Fuh bukan ‘kaleng-kaleng’..Untungnya peminat Jisoo…
Ahli BLACKPINK, Jisoo memecahkan rekod baharu dengan album solo pertamanya. Tanda berterima kasih atas sokongan mereka, wanita yang tercantik 2022 ini memberikan hadiah kepada peminat setianya.
Klip video lagu FLOWER nyanyian Jisoo BLACKPINK telah mencatat rekod sebelum ditayangkan. Teaser yang diedarkan pada hari Khamis (28/3/2023) meraih 1 juta tontonan dalam masa 32 minit..
Teaser klip video Jisoo BLACKPINK ini turut mengalahkan rekod yang dipegang Jimin BTS. Video itu memenangi 7.5 juta tontonan dalam masa 24 jam. Sementara itu, Jimin BTS dengan teaser klip video Set Me Free Pt.2 menerima 4.4 juta tontonan.
Sehingga akhirnya klip video FLOWER itu telah dikeluarkan secara rasmi pada (31/3/2023) dan mencapai 40 juta tontonan dalam masa 24 jam.
Jisoo Agih Lisptik DIOR
Pada hari Ahad (2/4/2023), Jisoo BLACKPINK memulakan promosi pertamanya dengan menghadiri pra-rakaman program muzik SBS Inkigayo.
Ads
Peminatnya turut mengambil bahagian dan menunjukkan beg pemberian Jisoo BLACKPINK di media sosial. Khususnya, duta global DIOR memberikan koleksi lip balm yang dikeluarkan pada hari lahirnya. Untuk info, pada awal tahun 2023, DIOR Beauty mengeluarkan shade 031 Strawberry untuk koleksi DIOR Addict Lip Glow Lip Balm sempena hari lahir Jisoo yang ke-28.
Menariknya, lip balm yang diberikan Jisoo BLACKPINK kepada peminat ada tertulis namanya di penutupnya. Bukan itu sahaja, Jisoo memberikan kad foto, kek cawan dan surat khas untuk peminat.
Hal ini membuatkan Jisoo BLACKPINK menjadi bualan dan mendapat pujian dari netizen Korea Selatan.
Ads
Sementara itu, album solo Jisoo BLACKPINK ‘ME’ terjual sebanyak 875.149 dalam masa 24 jam. Dia memecahkan rekod penjualan tertinggi dalam 24 jam untuk solo wanita Korea Selatan. Hebatlah Jisoo ni!
Apa-apapun, bukan jenama biasa-biasa ye pemberian Jisoo untuk peminat dia. Jelas, Jisoo sememangnya menyayangi dan menghargai peminatnya kan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa penyanyi wanita, Elyana sebelum ini bertarung dengan penyakit kanser limfoma yang dikatakan sudah hampir ke peringkat kelima.
Elyana sering berkongsi perjalanan rawatan yang dijalaninya dan walaupun kelihatan kuat serta masih mampu tersenyum, namun ada suatu ketika penyanyi ini sepertinya sudah tidak kuat untuk menahan kesakitan.
Baru sebentar tadi Elyana telah memuat naik hantaran di instagram dengan berkongsi berita gembira mengenai status penyakit kansernya itu.
Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!
Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami.. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya . Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. Aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang.. Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!! I love u Ya Allah…🤍
Rata-rata sahabat dan peminat mengucapkan syukur atas berita gembira ini dan terus mendoakan agar Elyana terus kuat dan menjadi inspirasi buat pesakit kanser yang lain.
Terbaharu, dia turut membuat perkongsian mengatakan kini sedang menjalani sesi kimoterapi untuk kali kelima.
Kami di Remaja turut mendoakan agar Elyana terus kuat dan dikurniakan kesihatan yang baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejam saja lagi sebelum pelancaran album penuh pertama kumpulan K-pop sensasi, Blackpink berjudul ‘The Album’.
Menerusi sebuah posting di Twitter pada 29 September lalu, Blackpink telahpun menyenaraikan kelapan-lapan buah lagu yang menghiasi album mereka itu.
Selain How You Like That dan Ice Cream yang telahpun diperdengarkan kepada para Blinks sepanjang 2 bulan lepas, terdapat 6 lagu buah lagu baru yang membuatkan peminat semakin tidak sabar untuk mendapatkan album tersebut.
Lagu utama (title song) yang akan dilancarkan pada hari ini berjudul Lovesick Girls dan ia telahpun trending di semua platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu lagi.
Dalam banyak-banyak lagu yang disenaraikan dengan judul yang menimbulkan 1001 persoalan peminat seperti You Never Know, Crazy Over You, Pretty Savage (how savage can it get?) dan Love To Hate Me, penulis tertarik dengan lagu kolaborasi Blackpink bersama rapper, Cardi B.
Lagu berjudul Bet You Wanna itu bukan sahaja dinanti-nantikan oleh Blinks tetapi juga peminat Cardi memandangkan rapper itu telah memuat naik tweet berkenaan kolaborasi mereka.
Berbulan-bulan spekulasi bertebaran sama ada Cardi akan dimasukkan ke dalam album ini, sekarang baru kita tahu setelah Cardi mencatat, “Bardipink in your area, and the song is Amazing,” dalam ciapannya.
Sebelum ini, Blackpink pernah berkolaborasi bersama beberapa lagi nama besar Hollywood seperti Dua Lipa (Kiss & Make Up), Lady Gaga (Sour Candy) dan Selena Gomez (Ice Cream).
Frenerietta Sobitun telah dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2022. Wakil daerah Sandakan itu telah mengalahkan 43 peserta lain untuk bergelar juara pertandingan berprestij yang telah memasuki penganjuran kali ke-61 itu.
Dia yang berketurunan Dusun Liwan merupakan seorang guru sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai-Sungai, Beluran. Menerusi kemenangannya, gadis berusia 25 tahun ini mencipta sejarah kerana kali terakhir wakil daerah Sandakan memenangi gelaran tersebut adalah pada tahun 1996
Dalam acara gilang-gemilang yang diadakan secara fizikal di Dewan Hongkod Kooisan, Kadazandusun Cultural Association (KDCA), pertandingan dimulakan meriah dengan pengenalan kesemua peserta.
Kemudiannya, jumlah peserta dikecilkan menjadi top 15 sebelum dikecilkan lagi kepada hanya tujuh peserta akhir. Setelah melalui sesi soal-jawab bersama juri, barulah juara ditentukan.
Selaku juara dan juga Unduk Ngadau Kaamatan yang baharu, Frenerietta Sobitun telah membawa hadiah keselurhan bernilai lebih RM120 ribu termasuk wang tunai bernilai RM12 ribu. Tempat kedua telah jatuh kepada Esther Marius yang mewakili daerah Papar manakala tempat ketiga menjadi milik Deedee Cassandra Dallius yang mewakili daerah Ranau.
Selain itu terdapat anugerah khas yang diberikan. Anugerah Tati Topiodo atau Miss Natural Beauty jatuh kepada Sylvernie Belinda dan anugerah Tati Tosuau atau Miss Friendly telah diberikan kepada Anya Kimberly.
Untuk pengetahuan pembaca, pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan merupakan sebuah pertandingan ratu cantik yang telah diadakan sejak turun temurun di negeri Sabah dan menjadi sebuah acara yang penting dalam kalendar masyarakat di sana.
Unduk Ngadau berasal dari perkataan “tunduk tadau” atau “runduk tadau”yang memberi makna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari” yang merujuk kepada semangat Huminodun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...