Media Juga Disalahkan Hilang Privasi Keluarga, SUGU PAVITHRA Sendiri Buka Cerita Isu Duit

Share

 

Hampir seminggu YouTuber masakan popular tempatan, Sugu Pavithra berdiam diri dan tidak memberi penjelasan mengapa mereka bertindak memadamkan kesemua video daripada akaun YouTube mereka.

Akhirnya video terbaru dimuat naik kelmarin bagi menjelaskan situasi sebenar.

Untuk pengetahuan korang, nama Sugu Pavithra menjadi topik bualan hangat netizen Malaysia setelah terseret dalam kes mahkamah minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Akan Teruskan Hidup Seperti Biasa” – Pavithra

Sudah menjadi tugasan rakan media seluruh negara untuk melaporkan perkembangan terbaru kejadian tersebut mengikut sumber yang benar.

Namun, niat rakan media seakan disalah erti oleh Pavithra dalam kenyataannya menerusi video semalam.

*

“Berita fasal kami bukan isu penting dalam negara kita. Saya pun hairan mengapa media nak buat berita fasal kami walaupun kami tak beritahu apa-apa cerita, tetap mereka membuat tetap buat cerita.

“Kami kesal tentang hari itu. Media juga adalah salah satu sebab kami kehilangan privasi dalam keluarga kami selama 3 bulan ini. Selepas Mei, mereka (media) mula ‘masuk’ ke dalam keluarga kami dan kami tiada masa bersama. Media merumitkan lagi keadaan dengan membuat berita palsu mengenai saya dan Sugu selepas kejadian hari itu.

“(Disebabkan media), kami tiada lagi masa untuk masak dan memberi makan kepada anak-anak kami.

“Kami meminta maaf kerana video telah dipadamkan (daripada akaun YouTube Sugu Pavithra) dan kami akan upload semula secepat mungkin,” jelasnya dalam video berdurasi kurang dari 6 minit itu.

Sugu Pavithra telah memuat naik video Dalca Tulang Kambing sebagai resepi pertama untuk comeback mereka.

 

Isu Duit Jadi Punca Mengamuk

Dalam pada itu, Pavithra sendiri yang membuka cerita dalam kain mengenai punca sebenar salah faham di antara dirinya dan suami, Sugu sehingga tersabit dalam kes mahkamah. Katanya, duit adalah lubuk permasalahan itu.

“Sebab Sugu ke hospital adalah kerana keluarga saya sendiri. Keluarga saya yang tidak menyokong saya selama 7 tahun berkahwin (dengan Sugu) kini muncul kembali dan mula pinjam duit daripada suami saya. Malah mereka membuat masalah dengan keluarga kami.

“Sugu pun salah kerana minum, tapi dia bukan pemabuk.

“Kami faham isu ini terjadi kerana duit. Hari itu, kami telah sakit hati dan delete video yang lama.

“Tanpa Sugu, saya memang tidak boleh buat video itu sendiri. Seperti yang anda tahu, Sugu yang merakam video, menyediakan bahan masakan dan menjaga anak-anak. Kalau dia tiada memang saya tidak boleh buat video di YouTube.

“Saya berharap kawan-kawan akan menyokong kami seperti biasa. Terima kasih kepada semua subscribers yang iklhas dan sentiasa menyokong kami walaupun kami dalam keadaan susah. Kami minta maaf atas apa yang terjadi, teruskan menonton video kami,” katanya lagi panjang lebar.

Penulis berharap agar akaun Sugu Pavithra kembali aktif.

Mereka merupakan di antara wajah Malaysians’ Sweetheart, malah ramai yang mendoakan agar hubungan mereka sekeluarga bertambah baik lagi selepas ini.

Namun, penulis merasakan adalah tidak adil untuk Sugu Pavithra meletakkan kesalahan di atas bahu rakan media yang melaporkan berita. Itu sudah menjadi sebahagian daripada tugasan kami setiap hari dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melaporkan perkara yang benar.

Sekiranya Sugu Pavithra merasakan ada pihak media yang telah melaporkan berita palsu mengenai kejadian yang berlaku, mereka seharusnya bertindak terhadap pihak tersebut dan bukannya ‘generalize’ hukuman terhadap kesemua pemain media.

Apapun, kita semua mengharapkan Sugu Pavithra tabah berdepan dugaan ini dan lebih banyak lagi video masakan menarik akan dimuat naik oleh mereka berdua.

 

Published by
webadmin