Masalah depresi atau kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu berasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Kajian membuktikan isu kesihatan mental di Malaysia, khususnya dalam kalangan anak muda amat serius dan perlu ditangani secara berkesan oleh semua pihak.
Bagi pendapat personaliti media sosial dan Youtuber popular, Shazz Zainuddin, remaja terutamanya golongan Islam seharusnya terlebih dahulu mengingati yang Maha Esa sebelum melakukan perkara yang memudaratkan diri apabila mengalami masalah depresi.
Ads
“Bagi remaja atau sesiapa yang mempunyai masalah depresi, walaupun ia adalah klisè seperti ingat kepada Allah dan menjaga solat. Ya, itu adalah nombor satu.
“Saya pun pernah hampir rasa ‘saya nak mati sahaja’ Namun ingat azab dan akan masuk neraka itu membuatkan saya takut. Dan kerana itulah agama nombor satu. Kuatkan iman kita semula, sembahyang serta minta doa kepadaNya.
Ads
“Dahulunya saya tidak bercerita masalah kepada keluarga mahupun rakan-rakan, mereka semua tidak tahu. Semua yang saya ingin kongsikan, saya hanya bercakap dengan Allah,” katanya ketika ditemubual REMAJA di majlis pelancaran muzik video sulung Resorts World Genting (RWG), di Genting Highland.
Dalam masa sama, Shazz turut mengingatkan buat para remaja di luar sana agar sentiasa meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah di mana akan tiba masanya kebahagiaan selepas derita.
Ads
“Memang ambil masa dan perlu yakin dengan Allah. Jangan merasakan yang Dia tidak akan menolong kita. Masa berdoa yakin sahaja yang Allah akan membantu dan memberi kebahagiaan kepada diri kita. Walau bukan sekarang, tapi masa hadapan Allah tetap akan beri.
“Itu apa yang saya lakukan dahulu. Setelah beberapa tahun saya hadapi, Alhamdulillah rezeki dan kebahagian kini saya kecapi. Dah berapa tahun saya baru nampak perkara itu,” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak tahun lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menaik taraf kawasan lorong sisi dan lorong belakang di sekitar Bukit Bintang di bawah projek pengindahan bandar.
Rasanya masih belum ramai yang tahu kawasan ini boleh dijadikan port bergambar dan spot terbaik untuk pelancong datang ke negara kita.
Kalau dahulunya lorong-lorong ini kelihatan suram dan tidak menarik, sekarang makin ceria dan terdapat juga tiga hotel butik yang cantik, antaranya adalah Hotel Melange, The Yard Boutique Hotel dan Summer House Bed & Café.
Menurut perkongsian Suraya Muhamad, dulu nak lalu area Jalan Alor, Bukit Bintang ni punya ngeri sebab kotor dengan sampah dan bau yang tidak menyenangkan.
Namun begitu, pada bulan lepas kebetulan dia ada di area Sungei Wang Plaza, Suraya sempat singgah ke lorong tersebut memandangkan kawasan di situ pun tidak sesak.
Lukisan mural yang dilukis pada bangunan lama sememangnya satu inisiatif yang perlu dipuji kerana dapat menaikkan semula tempat ini untuk tarikan orang ramai.
Dengan peruntukan RM1.5 juta oleh DBKL seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online, lorong-lorong ini telah dinaik taraf dan diberi imej baru memandangkan ia merupakan pusat tarikan pelancong.
Lepas ni tak perlulah nak pergi jauh-jauh, Cuti-Cuti Malaysia pun onz je. Lebih dekat, lebih jimat. Paling penting gambar OOTD menarik. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada mulanya kami melihat entree di Twitter ingatkan Starbucks ada projek baru mengeluarkan cup yang berkonsepkan lukisan doodle.
Tapi rupa-rupanya ia adalah hasil tangan seorang pemuda, NasSuha_ yang melukis di cawan kertas Starbucks sementara menunggu flight balik ke kampung baru-baru ini.
Perkongsian ini dibuat di laman twitternya dan mendapat kira-kira 14 ribu retweet.
Dikhabarkan, pemuda ini ingin memasuki contest yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang dahulunya dia pernah meraih hadiah sagu hati daripada pertandingan ini.
Ini adalah hasil lukisannya pada 2016 bertemakan Harimau Jadian. Katanya, line/stroke lukisan terdahulu tak berapa nak kemas. Sekarang ni Nas mengakui skillnya untuk memperkemas lukisan lebih baik. Tapi apa yang kami nampak, cantik je kan? Hiks!
Reaksi netizen
Ada yang terkejut dan menyangka bahawa pemuda ini hanya bergurau dan tak sangka rupa-rupanya ia adalah hasil lukisan asli daripada Nas sendiri.
Ramai juga yang menyarankan agar Starbucks berkolaborasi bersama anak muda ini untuk menghasilkan edisi istimewa seperti ini.
Korang boleh lihat sendiri hasil kreatif doodle yang lain di laman Instagramnya sendiri.
Apa-apa pun kami ucapkan syabas dan selamat maju jaya bro! Semoga makin ramai lagi anak muda terinspirasi dengan bakat dan daya kreativiti ini dan membuka mata remaja lain untuk lebih berani mencuba sesuatu yang baru.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemain gitar utama kumpulan Spider, Napie menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.54 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Berita duka pemergian Napie atau nama sebenarnya Hanafi Hamdan disahkan oleh isteri beliau, Norasidah Said kepada Astro Awani.
Allahyarham Napie yang juga jurutera bunyi di Studio Luncai Emas milik seniman Datuk M.Nasir meninggal dunia pada usia 51 tahun akibat strok.
“Sekitar jam 12 tengah malam tadi, suami saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan pada jam 3.54 pagi beliau menghembuskan nafas terakhir,” kata Norasidah.
Selain Norasidah, Allahyarham Napie juga meninggalkan tiga cahaya mata.
Menurut Norasidah, jenazah suaminya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.
Difahamkan, jenazah Allahyarham Napie juga akan dibawa ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang bagi pengurusan kafan dan solat sekitar jam 9 pagi.
Kepada mana-mana kenalan Napie yang ingin memberi penghormatan akhir buat Allahyarham, boleh terus ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang.
Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga. Al-Fatihah
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty, telah memberi tempoh sehingga April kepada pempengaruh, Imran Bard, untuk memohon maaf secara bersemuka selepas namanya dijadikan konten...