Pelakon terkenal Hollywood, Jenna Ortega dilaporkan sudah tidak lagi menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem Scream 7.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenna Ortega ‘Janjikan’ Wednesday Musim Kedua Lebih Elemen Seram, Menakutkan. Tak Sabarnya!

Melissa Barrera Dipecat Kerana Sokong Palestin, Jenna Ortega ‘Backup Member’ Dengan Tarik Diri?

Pengunduran wanita berusia 21 tahun ini dilaporkan terjadi selepas rakan sekerja beliau, Melissa Barrera, dipecat daripada francais filem seram tersebut selepas memuatnaik kenyataan mengenai konflik Israel dan Palestin.

Walau bagaimanapun, dimaklumkan penarikan Ortega tiada sebarang kaitan dengan pemecatan rakan sejawatnya dan katanya sudah berjalan selama beberapa bulan – malah sebelum mogok SAG-AFTRA bermula pada Julai 2020, menurut sumber Deadline.

Melissa Barrera Dipecat Kerana Sokong Palestin, Jenna Ortega ‘Backup Member’ Dengan Tarik Diri?

Buat makluman, Melissa Barrera merupakan salah seorang bintang utama dalam filem Scream 7 yang dilaporkan telah diberhentikan selepas mengeluarkan beberapa kenyataan di media sosial mengenai isu peperangan berterusan antara Israel dan Hamas.

Ads

Barrera yang memegang watak sebagai Sam Carpenter dalam Scream 6, sebelum ini dijangka akan kembali menerusi sekuel filem tersebut bersama Jenna Ortega.

Melissa Barrera Dipecat Kerana Sokong Palestin, Jenna Ortega ‘Backup Member’ Dengan Tarik Diri?

Walau bagaimanapun, menurut laporan Variety Magazine, Spyglass Media Group secara senyap telah menggugurkan Barrera disebabkan kenyataan beliau tersebut.

Menjenguk ke reaksi warganet di media sosial pula, rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan pihak produksi yang menggugurkan pelakon utama tersebut atas alasan yang tidak munasabah sama sekali.

Ads

Melissa Barrera Dipecat Kerana Sokong Palestin, Jenna Ortega ‘Backup Member’ Dengan Tarik Diri?

“Takpe korang, nanti kita boikot terus filem Scream. Biar padan muka mereka!” komen seorang warganet.

“Banyak lagi pelakon lain yang lebih bermasalah, bahkan ada dari kalangan mereka yang mempunyai kes jenayah. Taknak pula gugurkan atau hapus terus pelakon sebegitu rupa dari industri,” rungut netizen lain.

Ads

Melissa Barrera Dipecat Kerana Sokong Palestin, Jenna Ortega ‘Backup Member’ Dengan Tarik Diri?

What? Ini tidak adil sama sekali. Nampak sangat mereka ini berpihak kepada Israel,” komen seorang peminat.

BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

KREDIT FOTO: Hollywood News

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI