Media Sosial Dibanjiri ‘Memes’ Drake Selepas Rihanna & A$AP Rocky Digosip Berpisah

Share

 

Saat penyanyi popular, Rihanna sedang mencongak hari sebelum melahirkan anak sulungnya, khabar angin kencang mengatakan pasangannya, A$AP Rocky telah berlaku curang di platform Twitter pada pagi ini.

Menerusi ciapan di Twitter, pempengaruh fesyen Louis Pisano mendakwa Rihanna meninggalkan A$AP selepas rapper itu berlaku curang dengan pereka fesyen kasut, Amina Muaddi.

Episod curang A$AP didakwa bermula seawal akhir Februari lalu lagi sewaktu mereka menghadiri Minggu Fesyen Paris.

A$AP & Rihanna. Foto
: MTV
Kolaborasi di antara A$AP & Amina Muaddi untuk koleksi kasut di bawah jenama Amina juga pernah tercetus. Foto : VOGUE

Tambah Pisano, A$AP dan Amina telah lama berkenalan malah pernah berkolaborasi bagi menghasilkan satu koleksi kasut di bawah jenama eksklusif Amina. And get this, Rihanna juga khabarnya pernah memakai kasut daripada koleksi tersebut!

Biarpun kisah curang A$AP terhadap Rihanna ini masih tidak boleh dipastikan oleh mana-mana media, Pisonaberkata tiada sebab munasabah untuknya mereka-reka gosip sebegini tanpa sumber yang sahih.

Ini kerana Pisona juga bekerja dalam industri fesyen yang sama dengan Amina di Eropah  dan sekiranya benar apa yang disampaikan ini palsu, tentunya imejnya sendiri akan terkesan teruk.

Rihanna pernah berkolaborasi bersama Amina Muaddi. Foto : Arab News

Terdahulu, Rihanna dan Muaddi pernah berkerjasama untuk menghasilkan koleksi kasut di bawah jenama fesyen milik Rihanna, Fenty.

Muaddi juga bukanlah nama baru dalam industri ini. Dilahirkan di Itali tetapi memfokuskan bisnesnya di Paris, ramai selebriti pernah memakai kasut rekaannya termasuklah Hailey Bieber, Kendall Jenner dan Rihanna sendiri.

Sekiranya khabar angin ini benar, ia amatlah mengejutkan memandangkan A$AP dan Rihanna dicanang sebagai pasangan bahagia.

Dan seperti dijangka, warganet terus mengaitkan bekas kekasih Rihanna, Drake ke dalam ‘drama’ ini menerusi hantaran memes kelakar.

Untuk pengetahuan, kali pertama Rihanna dan A$AP dilihat sebagai pasangan rasmi adalah sewaktu mereka berjalan di karpet merah acara MET Gala pada tahun lalu. Januari tahun ini, mereka mengumumkan bakal menimang cahaya mata dan muncul juga khabar angin kononnya mereka telah bertunang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ