Siapa sangka, Malaysia disebut-sebut dalam rancangan temubual lewat malam popular The Late Show with Stephen Colbert pada minggu ini.
Ia berikutan hantaran di media sosial yang tular pada hari Ahad lalu melibatkan sekumpulan penunggang kuda yang membuat pesanan di kawasan pandu lalu McDonald’s cawangan Cyberjaya.
Walaupun tujuan foto-foto ini dimuat naik ke Facebook 3S Equestrian Cyberjaya adalah sekadar jenaka, namun niat tersebut telah memakan diri kumpulan tersebut apabila ramai menuduh mereka sebagai penagih publisiti daripada masyarakat di Malaysia.
Mereka turut dikritik sebagai golongan yang tidak cakna dengan kebersihan jalan raya dek najis kuda yang bertaburan di sekitar kawasan awam itu.
Jelas kumpulan yang dikenali sebagai 3S Equestrian Cyberjaya itu kepada portal Juice, ahli-ahli pasukan itu bersedia untuk membersihkan najis kuda di sana dan tidak menyusahkan pekerja McDonald’s tersebut. Mereka berkata ada staf yang sedang mengekori dari belakang untuk menyelesaikan isu najis bertaburan setelah mereka beredar dari kawasan pandu lalu.
Isunya tidak terhenti setakat situ saja apabila mereka turut sama dikritik kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) asas dengan tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai. Sebagai respon balas, kumpulan penunggang itu berkata mereka tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka sewaktu menunggang memandangkan sukan berkuda adalah sukan memenatkan dan pemakaian pelitup muka boleh mengganggu pernafasan. Mereka juga mendakwa kesemuanya tetap menjaga jarak 1 meter dengan gadis di kaunter pandu lalu.
Selain itu, banyak lagi komen-komen lain di media sosial yang menambah arang kepada bara seperti ketidaksesuaian jalan tar untuk kaki kuda dan soal keselamatan haiwan itu sendiri apabila berada di jalan raya terutamanya bila berdepan dengan lampu kenderaan mahupun bunyi hon secara tiba-tiba. Bukan itu saja (fuh banyak betul complain mereka).. warganet juga mempertikaikan jarak dekat antara haiwan dan restoran dari sudut kebersihan. Tidak hygienic katanya..
*
Berbalik kepada intipati program The Late Show with Stephen Colbert yang bersiaran pada hari Ahad lalu, beliau menyentuh mengenai ‘stun’ tersebut dalam segmen ‘berita terbaru’-nya.
Sekumpulan manusia menunggang kuda di lorong pandu lalu McDonald’s. Oh yeah, saya akan mengambil hidangan nombor empat dengan air Coca Cola bersaiz kecil dan.. 15,000 kepingan epal. Mereka menunggang di Cyberjaya, sebuah bandar di Malaysia Barat yang dikenali sebagai ‘Lembah Silikon’ versi Malaysia.
Hmm.. apa pendapat korang?
Adakah aksi kumpulan berkuda ini lucu dan menarik untuk ditonton. Atau mereka kelihatan seperti satu lagi ‘kumpulan kayangan’ yang tidak akan dikenakan tindakan biarpun melanggar beberapa etika penting semasa berada di luar bersama kuda masing-masing.
Terpulang kepada interpretasi masing-masing. Lagipun pihak McDonald’s pun tidak mengambil serius isu tersebut dan telah memuat naik ciapan semula di akaun mereka.
Lain machiemmmm orang Cyberjaya nih https://t.co/bo2bWB245n
— McDonalds Malaysia (@McDMalaysia) November 15, 2021
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.