Meleleh Air Liur Nengok, Marion Crepe Ini Sangat Popular Di Jepun & Baru Je Buka Outlet Pertamanya Di KL…

Share

Pernah rasa tak durian crepe? Memang meleleh air liur bila keenakan rasa durian masuk ke mulut dan kemudian mencair.

Pencuci mulut dalam bentuk crepe ini sememangnya agak popular dalam masyarakat Malaysia.  Industri makanan juga sudah begitu berkembang di mana banyak terlalu banyak tranformasi pada makanan dilakukan. Terkini, bagi penggemar desert ini, Marion Crepe adalah pilihan terbaru untuk dinikmati.

Bermula dari daerah  Harajuku, Jepun sejak 1976, jenama ini begitu popular di seluruh dunia   dengan 82 outlet, jenama Marion Crepe  memilih Malaysia sebagai destinasi Asia pertamanya.

Wow, tengok pada gambar-gambarnya memang tak sabar nak serbu dan rasai. Didatangkan dalam 100 perisa yang cukup lazat rasanya, para penggemar Marion Crepe ini boleh menyerbu outletnya yang terletak di Plaza Mont Kiara bersebelahan Mc Donald.

Nampak sedap je kan…yummm

 

Crepe perisa strawberry nie nampak sangat menyelerakan betul. Ada diskaun sekarang ini, bolehlah try

Dijual pada harga serendah RM9 sehingga RM15 setiap satu, penggemar boleh memilih crepe berasasakan buah-buahan segar seperti strawberry, coklat, green tea, banana, apricot, mango, blueberi dan banyak lagi. Boleh tambah toping dengan pelbagai perasa seperti whiped cream, caramel dan banyak lagi.

Tapi kalau korang serbu dalam masa terdekat ini, pihak Marion Crepe ini ada beri diskaun sebanyak 50 peratus dalam satu tempoh masa terdekat sahaja.Jangan lupa, ada juga aiskrim dijual di sini dengan pelbagai perisa pada harga serendah RM7 sahaja.

Semalam telah berlangsung majlis perasmian Marion Crepe ini  dirasmikan oleh Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman  Ujang. Turut kelihatan pemiliknya, Mr Tsutomu Yumoto serta artis  jemputan, Miss Koe Yeet.

 

Mr Tsutomu Yumoto berkata di masa akan datang dia akan mengembangkan bisnes ini di rantau Asia

 

Outlet ini terletak di Plaza Mont Kiara

 

Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman  Ujang bersama Miss Koe Yeet

Mr Tsutomu dalam ucapan berkata, pihaknya mementingkan kualiti bahan crepe.  Ianya dari bahan terbaik dan terpilih serta mempunyai rasa yang cukup enak. Ada lebih 60 perasa asli dan unik tetapi buat masa ini di Malaysia ada beberapa perasa terpilih sahaja.

“Saya juga bercadang untuk mengembangkan lagi bisnes ini di Asia Tenggara dalam masa terdekat. Bisnes francais ini dilihat berdaya maju dan mempunyai permintaan yang tinggi dari penggemar crepe,” katanya.

Semalam telah berlangsung dengan penuh meriah upacara pembukaan outlet pertama di  Asia Tenggara dan tetamu dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan Fazz yang cukup popular.

Persembahan dari kumpulan FAZZ sangat bertenaga dan menghiburkan..
Published by
Almaswa Haji Che Ros