Drama rantaian popular di saluran Astro Prima iaitu Angkara Cinta telahpun melabuhkan tirainya pada minggu lalu dan memberi laluan kepada sebuah drama adaptasi berjudul Hati Yang Dikhianati yang menemui penonton hari ini.
Begitupun, Angkara Cinta masih segar di minda penonton yang setia menanti di hadapan kaca televisyen setiap jam 6 petang demi mengikuti drama 115 episod itu.
Salah satu faktor utama yang menarik begitu banyak tontonan setiap kali ditayangkan terletak pada gandingan dua orang pelakon terajunya iaitu Hun Haqeem dan Meerqeen.
Meerqeen sewaktu ditemui REMAJA hari ini mengaku chemistry di antara mereka berdua semakin kuat hingga ke penggambaran babak terakhir.
“Meerqeen banyak belajar dari episod satu hingga terakhir. Banyak sangat perasaan yang ada semasa penggambaran tamat, sedih dan gembira itu bercampur-aduk.
Ads
“Meerqeen dan Hun (Haqeem) sendiri pun dah menjadi sahabat yang saling memahami perangai masing-masing. Kami lebih seperti ‘brothers’.
“Sebagai pendatang baharu, banyak kata-kata semangat, tip do’s & don’ts yang Hun berikan kepada Meerqeen; melebihi soal lakonan dalam set pengggambaran sahaja.
“Jadi bila kita dah selalu berborak tentang Angkara Cinta di set, tentulah kami sayangkan drama rantaian ini hingga air mata kami tertumpah selepas drama tersebut tamat secara rasmi,” kongsi pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu.
Bercakap mengenai chemistry, ramai juga peminat Meerqeen yang memberikan ‘tanda restu’ sekiranya dia benar-benar bersama dengan pasangannya dalam Angkara Cinta iaitu pelakon, Yuna Rahim.
Ads
But we are sorry to break this to you, that may not happen at all.
“Realitinya, hubungan Meerqeen dan Yuna di luar set amat berbeza daripada di dalam set Angkara Cinta. Kami ini individu yang ‘gila-gila’ di luar set, kami sudah seperti kakak dan adik.
“Apapun, kepada peminat drama Angkara Cinta yang telah memberi sokongan dari awal hinggalah ke episod 115 minggu lepas, terima kasih banyak-banyak. Andalah pemberi motivasi kepada team Angkara Cinta untuk teruskan momentum.
Ads
“Tanpa penonton, karya ini tidak akan menjadi sebutan dan trending seperti sekarang,” tambahnya.
Enggan Masuk Campur
Biarpun drama Angkara Cinta diminati ramai, ia tidak terlepas daripada dipalit kontroversi.
Ia berikutan pendedahan insiden fosil berusia jutaan tahun yang dirosakkan di Gua Matsoorat, Ipoh. Gua tersebut yang merupakan salah satu lokasi penggambaran juga menjadi ‘mangsa’ kepada kesan contengan grafiti pada dinding gua dan menyebabkan kemarahan warganet.
Biarpun isu tersebut hangat diperkatakan, sebagai salah seorang pelakonnya, Meerqeen lebih selesa mengambil langkah untuk tidak masuk campur terhadap siasatan yang dilakukan.
“Meerqeen percaya (pelakon Angkara Cinta) juga enggan masuk campur dengan kontroversi tersebut demi mengelakkan sebarang vibe negatif yang boleh menggangu konsentrasi kami sewaktu masih menjalani penggambaran.
“Jadi, kami serahkan saja isu tersebut kepada pihak pengurusan dan kru untuk kendalikannya,” simpulnya. Tak sabar nak tunggu naskah seterusnya daripada pelakon berusia 19 tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Episod 4 Hero Dewi Remaja yang baru sahaja berakhir Jumaat lepas menyaksikan Arabella dan Jay Iskandar sebagai peserta seterusnya yang disingkirkan dari platform pencarian bakat itu.
Setelah menyaksikan penyingkiran dua finalis tersebut, Luqman Hariz selaku juri jemputan turut mengekspresikan kekesalannya terhadap finalis Hero Dewi Remaja dari segi pemilihan pasangan.
“Termasuk dalam pemilihan partner, jangan ambil option yang selamat, option kawan-kawan dan sebagainya. Seharusnya mereka memilih pasangan yang akan push mereka ke hadapan dan saling melengkapi,” komennya.
Selaku pembaca berita Astro Awani, Luqman juga merasakan bahawa tugas yang diberikan agak mencabar bagi finalis Hero Dewi Remaja kali ini, terutama dari segi kesesuaian personaliti.
“Saya rasa untuk berita sedikir mencabar bagi mereka kerana kalau kita lihat dari segi pesonaliti finalis Hero Dewi Remaja kali ini, mereka lebih sesuai untuk radio. Personaliti mereka lebih cheeerful, bubbly dan sebagainya.
“Mungkin kerana ada elemen serious dan intense sedikit apabila berada di segmen berita, mereka kelihatan ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan gaya penyampaian.
“Maka apa yang saya boleh sampaikan adalah untuk mereka keluar dari comfort zone dan jangan terlalu selesa serta yakin,” komennya.
Manakala berbeza pula bagi Munaa Bella yang merupakan juri jemputan dari radio ERA.
“As a group, saya sangat terkejut sebab mereka tanya banyak sangat soalan dan saya suka melihat mereka mempunyai semangat berkobar-kobar untuk belajar.
“Sebagai someone yang baru sahaja belajar dan terus kena masuk studio dan jadi announcer, saya rasa mereka telah melakukan yang terbaik.
“Its just a matter of time, they need to learn more. Namun secara keseluruhan saya memang kagum dengan kualiti yang dipersembahkan,” komennya.
Buat makluman, episod Hero Dewi Remaja kali ini menyaksikan peserta diberikan dua cabaran berbeza iaitu menjadi penyampai radio dan berita secara berpasangan.
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ingat lagi dengan Nabil Aqil yang merupakan Hero Favorite korang dalam Pencarian Hero Remaja 2017?
Nampaknya rezeki Nabil mencurah-curah dengan tawaran berlakon kerana kalau korang mengikutinya di instagram, memang ada saja updates instastory di lokasi penggambaran.
Paling latest, drama sulungnya Mr Grey bakal disiarkan malam ini jam 10 malam di Astro Ria. Mesti korang dah tak sabar nak tengok kan?
Tapi, mungkin ada yang tertanya-tanya Nabil ni orangnya macam mana eh?
Kalau nak tahu, ini 10 perkara yang korang semua tak tahu tentang Nabil Aqil.
1. Manja
Jangan tak tahu, Nabil antara finalis Hero Remaja kami yang paling manja. Dah terbiasa manja dengan mama eh Nabil? Hiks!
2. Susah nak marah
Cuba bagi tahu kami, masa bila pernah marah? Sepanjang program Hero Remaja, Nabil ni memang jenis happy go lucky. Kerja dia menyakat orang je. Betul tak Bil?
3. Sempoiiii
Kalau korang baru pertama kali jumpa Nabil, memang tak akan rasa kekok langsung sebab dia ni sempoi orangnya. Senang cerita, otak pun gila-gila!
4. Suka makan pedas
Bagi je la makanan pedas tahap apa pun, Nabil boleh selamba je makan tanpa pernah menolak. Memang peminat pedas katanya.
5. Suka buat lawak
Antara pak lawak dalam Hero Remaja 2017. Ada saja telatahnya yang buatkan orang lain tak kering gusi.
6. Mudah terhibur
Selain suka buat lawak, Nabil pun dah memang sejenis mudah terhibur. Senang je nak bagi dia gelak.
7. Friendly
Tak dapat dinafikan lagi, sikap friendly Nabil ni memang disenangi ramai.
8. Berdikari
Walaupun manja, Nabil akui dirinya juga seorang yang berdikari dan boleh survive kalau dia terpaksa berseorangan.
9. Hati kering
Marah la dia macam mana pun, hati dia kering wey. Katanya, dia tetap cool!
Follow instagram Nabil tak? Dari dulu lagi pantang je ada muzik, mesti dia nak menari. Sampaikan semua finalis Hero Remaja terikut-ikut perangai si Nabil ni.
Nah, korang dah tahu serba sedikit tentang karaketer Nabil ni kan. Rasa-rasanya hebat ke tidak si Nabil ni berlakon, jangan lupa malam ni kita tonton drama Mr Grey yang juga dibintangi oleh bekas finalis Hero Remaja, Fendy Bakry.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena ujibakat Hero Remaja 2020 yang bakal berlangsung bulan Disember ini, REMAJA mencuri sedikit masa daripada finalis Hero Remaja terdahulu untuk sesi #throwback pengalaman masing-masing.
Kali ini, kami bercakap dengan pelakon berbakat, Hafreez Adam.
Jika sekarang peminat Hafreez melihatnya sebagai seorang pelakon serta selebriti yang penuh berkeyakinan, dahulunya dia seorang yang sangat pemalu di awal kemunculannya!
Di awal pencarian Hero Remaja 2011/2012, Hafreez seboleh mungkin cuba untuk ‘control’ dirinya dan takut untuk keluarkan perangai sebenarnya. Dek kerana itu, dia sendiri mengakui dia tak menjadi diri sendiri. “Sometimes, saya ‘berpura-pura yakin’ tapi akhirnya menjadi awkward. (ketawa) Susah betul apabila korang pemalu seperti saya.
“Namun saya akan memberikan 150% untuk setiap cabaran agar orang sedar kewujudan saya dalam Hero Remaja. Yang saya masih ingat adalah memenangi cabaran product presentation bersama Ben Amir.”
*
Kami bertanyakan mengenai momen yang tak dapat pelakon Gantung The Series ini lupakan.
“Paling tak dapat lupa apabila saya kena prank oleh team Hero Remaja.
“Saya diumumkan sebagai finalis pertama yang tersingkir. Pada waktu itu, semua mata dah berair dah ni. Kemudian mereka berikan sampul yang kononnya mempunyai gambar-gambar saya di dalamnya.
“Apabila saya buka, tertulis ‘Tiada Penyingkiran’ di situ. Memang nak kena team REMAJA ni! (ketawa). Namun dari situlah, mereka lihat keikhlasan di antara kami yang care mengenai kawan finalis lain.”
RASA TAK LAYAK
Hafreez Adam merupakan salah seorang yang tersenarai dalam kedudukan Top 12. Namun dia sendiri pada awalnya tidak merasakan dirinya layak untuk berdiri bersama 11 orang finalis lain.
“Iyalah, saya seorang yang pendiam. Namun selepas bercakap dengan team REMAJA, mereka sedarkan saya yang ini adalah peluang yang tak datang pada semua orang. Dari situ saya mendapat semangat baru untuk membuat yang terbaik.
“Bagi korang yang ingin menyertai Hero Remaja 2020, penting untuk mempunyai keyakinan diri terutamanya semasa ujibakat. Jangan jadi seperti saya, nanti kamu tak dapat buktikan kemampuan sebenar nanti.
“Kedua, jadilah diri sendiri saja dan jangan terlalu terikutkan orang lain. Akhir sekali, jujurlah dalam apa jua bidang yang korang nak ceburi selepas ini. Jangan sertai Hero Remaja hanya untuk nampak hebat di mata orang.
“Search for your best quality dan asahnya sepanjang pencarian Hero Remaja kelak,” kata hero berketinggian 177sm ini.
Thank you Hafreez!
Bagi korang yang bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon yang versatil sepertinya, jangan lupa untuk hadir ke ujibakat Hero Remaja 2020 bermula Sabtu (21 Disember) dan Ahad (22 Disember) ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...