Okay, jangan terkejut.
Negara Arab Saudi dan negara lain di Timur Tengah telahpun menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini setelah pengumuman Imam Besar Masjid Al-Haram semalam.
Sebenarnya, keputusan tersebut bukanlah keputusan yang pelik memandangkan Arab Saudi juga melakukan pemerhatian anak bulan seperti yang dilakukan di Malaysia.
Cuma barangkali kerana Ramadan di sana hanya berkesudahan 29 hari pada tahun ini berbanding 30 hari seperti di Malaysia, Indonesia, Jepun dan Australia yang masing-masing mengumumkan Aidilfitri jatuh pada 5 Mei, ia kedengaran seperti pelik sedikit.
Apapun, pada jam 4.11 pagi tadi, seramai 1.5 juta ke 2.5 juta umat Islam di Mekah telahpun menunaikan solat Subuh, diikuti dengan solat sunat Aidilfitri pada jam 6.00 pagi di bahagian dalam hingga melimpah ke luar masjid Al-Haram.
Menariknya, sambutan Aidilfitri di Mekah menurut rakan yang berada di sana disambut secara ringkas tanpa kunjungan dari rumah ke rumah, perhiasan, bunga api atau mercun.
Jika di Malaysia lagu-lagu raya sudah berkumandang sejak pertengahan bulan Ramadan lagi. Di Mekah orang ramai meneruskan ibadat selepas selesai menjamu sarapan Aidilfitri.
Bagi rakyat Malaysia yang menetap di sana atau sedang menunaikan ibadah umrah, mereka dijemput untuk ke rumah terbuka Malaysia anjuran restoran Felda D Saji di Jeddah kira-kira 80 kilometer ke barat Mekah.
Doktor Bagi Pilihan Nak Rehat Atau Makan Ubat Seumur Hidup, Wanita Ini Kongsi Kisah Survive Dengan Gaji RM1,600
Dalam keadaan ekonomi dunia sekarang, kalau nak survive memang kena buat dua tiga kerja untuk betul-betul kukuhkan kewangan sendiri.
Seperti apa yang dilakukan oleh Syafieqah A’lya ini, dia hanya memulakan kerjaya dengan tawaran gaji fresh graduate sebanyak RM1,600 dan dalam masa yang sama menjadi part time student.
Sehinggalah doktor mengesahkan darah tingginya naik mendadak kerana terlampau penat.
Jom baca kisah sepenuhnya tentang bagaimana wanita ini menceritakan pengalamannya yang mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anak muda.
Tika saya di offer kerja fresh graduate starting RM1,600. Saya terus grab, walaupun tempat kerja tersebut jauh dengan keluarga. Peluang hanya datang sekali, kita rebut-rebutkan
1. Rumah takda, kita cari bilik sewa
2. Kenderaan takda, kita guna apa yang ada saja iaitu motor kesayangan saya
3. Macam-macam cerita menakutkan saya bila tinggal di kawasan perumahan tersebut, termasuklah kes bunuh berdekatan perumahan saya sewa tu. Allah kan ada, saya pujuk hati.
4. Rakan-rakan baru yang kita tak kenal, jangan di musuhi. Kita kenal dulu, kot-kot terbina masjid kita kat situ
5. Rasa cemburu juga lihat member bawak pamphlet honda di hari pertama training, waktu tu baru setengah bulan kerja. Gaji yang masuk dalam akaun hanya lah RM400. Rasa nak nangis masa tu.
6. Waktu ni baru nak belajar dalam industri perbankan, banyak benda baru yang dipelajari. Tapi hati-hati tak semua orang suka berkongsi skill mereka, takut kurang bisnes mereka kata. Saya redha dan terus mencari jalan dan rentak dalam industri ni.
7. Di saat serba kekurangan waktu ni lah mula panjang akal, saya mula rekod segala perbelanjaan saya. Segala resit semua saya simpan. Terhadkan perbelanjaan yang tidak penting.
8. Kerja di dalam service centre bank iaitu dalam shopping mall, dugaan hebat sangat. Tiap-tiap hari nampak barangan cantik dan ada je sale yang di offer. Ku kuatkan iman, ini semua dunia.
9. Dulu tak suka isi minyak penuh, nanti mula lah panjang langkah. Ku isi cukup untuk ulang alik ke tempat kerja.
10. Tinggal sorang-sorang dalam bilik sewa hampir 3 tahun, ku penuhi masa dengan mengaji dan peluk al quran. Selalu doa, agar dimudahkan urusan dan diberi kekuatan.
11. Tiba lah satu masa, di offer kerja admin dengan permulaan gaji RM1000 waktu tu. Saya terus grab! Bukan senang nak dapat RM1000, saya tekun kerja part time hinggalah ke waktu subuh siapkan kerja yang agak heavy masa tu.
12. Walaupun kerja admin tu dibuat selepas waktu kerja, Alhamdulillah saya masih boleh perform dengan kerja hakiki. Saya dapat kenaikan gaji tiap-tiap tahun. Syukur!
13. Rezeki tak pernah salah alamat kan.
14. Di ketika saya buat kerja hakiki dan kerja admin, saya adalah seorang student part time degree accounting di shah alam. Bila dah mula kerja, priority kita adalah mencari rezeki, saya masih cekal cuba untuk kekal on track. Waktu cuti saya dihabiskan di library sorang-sorang hinggalah ke waktu malam.
15. Waktu ni keluarga mula merajok dengan saya sebab jarang balik dan jadual terlalu padat. Hinggalah saya terbaring, kepala pening dan muntah. Rupanya doktor bagitau, darah tinggi saya naik mendadak.
16. Saya diberi pilihan mahu tidur dan rehat atau mau makan ubat seumur hidup. Pastinya saya pilih untuk tidur! Dari situ saya let go satu per satu kerja saya. Dari belajar part time, kerja hakiki dan last sekali kerja admin dan pa.
17. Biasa dengar kan 3 tahun pertama kerja adalah tempoh membina kewangan kita. Saya latih dan disiplin kan diri. Bukan mudah dan senang nak jadi seperti sekarang. Simpanan yang dibina terus terbina dengan jayanya. Sifat merendah diri dan menghargai keluarga kita terus utuh dalam diri.
18. Jika sekarang korang tak nampak apa yang korang kena buat, pejam mata dan bayangkan siapa big why kita dan kenapa kita kena terus kuat dan berjaya?
19. Setiap orang punya cita-cita dan impian yang nak di capai, belajar berdiri di atas kaki sendiri dan belajar buat keputusan sendiri iaitu yakin dengan diri kita sendiri. Baru lah keluarga kita pun yakin yang kita ni satu hari nanti mampu bina keluarga dan bina empayar sendiri kemudian hari. Aamin.
Sekian dari saya,
Kini saya seorang consultant di area kl dan seremban, masih berkerja keras mencari rezeki untuk masa depan kita 🙂
Nak berjaya bukan mudah kan? Tapi jangan sesekali abaikan kesihatan. Jika kita rajin berusaha dan tidak hanya merungut, InsyaAllah ada jalannya nanti.
Pergelutan Antara Manusia & Singa Bikin Penonton Cemas Dalam Beast
Pelakon Idris Elba sekali lagi muncul dengan filem terbaharu, Beast yang kini sudah pun ditayangkan di seluruh pawagam tanah air. Menampilkan barisan pelakon lain seperti Sharlto Copley, Riley Keough, Iyana Halley dan Leah Sava Jeffries, naskhah kali ini bakal membawa penonton menyaksikan babak cemas bagaimana ingin menyelamatkan diri daripada binatang buas.
Bagi peminat yang gemarkan filem-filem tentang haiwan buas, tidak salah sekiranya korang memilih untuk menonton Beast di pawagam. Menceritakan tentang Dr. Nate Samuels yang kembali ke Afrika Selatan di mana lokasi pertama kali bertemu isterinya. Dia bersama dua anak perempuannya yang masih remaja memulakan perjalanan yang telah lama dirancang selepas kematian bekas isteri.
Namun, perjalanan itu menjadi satu perjuangan yang menakutkan apabila mereka perlu melarikan diri daripada seekor singa buas. Singa itu melihat semua manusia sebagai musuh dan mula menjejaki mereka. Bermulalah pergelutan di antara keluarga itu yang ingin menyelamatkan diri daripada serangan binatang buas.
BACA: Lakonan Mantap Amir Khan Sentuh Hati Penonton Dalam Laal Singh Chaddha
Selepas menonton filem ini pada tayangan perdana tempoh hari, kami merasakan di permulaan cerita agak sedikit perlahan dan membosankan. Namun, selepas mereka tiba di Afrika dan bertemu dengan singa buas itu, emosi penonton mulai resah melihat pergelutan yang berlaku demi menyelamatkan diri.
Lakonan Idris Elba tidak perlu lagi diperkatakan kerana figura ini sememangnya berbakat dan berjaya membawa setiap watak yang diberikan dengan baik. Dia juga berjaya membawa watak sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab dan penonton tidak hanya ‘suka-suka’ menonton filem ini kerana ada mesej tersirat yang ingin disampaikan.
Secara keseluruhannya, kami merasakan filem Beast masih berbaloi untuk ditonton kerana jalan ceritanya tidak terlalu meleret disebabkan durasi filem ini hanya lebih kurang 1 jam 30 minit.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Fattah & Fazura Selamat Timang Anak Perempuan.
Dalam satu hantaran di laman Instagram Fattah Amin telah mengumumkan yang Fazura telah pun selamat melahirkan.
Dalam hantaran tersebut penerima anugerah bintang paling popular tahun 2017 ini berkata, “Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
Salam sayang dari kami bertiga.”
View this post on InstagramA post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on
Terdahulu, pasangan yang sama cantik sama padan ini telah mengikat tali pernikahan pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
***P/S- Tahniah pihak editorial remaja ucapkan kepada Hero Remaja 2011/12 Fattah Amin yang telah bergelar seorang bapa. Tak sabar menanti untuk melihat wajah cahaya mata Fattah & Fazura, mesti comel seperti kedua-dua ibu bapanya.