Meerqeen Tumpah Air Mata Setelah Tamat Drama Angkara Cinta

Share

 

Drama rantaian popular di saluran Astro Prima iaitu Angkara Cinta telahpun melabuhkan tirainya pada minggu lalu dan memberi laluan kepada sebuah drama adaptasi berjudul Hati Yang Dikhianati yang menemui penonton hari ini.

ARTIKEL BERKAITANBintangi Drama Adaptasi MISTRES HERMANAS, Mengapa Arena Wan Beremosi Pula? – REMAJA

Begitupun, Angkara Cinta masih segar di minda penonton yang setia menanti di hadapan kaca televisyen setiap jam 6 petang demi mengikuti drama 115 episod itu.

Salah satu faktor utama yang menarik begitu banyak tontonan setiap kali ditayangkan  terletak pada gandingan dua orang pelakon terajunya iaitu Hun Haqeem dan Meerqeen.

Meerqeen

sewaktu ditemui REMAJA hari ini mengaku chemistry di antara mereka berdua  semakin kuat hingga ke penggambaran babak terakhir.

“Meerqeen banyak belajar dari episod satu hingga terakhir. Banyak sangat perasaan yang ada semasa penggambaran tamat, sedih dan gembira itu bercampur-aduk.

“Meerqeen dan Hun (Haqeem) sendiri pun dah menjadi sahabat yang saling memahami perangai masing-masing. Kami lebih seperti ‘brothers’.

“Sebagai pendatang baharu, banyak kata-kata semangat, tip do’s & don’ts yang Hun berikan kepada Meerqeen; melebihi soal lakonan dalam set pengggambaran sahaja.

“Jadi bila kita dah selalu berborak tentang Angkara Cinta di set, tentulah kami sayangkan drama rantaian ini hingga air mata kami tertumpah selepas drama tersebut tamat secara rasmi,” kongsi pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu.

Bercakap mengenai chemistry, ramai juga peminat Meerqeen yang memberikan ‘tanda restu’ sekiranya dia benar-benar bersama dengan pasangannya dalam Angkara Cinta iaitu pelakon, Yuna Rahim.

But we are sorry to break this to you, that may not happen at all.

“Realitinya, hubungan Meerqeen dan Yuna di luar set amat berbeza daripada di dalam set Angkara Cinta. Kami ini individu yang ‘gila-gila’ di luar set, kami sudah seperti kakak dan adik.

“Apapun, kepada peminat drama Angkara Cinta yang telah memberi sokongan dari awal hinggalah ke episod 115 minggu lepas, terima kasih banyak-banyak. Andalah pemberi motivasi kepada team Angkara Cinta untuk teruskan momentum.

“Tanpa penonton, karya ini tidak akan menjadi sebutan dan trending seperti sekarang,” tambahnya.

 

Enggan Masuk Campur

Biarpun drama Angkara Cinta diminati ramai, ia tidak terlepas daripada dipalit kontroversi.

Ia berikutan pendedahan insiden fosil berusia jutaan tahun yang dirosakkan di Gua Matsoorat, Ipoh. Gua tersebut yang merupakan salah satu lokasi penggambaran juga menjadi ‘mangsa’ kepada kesan contengan grafiti pada dinding gua dan menyebabkan kemarahan warganet.

Biarpun isu tersebut hangat diperkatakan, sebagai salah seorang pelakonnya, Meerqeen lebih selesa mengambil langkah untuk tidak masuk campur terhadap siasatan yang dilakukan.

“Meerqeen percaya (pelakon Angkara Cinta) juga enggan masuk campur dengan kontroversi tersebut demi mengelakkan sebarang vibe

negatif yang boleh menggangu konsentrasi kami sewaktu masih menjalani penggambaran.

“Jadi, kami serahkan saja isu tersebut kepada pihak pengurusan dan kru untuk kendalikannya,” simpulnya. Tak sabar nak tunggu naskah seterusnya daripada pelakon berusia 19 tahun ini.

Published by
FZ