Tak boleh di sangkal lagi kalau Lisa BLACKPINK adalah bintang K-Pop yang paling popular ketika ini. Bahkan idol berusia 23 tahun ini menjadi artis K-Pop dengan followers paling banyak di Instagram. Cayalah Lisa!
Selain menjadi idola K-Pop, Lisa juga merupakan model pelbagai produk, dari brand fashion sampai la ke kereta. Bukan cuma di Korea saja, Lisa juga menjadi bintang iklan di negara asalnya, Thailand.
Berapa pula bayaran untuk Lisa ni?
Baru-baru ini, media Thailand, Thairath mendedahkan jumlah bayaran yang diperlukan jika ingin membawa Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban bagi menghadiri acara atau ingin menjadikannya sebagai bintang iklan.
Bagaimanapun, sumber maklumat tersebut tidak didedahkan portal tersebut.
Berikut merupakan bayaran yang diterima oleh Lisa:
5 juta baht (RM671,000) untuk penampilan dua jam bagi satu acara
10 juta baht (RM1.34 juta) untuk penampilan dalam drama
15 juta baht (RM2 juta) untuk penampilan dalam filem
20 juta baht (RM2.7 juta) untuk pengiklanan produk
Terkejut tak tengok bayaran yang dikenakan oleh Lisa ni? Emm tapi tak hairan la kan bayaran dia sebanyak itu, orang popular didunia katakan. Hiks!
Sumber : Astro Awani
Jepun Berjaya Buat Uji Kaji Kereta Terbang Berpenumpang Pertama Di Dunia
Rasanya impian korang yang ingin melihat ‘kereta terbang’ bakal terlaksana kerana syarikat SkyDrive yang berpusat di Tokyo telah pun membuat penerbangan uji cuba model kereta terbang SD-03 di bandar Jepun.
SkyDrive merupakan antara salah satu daripada banyak syarikat di Jepun yang berusaha untuk menghasilkan kereta terbang, namun projek mereka akhirnya berhasil selepas kenderaan tersebut berjaya diterbangkan beberapa kaki ke udara.
Menurut ketua SkyDrive, Tomohiro Fukuzawa menjelaskan bahawa dalam lebih 100 projek kereta terbang yang cuba dihasilkan di seluruh dunia, hanya satu sahaja yang berjaya diterbangkan ke udara dengan seorang pemandu didalamnya. Syarikat itu juga berharap agar kereta tersebut dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 2023 dan dijual di pasaran.
Korang boleh lihat bagaimana kereta terbang ini berfungsi menerusi video dibawah.
Dihidupkan dengan bateri dan empat pasang baling-baling, kereta yang mempunyai satu tempat duduk itu diterbangkan kira-kira dua meter di atas tanah dan berada di udara selama 4 minit.
Jika pasukan Fukuzawa berjaya meningkatkan masa terbang kereta itu dari lima hingga 30 minit, projek tersebut menawarkan potensi yang baik termasuk digunakan mengeksport barangan ke China.
Kereta terbang tersebut menggunakan Evtol, iaitu kaedah berlepas dan pendaratan secara menegak untuk bergerak antara posisi serta dipercayai kelebihan itu boleh mengurangkan kesesakan di lapangan terbang dan jalan raya pada masa hadapan.
Wah, jika memang benar kereta terbang bakal dipasarkan, maka tercapailah impian korang untuk melihat ‘kereta terbang’. Hiks!
Sumber: utusan.com.my
“Menara Setinggi Langit, Surau Sebesar Liang Lahad…” – Netizen Berang Surau TRX Mall Kecil, Tidak Sesuai Tampung Jemaah
Zaman sekarang ini, pusat membeli belah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada sahaja pusat membeli belah baharu untuk dikunjungi rakyat Malaysia tidak kira masa dan lokasi.
Namun dalam keseronokan berjalan-jalan mencuci mata, antara faktor penting yang sering diutamakan pengunjung adalah keselesaan untuk beribadah dengan adanya surau yang luas dan nyaman.
ARTIKEL BERKAITAN: Stor Elegan New Balance, Kolaborasi JD Sports X NIKE Antara Tarikan Bulan Pertama TRX Dibuka
Maka tidak hairanlah apabila baru-baru ini, keluhan seorang warganet berkenaan keluasan surau di The Exchange TRX mendapat perhatian ramai di media sosial.
Menurut individu tersebut, surau yang berada di pusat membeli belah itu dikatakan kecil dan tidak mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai pada masa yang sama.
TRX,
Menara kamu setinggi langit,
surau mall kamu sebesar liang lahad.Tak muslim friendly lansung!
— Zac (@ZacZakirin13) February 3, 2024
Tambahannya lagi, surau yang kecil itu sangatlah tidak bersesuaian untuk menampung penganut agama Islam yang bakal menumpang solat ketika bulan Ramadan tidak lama lagi.
Turut kecewa dengan sistem pengudaraannya yang kurang memuaskan membuatkan suasana untuk beribadah menjadi tidak selesa dengan bau-bau kurang menyenangkan.
Buat makluman, selain surau di sebelah Uniqlo terdapat sebuah lagi surau di pusat membeli belah tersebut iaitu di tingkat paling atas sekali, rooftop.
Mendakwa bahawa surau di tingkat empat itu lebih selesa, netizen turut berkongsi cara untuk mengakses ke ruangan tersebut kerana lokasinya yang lebih tersembunyi.
Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan untuk pergi ke surau yang terletak di menara Exchange 106, bersebelahan dengan pusat membeli belah itu kerana ia lebih luas dan selesa untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai.
Gambar surau di menara Exchange 106 yang dikongsi warganet.
Hmmm…apa komen kalian? REMAJA sarankan sekiranya korang ingin pergi berbuka puasa di TRX Mall bulan Ramadan ini, aturlah masa sebaiknya atau boleh singgah ke masjid dan surau berdekatan sekiranya enggan bersesak-sesak dengan orang ramai.
KREDIT FOTO: Akaun X Zackkirin
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kucing Cakar & Gigit Sampai Berlubang Punca Lelaki Gantung Kucing Sampai Mati
Allah bayar cash! Mungkin inilah perkataan paling tepat buat seorang lelaki apabila perbuatan zalimnya menggantung seekor kucing hingga mati akhirnya berbalas. Namun kisahnya juga patut dijadikan pengajaran buat orang lain agar tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Tentu ramai yang masih ingat dan marah dengan tindakan melampau seorang lelaki yang menggantung seekor kucing hingga mati pada hari raya lalu.
Laporan Harian Metro memaklumkan, perbuatan kejam lelaki menjerut kucing jantan bernama Jebon hingga mati, lima hari lalu akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja gerai makan, Al Azri Norhisham, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.
Mahkamah memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara tidak munasabah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing jantan di tangga Blok A3, Jalan 4/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju pada jam 1.30 petang, 10 Jun lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum bawah akta 29(1) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya.
“Kucing itu cakar dan gigit tangan saya sehingga berlubang. Saya mohon hukuman diringankan lagi pun saya anak yatim piatu,” rayunya.
Siti Hajar bagaimanapun memohon mahkamah memberikan hukuman berbentuk pencegahan untuk memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatan yang dilakukannya melampaui batas.
“Perbuatan tertuduh adalah satu perbuatan jenayah dan satu bentuk penzaliman dan penganiayaan ke atas kucing.
“Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras tak patut lakukan perbuatan itu terhadap seekor haiwan yang lemah. Tangan dicakar bukan alasan buat demikian,” katanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu menyedari kucing miliknya mati di hadapan rumah selepas diberitahu oleh jirannya.
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran pengadu, tertuduh dilihat membunuh kucing itu dengan menjerut kucing itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di tangga hadapan rumah jiran pengadu lalu beredar.
Ibu jiran pengadu kemudian membuka tali rafia itu dan membawa kucing berkenaan ke hadapan rumah pengadu.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kucing jantan ditemui tergantung dengan tali pada tangga di blok pangsapuri berkenaan.
Bangkai haiwan malang itu ditemui oleh jiran pemilik kucing terbabit kira-kira 2 petang.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memegang kucing berkenaan sebelum mengikat leher haiwan terbabit pada tangga.
Percubaan pertama lelaki terbabit mengikat leher kucing itu gagal sebelum dia mengejarnya dan mengikat kali kedua.
Pemilik kucing itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.