang diwujudkan bukan memberi kuasa kepada kerajaan semata-mata sebaliknya turut berperanan melindungi rakyat daripada sebarang jenayah yang mungkin dilakukan oleh kerajaan.
“Inilah yang kita idamkan dan kita percaya (dengan) kerjasama para pentadbir kita akan mencapai matlamat kita. Saya berharap dengan pertukaran kerajaan, kita dapat membaiki banyak masalah yang dihadapi negara terutama masalah kewangan, dapat diatasi.
“Untuk itu, kita perlukan pentadbir yang cekap, efisien, beramanah dan boleh dipercayai. Itu sahaja harapan saya. Saya ucap berbanyak terima kasih kerana mendapat peluang menjelaskan sedikit-sebanyak pendirian kerajaan baharu yang kita pilih,” katanya.- Bernama