Instagram Malaysia telah melancarkan sebuah kempen berjudul #RealTalk bagi menangani situasi kesihatan mental pengguna di Malaysia.
Dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar, REMAJA semalam telahpun terlibat dalam satu sesi yang dianjurkan oleh Instagram untuk melihat betapa seriusnya perkaitan di antara aplikasi media sosial sekarang dengan isu kesihatan mental.
Menurut Kajian Ipsos, kesihatan mental bagi 44% rakyat Malaysia dilaporkan telah terjejas sejak musim pandemik ini bermula. Lalu, kempen #RealTalk ini mengajak agar kita lebih terbuka untuk membincang tentang isu ini terutamanya di kalangan remaja yang merupakan pengguna majoriti media sosial.
REMAJA sempat untuk mendengar kata-kata content creator popular Instagram, Muhammad Hafiz Hamzah atau lebih dikenali sebagai Slurpee Crank mengenai sebab sebenar dia mula memuat naik video berdurasi 1 minit pada setiap minggu dengan topik-topik perbincangan isu remaja.
“Alasan saya untuk memulakan akaun ‘Slurpee Crank’ ini di Instagram adalah kerana saya ingin memberitahu cerita saya. I want to tell my stories and my struggle to my peers. Tak semua orang mempunyai keberanian memberitahu cerita mereka, but I find the act of telling your stories is encouraging. Saya ingin memberi galakan kepada mereka untuk bercakap mengenai diri mereka pula.
“Telling your side of story is a form of strength, it is not your weakness. Apa yang berlaku kepada saya, akan saya kongsikan kepada pengikut kerana kami sama-sama berdepan dengan sesuatu isu tersebut.
“Bagi saya, media sosial adalah satu safe sharing space untuk menyebarkan positiviti,” jelasnya dalam sesi yang dihoskan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim itu.
Penulis tertanya juga sekiranya ada netizen yang menganggap Hafiz sebagai seorang attention seeker apabila dia memberitahu masalah sendiri kepada seluruh dunia.
Akui Hafiz, tak dinafikan ada orang yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang dianggap terlalu ‘terbuka’.
“Ramai yang menghantarkan komen seperti itu. Namun lebih ramai yang DM saya di Instagram untuk meluahkan masalah mereka kepada saya, selain mengucapkan terima kasih kerana memberi mereka semangat.
“Kebanyakan remaja di Malaysia ini sebenarnya sedang mencari satu ruang selamat untuk berbual mengenai masalah yang dihadapi mereka. Mereka takut untuk memberitahu orang terdekat seperti keluarga kerana enggan dihukumi.
“Oleh itu, akaun Instagram saya ini ibaratnya seperti memberi ruang berbual kepada generasi saya. It is a two communication space for us. Kadangkala apabila saya berkongsi tentang masalah yang saya hadapi, mereka turut memberikan saya semangat,” jelasnya lagi.
Statistik masalah depresi yang ditunjukkan dalam kalangan remaja pada tahun ini amatlah membimbangkan. Kita sendiri telah mendengar pelbagai kes anak muda bawah 20 tahun yang membunuh diri kerana masalah depresi dan kesihatan mental di media sosial.
Mengambil kira hal itu, Hafiz melontarkan sedikit nasihat kepada sesiapa yang berdepan dengan isu tersebut.
“The pain you go through right now means one less pain which you will go through in the future. Bagaimanapun, usahlah terburu-buru untuk mencari titik healing sekelip mata. Proses untuk kita sembuhkan ‘luka emosi’ itu sebenarnya memakan masa and it is designd to happen gradually.
“Buat masa ini, apa yang saya harapkan adalah agar lebih ramai pakar motivasi ataupun pakar psikiatri yang menggunakan media sosial bagi membantu remaja dan orang yang berhadapan masalah emosi.
“Mereka ini perlukan jawapan kepada persoalan seperti ke mana perlu mereka pergi, hendak buat apa, bagaimana untuk atasi masalah dan sebagainya. Talking is a helpful action too,” simpul pemuda berusia 23 tahun dari Kedah itu.