Meghan Buat Kesilapan Besar Di Depan Ratu Elizebeth Selepas Lakukan Ini

Share

Menjadi ahli keluarga Diraja Inggeris bukan mudah. Ada banyak aturan dan etika yang harus dilalui terutama di depan khalayak ramai. Nampaknya Meghan Markle yang baru berkahwin dengan Putera Harry seolah-olah belum dapat membiasakan diri lagi bila berada di kalangan keluarga di raja apabila dia melakukan kesilapan terbesar ini khususnya ketika berada di sebelah Ratu Elizabeth.

Jika media sebelum ini menyebut bekas pelakon ini sebagai seorang yang cepat belajar dengan tradisi keluarga di raja iaitu cara menghormati keluarga, memakai stoking bila memakai gaun di paras lutut dan lain lagi tapi nampaknya Meghan terlupa peraturan kerajaan yang satu ini. Perlakuannya segera menjadi bualan ramai ketika ini.

Kejadian ini berlaku ketika Meghan dan Putera Harry menghampiri Ratu Elizabeth dan sekumpulan pemimpin muda dari berbagai negara. Ketika sesi bergambar, Harry berada bersebelah Ratu dan Meghan di sebelah suaminya.

Sesaat selepas duduk, Meghan dilihat terus menyilangkan kakinya. Bagi orang awam perbuatan ini biasa sahaja tetapi bagi keluarga di raja ini, ia merupakan satu kesalahan amat besar.

Lihat bagaimana Meghan melipatkan kakinya. Ianya satu kesalahan bagi etika keluarga di raja

Wow, tak sangka pula bersilang kaki salah bagi keluarga di raja. Nasib jugalah korang bukan salah seorang darinya, kalau tak jenuh bukan. Hikz.

Mengikut etika yang tepat, anggota keluarga diraja memang dibenarkan menyilang kaki tapi bukan boleh bersilang sehingga lutut. Hanya sedikit sahaja. Lihat etika silang kaki dilakukan oleh Kate Middleton, sangat sempurna  sekali.

Ini etika silang kaki paling tepat bagi ahli keluarga diraja. Kate Middleton begitu sempurna melakukannya

Menurut Myka Meier yang juga pakar dalam bidang ini selain menjadi pengarah di Beaumont Etiquette pada People.com, Meghan seharusnya duduk dengan sopan dan hanya menyilangkan kakinya sedikit. Hanya separas pergelangan kaki sahaja, bukan sampai lutut. Ia perkara tidak sopan menurut etika di Raja.

“Pose kaki dengan cara menyilangnya sedikit akan memperlihatkan seseorang itu kelihatan profesional tapi jika diangkat terlalu tinggi, ia sesauatu yang kurang sopan.

“Gambar juga akan kelihatan sempurna jika kaki tidak disilangkan sehingga paras lutut dan sesuai dengan gaun dikenakan. Ia lebih sopan dan sesuai dengan gelaran sebagai puteri disandangnya.

Jangan tidak tahu, menyilang kaki separas kaki juga memerlukan teknik dan itulah yang perlu Meghan belajar apabila menjadi ahli keluarga Diraja popular ini.

Bahu perlu diluruskan bagi mendapatkan postur yang sempurna. Pastikan lutut dan pergelangan kaki seiring, kemudian posisikan kaki sehingga mengereng sedikit. Tangan harus diletakkan di atas peha.

Ternyata kesalahan duduk yang Meghan lakukan ini mendapat perhatian dunia. Di mana ramai yang mengingatkannya agar duduklah seperti gaya seorang puteri dan bukan orang kebanyakan.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros