Amboi, semua menyambut baik pengumuman Perdana Menteri semalam mengalahkan musim perayaan!
Itulah yang boleh kami gambarkan apabila melihat respon pengguna media sosial tempatan semalam. Masing-masing cukup teruja dengan pengumuman Perdana Menteri berhubung kebenaran ke luar negara bermula hari ini, 11 Oktober 2021.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Sampai 15 Minit, Ini Cara Renew Pasport Secara Online – REMAJA
Untuk pengetahuan, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui My Travel Pass Jabatan Imigresen Malaysia setelah kadar vaksinasi lengkap dewasa di seluruh negara melebihi 90 peratus pada hari Ahad.
Begitupun, setelah pulang ke tanah air nanti, mereka masih wajib menjalani tempoh kuarantin.
Tidak lama dahulu, timbul berita yang mengatakan beberapa buah negara tidak membenarkan pelancong dari Malaysia memasuki negara mereka disebabkan statistik kes positif Covid-19 kita yang mendadak naik pada waktu itu. Jadi, negara mana je yang boleh korang sasarkan untuk tujuan melancong pada akhir tahun ini?
Jom lihat 10 buah destinasi pilihan REMAJA ini. Polisi di negara-negara di bawah yang membenarkan pelancong masuk tanpa perlu menjalani tempoh kuarantin di sana akan memudahkan lagi pengembaran korang.
Pada 8 Oktober lalu, United Kingdom (UK) telah membatalkan sekatan kemasukan ke atas pelancong dari 47 buah negara. Biarpun Malaysia tidak termasuk dalam senarai tersebut (memandangkan statistik 90 peratus kadar vaksinasi lengkap dewasa di Malaysia baru saja disahkan pada 10 Oktober 2021), pelancong dari Malaysia dijangka tidak lagi perlu menjalani kuarantin di hotel setelah tiba di UK selepas ini.
Kawasan yang boleh dilawati meliputi England, Scotland, Wales, Ireland Utara dan kepulauan di sekitarnya.
Hanya pelancong dari United Kingdom saja yang perlu menjalani kuarantin di Maldives. Selebihnya, pelancong negara lain hanya perlu melampirkan sijil keputusan negatif RT-PCR yang telah dilakukan dalam tempoh 96 jam sewaktu ketibaan.
Ramai rindu hendak ke Dubai kerana pengalaman membeli-belahnya yang tiada bandingan. Pelancong Malaysia perlu melampirkan sijil keputusan negatif RT-PCR yang telah dilakukan dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas demi memohon visa pelancong.
Pelancong boleh memasuki Kanada dari ruang udara namun pergerakan masuk melalui jalan darat (contohnya memandu dari Amerika Syarikat ke Kanada) masih tidak dibenarkan. Pelancong perlu mendapatkan vaksinasi lengkap daripada jenis vaksin yang diiktiraf di Kanada termasuk AstraZeneca, Moderna dan Pfizer atau satu dos suntikan vaksin Johnson & Johnson. Mereka juga perlu melepasi tempoh 14 hari matang setelah menerima vaksin serta melampirkan sijil keputusan negatif RT-PCR yang telah dilakukan dalam tempoh 72 jam.
Pelancong yang telah divaksinasi perlu melampirkan keputusan negatif ujian RT-PCR yang diambil 48 jam sebelum berlepas. Selebihnya, syarat-syarat lain adalah sama.
Switzerland ialah di antara negara yang mengambil serius akan kemasukan pelancong dan akan cepat mengubah syarat-syarat kemasukan mengikut keadaan semasa kes Covid-19 di negara terbabit. Sebagai contoh pada akhir September lalu, pelancong dari Brunei dan Jepun telah digugurkan dariapda senarai negara/wilayah selamat dan dimasukkan ke dalam senarai kawasan berbahaya disebabkan kenaikan kes Covid-19 di negara masing-masing.
Mereka yang ingin memasuki Switzerland perlu melampirkan bukti telah lengkap divaksinasi dengan jenis vaksin yang diiktiraf di Switzerland.
Pelancong yang ingin ke Amerika Syarikat (AS) dinasihatkan untuk ke sana bermula November. Ini memandangkan AS hanya akan membenarkan penduduk dari United Kingdom dan negara-negara EU untuk ke sana bermula bulan hadapan. Dengan kelonggaran yang diberikan ini, lebih mudah bagi pelancong dari negara lain seperti Malaysia untuk memasuki AS. Pelancong hanya perlu menunjukkan bukti telah lengkap divaksinasi dan keputusan negatif ujian RT-PCR setelah melakukannya 72 jam sebelum ketibaan.
Sekali lagi, keperluan tempoh kuarantin hanya diletakkan ke atas pelancong dari United Kingdom. Sediakan bukti keputusan negatif ujian RT-PCR yang diambil dalam tempoh 72 jam sewaktu berlepas ke sana.
Pelancong hanya perlu menunjukkan sijil vaksinasi lengkap COVID-19 dan tidak perlu menunjukkan keputusan negatif ujian RT-PCR. Cuma pelancong perlu memastikan suntikan dos kedua telahpun matang selama 14 hari sebelum tiba di Mesir.
Sejak 22 September, pelancong yang telah lengkap divaksinasi hanya perlu menunjukkan bukti keputusan negatif Covid-19 untuk memasuki Belanda. Pihak berkuasa di sana juga telah menghentikan peraturan penjarakan fizikal 1.5 meter. Namun, orang ramai masih wajib memakai pelitup muka semasa berada di dalam kenderaan awam.
*
REMAJA tahu ramai yang merancang untuk ke negara jiran kerana ia lebih mesra bajet dan jujurnya, kita rindu untuk ke sana. Namun, negara-negara jiran di rantau ASEAN seperti Thailand, Singapura dan Indonesia mahupun Australia serta New Zealand di rantau Oceania masih belum membenarkan kemasukan pelancong asing.
Australia misalnya menutup sempadan negara hingga Disember 2021; manakala New Zealand hingga awal tahun hadapan disebabkan varian Delta yang mula merebak sejak pertengahan tahun ini.
Bagi Singapura pula, hanya pelancong dari sembilan buah negara saja di bawah ‘Kategori II’ yang diletakkan oleh Kementerian Kesihatannya saja yang layak diterima masuk tanpa perlukan tempoh kuarantin. Malangnya, Malaysia tidak tersenarai.
Destinasi popular Asia lain seperti Jepun, Hong Kong, Taiwan, Kemboja, Korea Selatan, India dan China juga masih belum membenarkan kemasukan pelancong (setakat artikel ini ditulis) kecuali bagi tujuan bisnes dan jika seseorang itu memiliki kewarganegaraan (dual citizenship).
Jadi, jika korang masih tidak yakin untuk melancong ke luar negara, lebih baiklah melancong secara domestik dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN : Ambil Tahu Syarat Wajib RENTAS NEGERI Ini Dulu – REMAJA
BACA LAGI : Malaysia Airlines Beri Tawaran Istimewa Tambang Penerbangan Serendah RM59 – REMAJA