Pernah tak korang tertanya-tanya bagaimana selebriti seperti pelakon dan penyanyi di Malaysia boleh mempunyai stamina yang kuat untuk terus-menerus terlibat dengan kerja yang memakan masa yang cukup lama.
Pelakon yang kini popular dengan drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen dan Ayda Jebat sebagai contoh selalu dilihat terpaksa berulang-alik dari satu lokasi ke lokasi berbeza. Kadangkala, mereka juga terpaksa memenuhi tuntutan kerja dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia pada hari yang sama!
Kini, barulah kami tahu rahsia di sebalik kecergasan yang mereka berdua ada. Percaya tidak jika ia hanyalah disebabkan pengambilan minuman mineral sahaja!
Pada sidang media pelancaran reka bentuk botol baharu air mineral semulajadi jenama Spritzer baru-baru ini, Meerqeen dan Ayda telah mendedahkan bahawa pengambilan air mineral banyak membantu dalam rutin harian sibuk sebagai selebriti.
Kata Ayda, pengambilan air mineral ini baru saja dilakukannya. “Jujurnya, saya memang orang yang susah sangat hendak minum air kosong. Luckily, selepas saya berkahwin, dia (Nabil Mahir) lah yang selalu ‘paksa’ dan minta saya minum air kosong.
“Bukan saja ia rahsia saya lebih bertenaga, ramai juga yang masih tidak percaya saya telahpun berusia 30 tahun. Ya, pengambilan air mineral seperti Spritzer ini yang banyak membantu mengekalkan keremajaan saya,” kata penyanyi Parah itu.
Berlainan pula dengan Meerqeen, sejak dahulu lagi air sudah menjadi keperluan wajib untuknya.
“Jadual saya sangat padat. Sekarang pun, Meerqeen sedang berlakon untuk sebuah filem aksi. Jadi, tenaga saya perlu sentiasa konsisten di samping kekal hydrated sentiasa. Aksi-aksi itu menuntut saya untuk terus bertenaga. Spritzer yang kaya dengan silika secara semulajadi ini memang memberi manfaat kepada kesihatan Meerqeen.
“Seperkara lagi, penampilan pada setiap hari perlu saya titik beratkan. Muka saya, rambut saya.. walaupun sekarang botak sekejap (ketawa). Jadi kandungan silika ini membuatkan muka saya lebih glowing dan rambut juga lebih kuat,” katanya.
Untuk pengetahuan korang, kandungan silika ini membantu mengoptimumkan sintesis kolagen dan mengurangkan paras aluminium dari badan.
Pengenalan duta Spritzer iaitu Meerqeen dan Ayda Jebat itu juga memperlihatkan reka bentuk baharu botol air mineralnya yang lebih moden dan diperbuat sepenuhnya daripada bahan kitar semula!
Sekaligus, Spritzer mengajak pembelinya untuk kisah dengan kesan buruk yang boleh terjadi kepada alam sekitar sekiranya kita tidak mula mengitar semula dari hari ini.
Kata Meerqeen, “Tujuan kita sekarang adalah untuk mula mengitar semula dan menggunakan semula barang-barang terpakai. Dan kita juga perlu sebarkan kesedaran ini kepada generasi muda seperti generasi saya sekarang.
“Lakukanlah ia (mengitar semula) secara konsisten. Jika tidak selalu pun, buatlah secara konsisten. Bukan saja ia baik untuk alam sekitar malah ia juga boleh selamatkan habitat haiwan seperti habitat akuatik penyu,” tambah pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 ini lagi.
Haa, amacam? Korang suka tak dengan reka bentuk botol air mineral Spritzer terbaru ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.