Foto: Allkpop

Kalau korang penonton K-drama sejati, korang pasti mengenali pelakon terkenal iaitu Nam Goong Min. Antara dramanya yang popular adalah Doctor Prisoner, Beautiful Gong Shim, Hot Stove League, The Veil dan banyak lagi. Pelakon ini juga sering dikatakan mirip dengan Jaemin daripada kumpulan NCT.

Baru-baru ini, video lamaran pelakon Nam Goong Min untuk pelakon dan model; Jin Ah Reum telah menjadi topik hangat dalam pelbagai komuniti dalam talian kerana kelihatan seperti adegan romantik dalam babak drama Korea. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Yes..” Akhirnya Kamal Adli Temui Cinta, Uqasha Terima Lamaran LIVE

“Sudikah awak berkahwin dengan saya?”

Dalam video lamaran yang didedahkan pada majlis perkahwinan pasangan itu, Namgoong Min dan isterinya Jin Ah Reum dilihat sedang bersantai dan menikmati hidangan bersama.

Nam Goong Min tiba-tiba berkata, “Ada sesuatu yang saya mahu awak lakukan untuk saya.” Selepas itu, Jin Ah Reum pun menjawab, “Apa dia?”

“Jika saya beritahu, bolehkah awak membantu saya?,” soal Nam Goong Min pula.

Ads

“Ya,” jawab Jin Areum.

Beberapa ketika selepas minum, Nam Goong Min terus bangun dari tempat duduknya sebelum berlutut sambil mengeluarkan sebuah kotak cincin berwarna biru muda sambil menoleh ke Jin Ah Reum dan bertanya:

“Sudikah awak berkahwin dengan saya?” Awhhhhh, sweetnya! Min yang blushing. Ekspresi wajah Jin Ah Reum menunjukkan betapa terkejutnya dia, dan tiba-tiba dia menutup mukanya dengan tangan dan menangis. 

 

Ads

Video lamaran tersebut juga telah dikongsikan melalui satu portal hiburan Korea. Meninjau di ruangan komen ramai yang turut merasai ‘kemanisan’ video lamaran tersebut. Persis babak di dalam K-drama!

Memang ‘Sweet’ Persis Drama Korea, Video Lamaran Nam Goong Min Dapat Perhatian Netizen

Untuk pengetahuan korang, pasangan ini secara rasminya telah berkahwin pada 7 Oktober 2022 yang lalu. Majlis resepsi itu diadakan secara tertutup dan juga dikatakan telah menelan belanja yang banyak sehingga RM657,952!

Pasangan ini pertama kali bertemu sebagai pengarah dan pelakon menerusi filem ‘Light My Fire’ yang dikeluarkan pada 2015. Tidak lama selepas itu, kedua-duanya telah mengumumkan hubungan mereka. Kalau korang nak tahu, pasangan ini telah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun. Akhirnya mereka telah disatukan! Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga hubungan yang dibina kekal hingga akhir hayat.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN : Megan Fox & Machine Gun Kelly Bertunang, Cincin Dua Batu Permata Penuh Simbol Cinta!

Sumber:(1)

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI