Kemenangan besar kumpulan sensasi K-pop, BTS semalam di American Music Awards (AMAs) 2021 menerusi kategori utama, Artist of the Year telah menggembirakan para ARMY di seluruh dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : BTS Cipta Sejarah, Ini Artis Hollywood Yang Pernah Dapat Award ‘Artist Of The Year’ Di AMA – REMAJA
Tidak dinafikan, biarpun dunia dilanda pandemik, BTS masih berjaya mengekalkan populariti dan tetap relevan dengan kemunculan album, klip video dan penggambaran di sana-sini. Malah setiap kali mereka membuat kemunculan di mana-mana segmen temubual program di Amerika Syarikat, pastinya ia akan menjadi topik tular sepanjang minggu tersebut.
Contoh terdekat adalah persembahan kolaboratif BTS di AMAs semalam bersama Coldplay menerusi lagu My Universe. Dalam tempoh 22 jam selepas video tersebut dimuat naik di saluran YouTube Coldplay saja, ia telah mencatatkan 3.1 juta tontonan. Temubual kurang daripada tiga minit bersama saluran YouTube Access pula mencatatkan 1.5 juta tontonan.
DAN, setiap video yang menunjukkan mereka menerima anugerah di saluran YouTube ABC pula telah mencatatkan 400,000 sehingga 1.8 juta tontonan, setiap satu; JAUH meninggalkan video selebriti lain seperti Olivia Rodrigo, Taylor Swift, Bad Bunny, Cardi B dan Machine Gun Kelly.
BACA LAGI : BTS Dahului 7 Selebriti ‘Best Dressed’ Di Karpet Merah AMAs 2021 – REMAJA
Begitulah pengaruh BTS di peringkat antarabangsa. Lantas, REMAJA tertanya-tanya sama ada Megan Thee Stallion menyesal atau tidak setelah dia terpaksa menarik diri pada saat akhir dan tidak dapat menjayakan persembahan bersama BTS semalam di AMAs.
Penarikan diri Megan itu telah dikhabarkan olehnya sendiri menerusi ciapan di Twitter kelmarin. Ia berikutan isu peribadi yang tidak dapat dielakkan dan Megan sendiri sedih apabila dirinya tidak boleh berada di sana untuk memberikan sokongan.
Namun, penyanyi yang popular dengan lagu Savage itu masih ingin berkongsi pentas dengan BTS dan mempersembahkan lagu hit BTS, Butter versi remix.
Biarpun Megan tidak menyatakan sebab disebalik penarikan dirinya, ramai yang membuat spekulasi bahawa ia ada kena-mengena dengan kematian rakan rapper
-nya, Young Dolph yang ditembak di Memphis, Tennessee pada 17 November lalu.Tak mengapalah Megan. Rasanya BTS pun okay saja jika berpeluang untuk menjayakan persembahan istimewa dengan rapper berusia 26 tahun itu selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.