Media Antarabangsa Termasuk Hypebeast & CNN Ucap Takziah Pemergian Pencipta Indomie

Share

Sumbangan yang diberikan oleh pengasas dan pencipta jenama Indomie, Nunuk Nuraini ternyata dihargai oleh peminat makanan segera itu apabila pemergiannya Rabu lalu mendapat perhatian pelbagai media antarabangsa.

Berita pemergian Nunuk, 59 telah disahkan oleh ketua jabatan Perhubungan Awam Indofood, Nurlita Novi Arlaida dalam saru kenyataan median kepada akhbar Indonesia, Kompas. Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan.

Selama hampir 30 tahun Nunuk bertugas sebagai pengurus pembangunan perasa jenama, Indofood telah berjaya menempa nama bukan saja menerusi Indomie malah perisa lain seperti soto, rendang dan kari ayam.

Tarikan Indomie bukan saja berleluasa di Indonesia, Malaysia dan Singapura, malah ia telah menarik perhatian banyak negara asing. CNN sebagai contoh melaporkan Indomie sebagai makanan mi segera nombor satu pilihan warganegara Nigeria.

Portal terkenal, Hypebeast pula menggelar Indomie sebagai jenama ikonik Asia Tenggara dan menghulurkan ucapan simpati serta takziah kepada ahli keluarga Nunuk.

BBC pula beranggapan bahawa perisa asli mi gorengnya masih merupakan perisan paling popular di kalangan pengguna walaupun pelbagai perisa lain dikeluarkan oleh jenama itu. Tidak hairanlah apabila jenama itu mendapat pengiktirafan ‘ramen paling sedap’ oleh Los Angeles Times pada tahun 2019.

BBC menyimpul ucapan takziah kepada Nunuk Nuraini dengan tepat sekali apabila melabel Indomie sebagai, “Makanan mi segera pilihan ibu-ibu pada hari sibuk bekerja, dan ia adalah snek pilihan pelajar bagi masa supper.”

Published by
FZ