
Kehebatan anak muda ini dalam menyunting video memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Banyak video kreatif yang telah dihasilkan, malah remaja ini juga diberi jolokan sebagai ‘Zach King Malaysia’.
Terbaharu, Sofyank sekali lagi menunjukkan bakatnya dalam menghasilkan sebuah video promo bagi filem Fast and Furious 9 bersama pelakon antarabangsa, John Cena.

Apa yang menarik, menerusi video itu John Cena dilihat ada bercakap dalam bahasa Melayu dan ia sekali gus menarik perhatian orang ramai, selain teknik suntingan hebat yang dihasilkannya.
Rata-rata memberikan pujian kepada anak kelahiran Kelantan ini.
Sofyank turut menunjukkan rakaman disebalik tabir bagaimana video tersebut dihasilkan.
Sebelum ini, Sofyank juga sudah banyak bekerjasama dengan figura luar negara antaranya termasuk Will Smith, Zach King dan berkolaborasi dengan 9gag.
BACA: Terima Lebih 29 Juta Tontonan Di Tik Tok, Video Viral Sofyank Dikongsi Di IG 9gag
Sumber: (1)
Nabil Aqil, Budak Nakal Hero Remaja Bakal Jadi Hero Nombor 1 Malaysia

Tak sangka sudah setahun Nabil Aqil muncuk dalam Pencarian Herio Remaja pada tahun lalu. Pejam celik, dia kini sudah mula mengukir nama menjadi salah seorang aktor baru yang paling mendapat perhatian.
Ketika sesi uji bakat dahulu dia merupakan antara calon yang paling menarik perhatian REMAJA dan juga juri. Sehingga ada daripada kami yang menggelarnya, ‘Fattah Amin Junior’.
Dan baru-baru ini dia muncul sebagai antara salah seorang pelakon utama dalam drama ‘Striker Hati Ayah’ di samping pelakon komedi legenda Saiful Apek dan seorang lagi pelakon muda berbakat, Adam Lee.
Sepanjang pertandingan dijalankan dulu dia merupakan peserta paling popular di kalangan follower Instagram Pencarian Hero Remaja sehingga menobatkannya sebagai Hero Favourite. Dikenali ramai di kalangan follower sebagai seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan berjenaka bersama rakan-rakan, Nabil kini semakin serius dalam dunia lakonan.
“Saya bersyukur sangat kerana menyertai Hero Remaja dahulu. Platform yang disediakan kepada saya itu memang telah banyak membuka jalan untuk karier saya dalam industri seni. Setakat ini, Alhamdullilah tawaran berlakon memang tidak putus apatah lagi dengan pengurusan saya Rocketfuel Entertainment sentiasa berusaha mengembangkan karier saya,” jelas Nabil.
Transformasinya menjadi seorang pelakon yang semakin dikenali juga merupakan satu perubahan yang cukup besar dalam hidupnya. Jika dulu dia bebas untuk ke mana sahaja, kini setiap gerak-gerinya diperhatikan peminat. Disebabkan itu juga Nabil sekarang memilih untuk memakai topi bila keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya tidak kisah jika didekati oleh peminat. Mula-mula dulu rasa terkejut jugalah sebab ramai orang kenal. Tapi kini saya sudah biasakan diri. Tanpa peminat siapalah artis sebab itu saya kena pandai jaga hati mereka. Peminat saya pun ramai terdiri daripada remaja perempuan dan mereka mudah mendekati saya mungkin disebabkan personaliti saya yang happy go lucky dalam Instagram,” tambah Nabil lagi.
Ikuti temu bual eksklusif bersama Nabil Aqil dalam majalah REMAJA isu JULAI yang kini berada di pasaran!
Nak Sambung Belajar Ke Luar Negara, Selain MUET Apa Lagi Exam Kena Ambil?

Isi Kandungan
ToggleRamai yang bercita-cita menyambung pengajian ke luar negara. Ramai yang beri pendapat, bukan calang-calang ‘result’ kerana selain tempat terhad, kos pengajiannya juga tinggi. Ini bermakna, hanya mereka yang benar-benar bijak saja berpeluang ke sana.
Selain belajar, dapat juga tengok negara luar yang cukup indah. Ada salji yang menjadi impian ramai orang ingin merasai pengalaman tersebut. Masa yang sama, kita juga dapat belajar mengenai budaya negara, pergaulan berbeza dan banyak lagi.

Seperti sedia tahu, selain ‘result’ yang bagus, pelajar harus cemerlang dalam ujian MUET. Ujian Muet ini memang wajib diambil selepas SPM dan STPM bagi melayakkan korang masuk ke pengajian ijazah di universiti awam dan swasta di negara ini.
Bagi yang benar-benar ingin belajar ke luar negara, ada satu lagi ujian yang wajib lulus iaitu Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS).
Apa itu IELTS?
IELTS merujuk kepada Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS). IELTS adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia dan menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar di seluruh dunia. Sekiranya anda memperolehi skor yang baik dalam peperiksaan ini, ianya bakal membuka peluang yang luas untuk anda belajar di mana-mana sahaja universiti terkenal di seluruh dunia, bahkan memohon pekerjaan di luar negara!.
Untuk pengetahuan anda, IELTS telah membina reputasinya di seluruh dunia sejak penubuhannya 28 tahun yang lalu dan lebih daripada 2.5 juta pelajar menduduki ujian ini pada tahun lepas. Dengan sijil bahasa Inggeris ini, universiti luar negara akan dapat mengukur tahap penguasaan anda sekaligus kemampuan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik apabila melanjutkan pengajian di universiti mereka kelak.

Kenapa kelayakan IELTS sangat berguna?
- Diiktiraf di seluruh dunia
- Ujian yang tepat untuk mengukur kecekapan bahasa Inggeris anda
- Syarat kemasukan untuk belajar di luar negara dan syarat untuk memohon biasiswa
- Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris untuk peluang pekerjaan yang lebih luas terutamanya di luar negara
- Kelayakan standard untuk semua pelajar antarabangsa.
Bagaimanakah Struktur Ujian IELTS?
Peperiksaan IELTS di Malaysia dibahagikan kepada empat bahagian dan dinilai pada setiap peringkat. Ianya lebih kurang sama dengan ujian MUET iaitu penilaian melibatkan aspek percakapan, membaca, menulis dan mendengar. Purata keputusan IELTS membentuk skor band keseluruhan bermula dengan band satu hingga band sembilan (cemerlang). Ia juga dinilai dari segi skor 5 sebagai contoh, 4.5, 6.5 dan sebagainya. Berikut adalah penerangan mengenai struktur ujian secara spesifik :
Membaca
Masa yang diperunukkan adalah 60 minit untuk menjawab soalan dibawah seksyen ini yang mengandungi 40 soalan. Seksyen ini dibahagikan kepada beberapa bahagian berlainan mengikut bentuk soalan seperti soalan objektif, mengenal pasti dan memadankan maklumat, melengkapkan ayat, dan sebagainya.
Menulis
Ujian menulis, ianya dibahagikan kepada dua bentuk soalan. Soalan pertama, anda dikehendaki menulis laporan ringkas berdasarkan info grafik yang diberikan manakala soalan kedua pula adalah soalan berbentuk penulisan esei.
Mendengar
Mungkin sukar difahami cara orang lain bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam bahagian ini, anda akan diuji sejauh mana perhatian anda terhadap perbualan audio yang diperdengarkan . Sepanjang 30 minit, anda perlu mendengar setiap butiran perbualan berkenaan dan tandakan jawapan pada helaian jawapan masing-masing.
Bercakap
Bahagian ini dibahagikan kepada tiga subkategori yang berbeza, iaitu Bahagian I, II dan III. Pada Bahagian I, anda perlu menunjukkan kemahiran bercakap dengan mengadakan perbualan secara bersemuka dengan pemeriksa. Anda akan diminta untuk memperkenalkan diri dan memberikan jawapan ringkas kepada soalan yang diajukan. Masa yang diberikan adalah selama lima minit untuk menarik perhatian pemeriksa dengan kefasihan berbahasa inggeris.
Bahagian II pula, anda perlu memberi ucapan selama dua minit mengenai topik tertentu yang diberikan oleh pemeriksa manakala bahagian 3 adalah soalan susulan berkaitan dengan topik di Bahagian II, di mana anda perlu menganalisa dan memberi pendapat anda.

Bagaimana hendak memohon untuk Ujian IELTS?
British Council Malaysia merupakan salah satu institusi utama yang mengendalikan ujian IELTS ini. Bagi membantu pelajar membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan IELTS, British Council Malaysia menyediakan kursus Bahasa Inggeris secara percuma melalui dalam talian termasuklah ujian ulang kaji IELTS. Bantuan inilah sangatlah berguna untuk anda membuat persediaan yang rapi.
Kepada anda yang ingin mengikuti kursus persediaan IELTS secara bersemuka dengan tenaga pengajar yang merupakan pakar dalam Bahasa Inggeris, anda boleh mendaftar di cawangan British Council yang terletak di Kuala Lumpur. Mereka akan membantu anda mempelajari strategi untuk meningkatkan skor sekaligus meningkatkan kecekapan anda dalam bahasa utama dunia ini. Anda boleh mendaftar di laman web pendaftaran IELTS Malaysia atau laman web British Council IELTS dengan klik pada pautan berwarna biru yang kami kongsikan di bawah.
Diharapkan dengan perkongsian ini membantu mengejar impian anda untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Akhir kata, semoga berjaya untuk anda.
Sumber : afterschool.my
10 Selebriti Korea Yang Asalnya Memang Daripada Keluarga Kaya

Isi Kandungan
TogglePopulariti selebriti Korea bukan sahaja di negara mereka, malah seluruh dunia turut mengenali dan mengagumi kehadiran penyanyi mahu pun pelakon dari Korea Selatan. Buktinya, di Malaysia sendiri ramai peminat yang begitu obses dengan muzik k-pop dan k-drama.
Jika sebelum ini Remaja ada berkongsi artikel tentang selebriti Korea yang dibesarkan daripada keluarga miskin, namun bukan semuanya bermula dari bawah. Terdapat beberapa selebriti Korea yang memang berasal daripada keluarga berada.
Jom kita lihat siapa mereka.
1. Lee Yi Kyung

Ayah kepada pelakon lelaki ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif LG Innotek, syarikat pembuatan dan pertahanan aero angkasa terbesar di Korea Selatan.
2. Kang Dong Won

Ayah kepada pelakon ini adalah naib presiden SPP Heavy Industries Co. Ltd. yang merupakan salah satu syarikat pembinaan kapal terbesar di dunia. Ayahnya memulakan kerjaya sebagai penyelidik pasaran industri berat.
3. Lee Min Jung

Ayah Lee Min Jung adalah CEO syarikat pengiklanan terbesar di Korea Selatan, sementara ibunya merupakan seorang pemain piano. Keluarganya tinggal di sebuah rumah besar bernilai kira-kira US $4 juta sejak dia masih kecil lagi.
4. PSY

Pada tahun 1955, ayah kepada penyanyi Psy mengasaskan syarikat semikonduktor yang dikenali sebagai DI, dimana kini Psy menjadi CEO kepada syarikat tersebut. sewaktu video muzik Gangnam Style dilancarkan, saham syarikat DI melonjak naik sehingga 8 kali ganda daripada nilai asalnya pada akhir tahun 2012.
5. Park Hyung Sik

Ayah Hyung Sik adalah Ahli Lembaga Pengarah di BMW Korea, yang memegang antara jawatan tertinggi di syarikat itu.
6. Sooyoung Girls Generation

Atuk Sooyoung adalah pemilik syarikat seni bina terkenal yang diberi kontrak untuk membina Pusat Kesenian Seoul. Ayahnya merupakan presiden sebuah syarikat perdagangan.
7. Jung II Woo

Ayahnya merupakan pengarah Akademi Kendo, sementara ibu Jung adalah seorang profesor di Korean National University of Cultural Heritage.
8. Tzuyu TWICE

Ibu Tzuyu adalah pemegang saham utama di sebuah hospital di Taiwan. Ibunya telah banyak melabur dalam bidang pembedahan plastik di negara itu juga.
9. Choi Siwon

Ayahnya merupakan bekas CEO syarikat pharmaceutical Boryung Medicine dan ibunya adalah pemilik jenama pakaian dalam terkenal. Keluarganya juga memiliki rangkaian Hyundai Department Store di Korea.
10. Umji GFRIEND

Ayah Umji adalah presiden kumpulan doktor gigi terkenal yang dikenali sebagai Moa Dentist Group. Kumpulan ini mempunyai 9 pejabat di Seoul.
Hm, memang bukan ‘biasa-biasa’ mereka ni. Hiks!
Sumber: Koreaboo, womensweekly