Kecantikan

Mekap Sarah Suhairi Dipuji! Jurusoleknya Kongsi Trik ‘Perfect Complexion’ Untuk Gadis Sawo Matang

Share

Menginjak ke fasa perkahwinan tentunya diimpikan oleh mana-mana gadis dan segalanya yang berlaku pada hari bahagia mereka itu ingin dilaksanakan dengan penuh kesempurnaan.

Itu termasuklah stail solekan yang dirias oleh jurusolek ke atas wajah ratu sehari agar seri pengantin terus terpancar dan berkekalan sepanjang majlis dilangsungkan.

Mengambil ilham daripada penyanyi dan juara Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan, Aswad Anuar pada 26 Julai lalu, REMAJA percaya ramai girls berkulit sawo matang yang terpesona dengan skin complexion dan solekan Sarah ketika majlis akad nikahnya.

BACA: Sarah Suhairi Kini Bergelar Isteri & ‘Ibu Segera’ Kepada 3 Cahaya Mata, “Selagi Belum Sah, Lebih Baik Simpan Sendiri…” – REMAJA

Kekal dewy sepanjang hari, cukup rencahnya untuk kelihatan glamor tetapi masih tidak membayangi seri semula jadi Sarah sendiri; jurusolek pilihan Sarah iaitu Tysha (Instagram- @bettyshaaaa) kongsikan bersama REMAJA tip dan trik yang digunakannya untuk mendapatkan hasil sebegitu buat Sarah.

“Sarah adalah seorang insan yang ringkas. Dia tidak ada request untuk apa-apa look tertentu dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya.

“Oleh itu, saya hasilkan ‘soft shimmer bronzy look’ untuknya dengan rona gincu merah jambu dan perang kedam,” kata Tysha.

Bagi memperolehi litupan sempurna mekap pada wajah, Tysha menasihatkan agar korang memegang mantra ‘the lesser, the better’. Kongsinya, solekan Sarah ini sebenarnya tidak setebal disangka dan ia selesa untuk digayakan sepanjang hari.

Memandangkan konsep majlis akad nikah bertemakan outdoor, Tysha bermain dengan highlighter untuk menaikkan lagi efek dewy pada kulit Sarah. Ia ada trik penting jika korang ingin menggunakan finishing jenis semi-matte.

Berikut adalah 7 produk yang digunakan oleh Tysha ke atas wajah Sarah Suhairi untuk korang cuba kecapi efek solekan ‘soft shimmer bronzy look’ yang sama.

1. Haus Lab Foundation by Lady Gaga

2. Laura Mercier Translucent Powder

3. Huda Beauty Blush Filter bersama Nars Powder Blush

4. Pat McGrath Eyeshadow Palette

5. Make Over Lipstick bersama Tarte Lip Plump

“Rona ‘seasonal’ Sarah boleh dikategorikan sebagai rona-rona autumn yang hangat dan lembut (seperti coral) yang amat bersesuaian untuk kulit wajahnya.

“Oleh itu, saya mengikut rona seasonal Sarah itu tetapi saya ubah sedikit pada bahagian bibir di mana saya memilip gincu berwarna merah jambu agar personalitinya yang sweet

itu lebih menyerlah,” kongsi Tysha lagi.

FOTO: Instagram @bettyshaaa

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Melebih, Tidak Kurang. Solekan Natural Julia Farhana Boleh Ditiru Dengan 5 Produk Ini – REMAJA

BACA LAGI: Solekan 5 Majlis Perkahwinan Diraja Brunei Untuk YM Dayang Syafiqah Cukup Elegan, Ini Rahsianya – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ