Musim perayaan ini lah rata-rata kita akan bersalam-salaman bila bertemu saudara atau sahabat handai yang lama tidak bersua muka.
Tapi ia mungkin menjadi igaun ngeri bagi korang yang mempunyai tapak tangan yang kasar atau kering. Biasanya untuk dapatkan tapak segebu dan selembut kapas ini, korang perlu rajin memakai losyen setiap hari barulah dapat kulit tapak tangan idaman.
Tapi malangnya tak semua wanita rajin dan mahu memakai losyen tangan apatah lagi, ramai wanita menganggat memakai losyen tangan hanya membuang masa dan ada juga yang mempunyai alahan jika memakai losyen di tangan.
Jadi bagaimana nak miliki kulit tapak tangan yang anjal dan lembut adakah tiada cara lain?
1. Minyak Zaitun
Cara melembutkan tangan kasar adalah menggunakan minyak zaitun. Ini kerana kandungan vitamin C, D dan antioksidan dalam minyak zaitun boleh menolong anda meremajakan kulit. Selain itu, kandungan vitamin E dapat memberikan minyak alami yang berupaya menjaga kelembapan kulit anda sehingga terhindar dari kekeringan yang boleh membuatkan ianya kasar.
*Caranya adalah panaskan minyak zaitun terlebih dahulu kemudian lumurkan pada tangan anda. Lakukan langkah ini seminggu 3 kali.
2. Teh
Foto Via Pexels
Seriuslah guna teh je tangan boleh jadi lembut? Untuk info, teh mengandungi antioksidan yang tinggi sehingga mampu menjadikan kulit nampak muda dan halus. Malah, teh juga boleh membunuh bakteria yang merosakkan kulit dan dapat mengangkat sel-sel kulit mati yang menyebabkan tangan menjadi kasar.
*Caranya adalah merendam tapak tangan di dalam teh yang telah direbus selama lebih kurang 10 minit. Seterusnya, lap hingga kering. Anda perlu lakukan cara ini seminggu 3 kali.
Ads
3. Garam
Garam juga bahan yang mampu melembutkan tangan korang secara semulajadi. Garam boleh menolong melakukan detox dengan mengeluarkan racun di kulit yang menyebabkan ia tidak sihat, kusam dan menggelupas.
*Caranya adalah rendamkan tangan dalam bekas yang mengandungi garam dan air panas. Anda perlu kerap melakukan perendaman bersama air garam ini supaya tangan kekal sihat dan halus!
4. Lidah Buaya
Bahan alami yang lembutkan tangan ialah lidah buaya. Tanaman berduri ini boleh melembabkan kulit, mendetokfikasikan kulit, memperbaiki dan juga memudakan kulit. Ini kerana kandungan vitamin C, E dalam tanaman ini membantu melembutkan kulit.
*Caranya adalah pisahkan daging lidah buaya daripada kulitnya, kemudian cuci hingga bersih. Kisar menggunakan pengisar sehingga benar-benar halus dan kemudian sapukan pada seluruh tangan hingga rata. Tunggu selama 10 minit sebelum anda bilas tangan menggunakan air panas.
Ads
5. Kentang
Antioksidan yang tinggi dalam kentang berupaya menolong mengangkat sel kulit mati dari kulit yang mengakibatkan bahagian tangan menjadi kusam dan kasar.
*Caranya adalah parut kentang secukupnya. Kemudian, sapukan merata pada tapak tangan anda. Gunakan ia sebagai masker tangan dan tunggu hingga ia kering sebelum dibilas menggunakan air panas. Lakukan rutin ini secara berkala.
6. Madu
Madu boleh digunakan untuk melembutkan tangan. Ia mempunyai kandungan vitamin, antioksidan dan potasium yang sangat bagus untuk menjaga kelembapan kulit anda. Kulit yang selalu lembap akan tercegah daripada kerosakan kulit kasar.
Ads
*Caranya juga adalah mudah. Urut tangan anda menggunakan madu selama 5 minit. Lakukan rutin ini dengan kekerapan yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang diingini.
7. Susu Cair
Bahan yang terakhir dapat lembutkan tangan kasar adalah susu cair. Ini kerana kandungan toner alami dalam susu boleh membuatkan tangan anda menjadi cerah dan bersih. Selain itu, susu juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang bagus untuk merawat kulit. Ia mampu memberi kelembapan alami pada kulit tangan anda.
*Caranya adalah celupkan tangan ke dalam bekas yang telah diisikan susu cair selama 5 minit. Kemudian, anda boleh bilas tangan dengan air sejuk.
Ramai Dah Cuba, Memang Berkesan. Jadi tidak lagi menjadi isu apabila bersalaman dan kulit tangan kasar itu. Tapi, kena konsistan la amalkan petua ini okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di atas pentas dia kelihatan glamor dengan penampilan yang memukau. Disolek cantik, dirias menawan dan tubuh pula dibaluti busana mewah bagaikan seorang puteri. Namun siapa sangka pemenang tempat ketiga Miss Grand International 2022 ini sederhana sahaja orangnya namun memiliki jiwa yang besar.
Memetik luahan hatinya di Instagram usai tamat pertandingan Miss Grand International. Gadis cantik ini berkata, “Daripada seorang gadis kecil yang bercita-cita menjadi ratu kecantikan, dan malam tadi saya berdiri untuk mewakili Indonesia dalam skala antarabangsa. Saya harap saya sudah membanggakan anda.”
Tidak lahir dalam keluarga kaya, ayahnya hanyalah seorang penoreh getah bagi menyara keluarga. Oleh itu, Andina Julie menjadikan dunia ratu cantik sebagai satu loncatan untuk membawa impiannya ke tahap yang lebih tinggi.
Walaupun begitu pelajaran tidak diabaikan. Dia merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang dan dek kerana itu dia menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.
Gadis dengan nama sebenarnya, Andina Yulianti merupakan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Global Mandiri. Dia yang berasal dari Kecamatan Gelumbang, Kabupaten Muara Enim, Sumatera Utara sering tampil sebagai model untuk pelabagai jenama.
Dengan ketinggian 182cm, kelebihan itu menjadikan dia seorang yang jaguh di pentas peragaan dan pendapatan yang diperolehinya sebagai peragawati membantu menampung kehidupannya.
Andina dipilih sebagai Miss Grand Indonesia 2022 dalam satu sesi temuduga tertutup yang dilakukan oleh Yayasan Dunia Mega Bintang milik pereka fesyen dan selebriti terkenal Indonesia, Ivan Gunawan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun berlitup dengan hijab, Khadija Omar tetap memukau di pentas Miss World 2021. Miss Somalia 2021 menjadi wanita berhijab pertama yang menjadi peserta dalam acara kecantikan dunia.
Malah, Khadija berjaya mencuri perhatian juri dan terbukti berada dalam Top 13 Miss World 2021. Congrats girls!
Inilah penampilan Khadija Omar di Miss World 2021. Jom lihat beberapa lagi foto Khadija Omar yang menawan ini, jangan pula korang merasa insecure dengan kemulusan kulit sawo matangnya! Hehe.
Khadija bergambar dengan seorang lagi peserta, Olivia Yace. Wanita berhijab ini kelihatan menawan dengan gaun perak berkilauan, digabungkan dengan tudung kelabunya. Dengan solekan glamornya yang padan dengan anting-antingnya. Dia juga memakai selempang yang tertera nama negaranya.
Ketika berlepas ke Puerto Rico dari Somalia, Khadija dilihat memakai pakaian dengan baju biru yang dipadankan dengan warna bendera Somalia dengan beg pakaiannya.
Dia menggabungkan bahagian atas dengan skirt labuh berwarna putih yang senada dengan warna tudungnya. Dengan solekan yang membuatkan dia nampak glowing, padan dengan kulit dia.
Gadis berusia 20 tahun ini merupakan seorang mahasiswi dalam jurusan Psikologi dan juga berkongsi minat yang sama dalam bidang peragaan kerana merasakan kurangnya model berhijab di peringkat antarabangsa. Malah, Khadija turut menjadikan Halima sebagai sumber inspirasinya. Kelihatan Khadija memakai gaun panjang berwarna biru bermotifkan bunga mawar merah jambu. yag cukup menawan!
Wanita yang dibesarkan sebagai pelarian di kem ini kelihatan feminin dalam gaun maxi bunga merah. Dia menggabungkannya dengan tudung hitam dan anting-anting perak yang menambah penampilannya
Mix and match baju putih dengan selempang Miss Worldnya, Khadija juga berkerjasama dengan Somali Youth Action dan UNHCR (badan yang banyak menyokong Halima selama ini), Khadija ingin mencipta program bagi mengajar wanita dan kanak-kanak di Somalia mengenai Pendidikan Iklim.
Khadija juga tidak hanya fokus pada pertandingan Miss World. Malahan dia juga telah berkecimpung dalam cabang solekan sebagai jurusolek apabila menghasilkan rangkaian Makeup by Khadija Omar (@makeupbykhadija.omarr) serta akaun YouTube berasaskan solekan, Iamkhadija.
All the best Khadija, wakililah golongan gadis berhijab sebaik mungkin di pentas Miss World 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demam k-drama nampaknya masih belum reda kerana impaknya sangat besar kepada penonton sehinggakan mereka tampil kreatif dengan menghasilkan video-video yang menarik perhatian netizen.
Terbaru, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai _xuxilucas telah memuat naik video montaj drama Korea yang diedit menjadi seperti montaj drama Melayu di negara kita. Individu tersebut telah menukar tajuk drama dan menggunakan nama-nama daripada barisan pelakon dan penyanyi tanah air.
Hasilnya memang menakjubkan dan menghiburkan. Serius nampak real. Hiks!
Video-video yang dihasilkan turut mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya terhibur dengan hasil kreatif individu tersebut.
Baru PKP hari pertama dah ada video-video kreatif macam ni. Tak sabar pula kami nak tunggu apa lagi yang bakal disajikan oleh netizen semua. Hiks!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...