“Memang ada niat nak kahwin tapi jodoh belum jumpa”
Demikian pertuturan pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak yang lebih tenang membicarakan soal jodoh…
Menurut bintang berusia 39 tahun itu, dia mengakui ada masa dirinya berasakan soal jodoh bukan lagi menjadi keutamaan buatnya. Selain, kegagalan menjalinkan cinta sebelum ini membuatkan dia bimbang untuk kembali berhubungan dengan mana-mana wanita.
“Sekarang ini saya lebih tenang kalau bercakap soal hubungan. Kalau ada berjumpa dengan mana-mana wanita, saya rasa lebih senang jadi kawan baik.
Ads
“Apabila sudah menjadi kawan baik memang tak fikir ke arah bercinta, ada juga datang ketika saya sibuk bekerja, jadi tidak fokus ke arah perkahwinan.
“Mungkin ada juga kerisauan daripada kisah lampau. Oleh itu, saya ambil jalan untuk abaikan dahulu soal bercinta,” tuturnya.
Ads
Perkara tersebut dikongsikan Zizan ketika ditemui di sidang media dan majlis berbuka puasa bersama barisan pelakon Polis Evo 3 yang berlangsung di Six In The City, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Dalam pada itu, bercakap mengenai karya hit berkenaan yang bakal ditayangkan pada 25 Mei depan, penyanyi lagu popular Bawa Aku Pergi itu berkata dia tidak mengalami sebarang masalah besar ketika sesi penggambaran meskipun bekeria dengan pengarah baharu iaitu Syafiq Yusof.
Ads
Sekadar informasi, Polis EVO 3 merupakan filem aksi Malaysia dengan arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions. la merupakan kesinambungan daripada Polis EVO 2 (2018) dan filem ketiga dalam trilogi Polis EVO, filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak.
Lebih menarik, Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Dato’ Afdlin Shauki, Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial, Zukieeeee.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lebih 4000 Wannable sekali lagi berhimpun menyaksikan satu lagi momen bersejarah. Kalau dahulu, 11 lelaki beraksi di pentas Axiata Arena ketika World Tour Wanna One, kali ini Ong Seong Wu hanya beraksi solo membuat persembahan. Ia bukanlah konsert, tapi ia merupakan Fan Meeting yang dianjurkan oleh Hatchery bersama syarikat yang menjaga Ong Seong Wu, Fantagio.
Ong Seong Wu memulakan persembahan hangat dengan tarian dan nyanyian lagu berjudul Pressure dari Bruno Mars dan disudahi juga dengan lagu That’s What I Like dari penyanyi yang sama. Salah satu lagu tersebut merupakan lagu taruhan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya ketika bertanding dalam rancangan realiti TV Produce 101 Season 2.
Fan Meeting yang berdurasi selama 2 jam itu padat dengan pelbagai segmen antaranya Ong talk di mana Ong Seong Wu perlu menjawab dan melayan kerenah peminat dalam aplikasi chat room yang diberi nama Ong Talk.
The Claw Game dimana Seong Wu perlu bermain sehingga dia mendapat patung untuk dihadiahkan kepada peminat bertuah, Sing a Malaysian Song yang membuatkan peminat cair mendengar suara lunak bekas ahli Wanna One ini menyanyikan lagu kanak-kanak rakyat Malaysia dan banyak lagi. Lagi menarik apabila di pengakhiran Fan Meeting, 4000 peminat berpeluang Hi-touch dengan Ong Seong Wu. WAHHH BESTNYA!
Pelakon, Azhar Sulaiman menitipkan pesana kasih sayang buat cahaya mata kembar kesayangannya iaitu personaliti media sosial terkenal, Kasih Iris Leona dan kembarnya Rees.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon drama popular Projek: High Council itu memuat naik semula hantaran Leona bersama Rees sewaktu mereka berdua terlibat dengan program lawak terbitan sebuah stesen televisyen swasta, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Azhar yang mesra disapa Behar itu turut mencuri perhatian apabila seakan memberi bayangan untuk mengundurkan diri dari dunia hiburan memandangkan kedua anaknya itu sudah mampu berdiri atas kaki sendiri.
“Mungkin sudah tiba masanya Behar (Azhar) mengundurkan diri dari pandangan umum masyarakat,” coretnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selain Squid Game, Selena Gomez juga telah mencipta sejarah pada Anugerah Emmy bagi tahun ini.
Keunggulan drama bersiri Korea terbitan Netflix, Squid Game berterusan hingga ke tahun ini apabila ia menerima 14 pencalonan bagi Anugerah Emmy 2022 sekaligus memecahkan rekod mana-mana naskah bukan berbahasa Inggeris yang pernah tercalon di acara berprestij itu.
Pengumuman pencalonan pada awal pagi tadi itu menyaksikan Squid Game meneruskan penguasaan di dunia hiburan Barat terutamanya di Hollywood setelah ia memberikan saingan sengit kepada drama popular lain seperti Stranger Things, Euphoria, Succession, Ozark, Severance, Better Call Saul dan Yellow Jackets menerusi kategori Drama Bersiri Cemerlang. Squid Game sekaligus menjadi siri bukan berbahasa Inggeris pertama untuk dicalonkan dalam kategori tersebut dalam sejarah penganjuran Anugerah Emmy.
Tambah membanggakan apabila lima pelakon drama tular itu turut dicalonkan menerusi kategori lakonan; justeru menjadikan mereka sebagai para pelakon warganegara Korea Selatan pertama dalam sejarah untuk diiktiraf dengan pencalonan dalam kategori masing-masing.
Ini termasuklah Lee Jung jae (Seong Gi-hun) untuk kategori Pelakon Lelaki Utama dalam Drama Bersiri, Jung Ho yeon (Kang Sae-byeok) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita dalam Drama Bersiri, Park Hae Soo (Cho Sang-woo) dan Oh Young Soo (Oh Il-nam) masing-masing untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki dalam Drama Bersiri dan Lee Yoo mi (Ji-yeong) untuk kategori Pelakon Jemputann Wanita dalam Drama Bersiri.
Selain itu, Squid Game turut menerima pencalonan bagi pengarahnya, Hwang Dong Hyuk yang menjadi warganegara Korea Selatan pertama untuk memperoleh pencalonan Emmy untuk kategori pengarahan dan penulisan.
Lain-lain kategori pencalonan melibatkan Squid Game terdiri daripada Reka Bentuk Produksi Cemerlang untuk Program Kontemporari Naratif (Satu Jam atau Lebih), Sinematografi Cemerlang untuk Siri Single-Camera (Satu Jam), Suntingan Gambar Single-Camera Cemerlang untuk Drama Bersiri, Muzik Tema Original Cemerlang, Kesan Visual Cemerlang untuk Satu Episod dan Persembahan Aksi Cemerlang.
Turut mencipta sejarah ialah penyanyi dan pelakon, Selena Gomez yang menjadi wanita berbangsa Latin kedua untuk dicalonkan sebagai seorang penerbit dalam kategori drama bersiri komedi. Begitupun, Selena terlepas pencalonan bagi kategori pelakon wanita untuk naskah Only Murders in the Building.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa terjadi apabila seorang pempengaruh glamor yang bertukar viral disebabkan kontroversi tiba-tiba 'menghilang' dan pulang ke kampung? Nak dijadikan cerita pula, pempengaruh itu tidak...