Megan Fox & Machine Gun Kelly Bertunang, Cincin Dua Batu Permata Penuh Simbol Cinta!

Share

Sama cantik, sama padan. Tiada siapa lagi di dalam dunia ini yang sedang asyik dilamun cinta melainkan dan Megan Fox & Machine Gun Kelly tunangnya. (Can’t believe I just typed that, tunang..). Para selebriti Hollywood dan peminat di seluruh dunia turut menyambut berita gembira ini di media sosial dengan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Dalam hantaran di Instagram hari ini, Fox memuat naik video pendek lamaran yang diterimanya, berlatarbelakangkan pokok banyan pada 11 Januari 2022.

ARTIKEL BERKAITAN : Akhirnya Kahwin! Lihat Foto Majlis Mehendi Priyanka Chopra & Nick Jonas

“Pada Julai 2020, kami duduk di bawah pokok banyan ini dan memohon keajaiban berlaku. Kami ketepikan segala dugaan yang akan kami hadapi bersama dalam masa yang pendek.

“Tak mahu fikirkan mengenai segala apa yang perlu kami korbankan demi hubungan ini, tapi teruskan membuai perasaan kami dengan rasa cinta dan karma.

“Setahun setengah kemudian, kami melalui cabaran dan kebahagiaan yang tak pernah saya bayangkan akan berlaku, dan dia melamar saya,” tulisnya.

Foto Via Instagram/@machinegunkelly

Dalam video tersebut juga, Machine Gun Kelly dilihat mempersembahkan cincin khas yang direka khas oleh pereka barang kemas Stephen Webster. Cincin itu disemat dengan dua batu kelahiran mereka: berlian untuk Machine Gun Kelly dan zamrud untuk bakal isterinya.

Dua batu berbentuk pir disatukan pada badan cincin magnet untuk membentuk jantung.

“Ya, dalam kehidupan ini dan setiap kehidupan. Di bawah dahan-dahan di tempat sama kami jatuh cinta, saya bawa dia kembali untuk melamarnya.

“Saya tahu, mengikut tradisi, hanya perlukan satu cincin. Tapi, saya bersama pereka, Stephen Webster mereka dua cincin yang disatukan, batu zamrud (batu kelahirannya) dan berlian (batu kelahiran saya).

“Kedua-duanya disatukan dengan magnet menjadi simbolik kelada penyatuan dua jiwa yang membentuk satu hati dan cinta kami. 11 Januari 2022,” tulis pemuzik berusia 31 tahun itu dalam kapsyen Instagram.

Menurut pakar batu permata Olivia Landau, cincin yang dihiasi dengan dua batu sememangnya menjadi popular sejak dua tahun lalu. Cincin pertunangan Megan Fox sendiri dianggarkan bernilai $50,000 to $75,000 USD.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana