Melawat ‘Zoo’ Di Singapura Secara Virtual, Penonton Berpeluang Berinteraksi Bersama Haiwan

Share

Walaupun arahan Perintah Kawalan Pergerakan sudah pun dilonggarkan sedikit di kebanyakan negara, namun masih ramai lagi masyarakat yang tidak berani untuk keluar rumah kerana masih khuatir dengan wabak COVID-19 yang masih berleluasa.

Berikutkan dengan isu ini, Wildlife Reserves Singapore (WRS) telah mengambil inisiatif dengan melancarkan rangkaian secara virtual untuk pengunjung berinteraksi bersama haiwan secara langsung di rumah.

Mahukan pengalaman eksklusif melihat behind-the-scenes bersama gajah di Zoo Singapura, Backstage Pass menawarkan sesi ekslusif selama 30 minit dimana penonton dapat melihat persembahan gajah dan berpelung untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengayaan mereka. Sesi ini juga akan diketuai oleh pasukan penjagaan haiwan WRS yang akan berkongsi cerita mengenai haiwan yang terdapat dalam pusat riadah tersebut.

Remaja berpeluang juga menyertai sesi bersama Double Yellow-Headed Amazon, Scarlet Macaw & Toco Toucans, dibawa secara langsung dari Jurong Bird Park Singapura. Dalam sesi selama lebih kurang 25 minit itu, korang bakal dihiburkan dengan aksi haiwan yang menonjolkan bakat luar biasa seperti bercakap dan menyanyi.

Selain itu juga, jika ingin meraikan atau membuat kejutan kepada seseorang, korang juga boleh membuat video istimewa dengan memberi Personalised Message kepada orang tersayang melalui Yellow Napped Amazon yang mana ia juga berbakat dalam menyanyikan lagu Happy Birthday.

Orang ramai yang berminat boleh memilih daripada lima sesi yang berbeza dan ianya terhad kepada hanya tiga profil pengguna. Penonton akan menikmati sesi beramah mesra dengan pasukan penjaga haiwan dan berpeluang untuk bertanyakan soalan.

Antara lima sesi yang ditawarkan adalah seperti berikut:

• Capybara & Great White Pelican (River Safari)
• African Penguins (Singapore Zoo)
• Oriental Pied Hornbill & White Cockatoo (Jurong Bird Park)
• Double Yellow-Headed Amazon, Scarlet Macaw, Toco Toucan (Jurong Bird Park)
• Great Horned Owl, Asian small-clawed Otters & White Raccoon (Night Safari)

Sesi interaktif bersama haiwan ini menawarkan harga daripada $50 (RM151.36) sehingga $250 (RM756.80) dan pendapatan daripada sesi ini juga sedikit sebanyak akan disalurkan bagai menyokong usaha berterusan WRS untuk menjaga dan melindungi hidupan liar di seluruh Asia Tenggara.

So guys, untuk si pencinta haiwan rasanya inilah peluang bagi korang merasai pengalaman ‘zoo’ di rumah dan bukan hanya itu, secara tidak langsung dapat memberi sumbangan untuk memulihara haiwan-haiwan tersebut.

Published by
Noor Ain Norman