Fattah, Fazura & Fatima..
Ada apa ya dengan orang yang namanya bermula dengan huruf F ini?
Setelah tiga bulan menyembunyikan identiti anak mereka atas keputusan peribadi, Fattah Amin & Nur Fazura mengambil tarikh istimewa 1 Disember 2021 ini untuk berkongsi wajah cahaya mata sulung mereka, Nur Fatima Aisya buat kali pertama di media sosial.
Dua foto yang telah dimuat naik oleh Fazura pada tengah malam tadi dan pagi ini telah mengesahkan tekaan peminat betapa comelnya wajah Fatima yang berada dalam pangkuannya itu.
Muat naik tersebut telah mendapat respon hangat di kalangan selebriti apa apabila masing-masing menyampaikan rasa teruja di ruangan komen. Netizen pula jelas merasakan wajah Fatima buat masa ini menyamai wajah Fattah yang calm, cool & collected.
Apapun, penulis pasti karakter Fatima akan mirip karakter peribadi Fattah & Fazura. Kata orang, insan yang namanya bermula dengan huruf F ini adalab seorang yang idealistik dan romantis.
Dia akan mencari pasangan terbaik yang dapat dia temukan dan setelah tercapai hasratnya itu, dia akan kekal setia.
Insan berhuruf F ini juga yakin dengan kecantikan dan rupa paras yang dimilikinya. Lihat beberapa lagi karakter mereka di bawah:
1 Suka menyenangkan hati orang lain.
2 Bermurah hati
3 Energetik pada masa yang tepat, ceria dan mudah berkawan.
4 Mampu menerima pendapat orang lain walaupun ia mungkin bertentangan dengan pendapatnya.
5 Suka mengajak orang lain untuk positifkan diri.
6 Manja dan suka merajuk.
7 Seorang yang bersifat kental dengan fighting spirit demi perkara yang dipercayai olehnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Indahnya Maksud Nama Anak Fattah & Fazura