
Isi Kandungan
ToggleMi segera sering dipersalahkan kerana dikatakan makanan yang menjadi punca otak seseorang lembap . Time budak-budak dulu, selalu dengar orang cakap “Jangan makan megi. Nanti sekolah tak pandai.”
Menurut kenyataan seorang doktor di laman twitter, mi segera sebenarnya tidak menjadikan seseorang itu bodoh, malah banyak juga jasanya dalam menghilangkan kelaparan bakal-bakal doktor, engineer dan pakar ekonomi ketika di universiti.
Ia juga tidak menjadikan sesorang itu botak, namun ada beberapa masalah yang korang kena tahu sekiranya pengambilan makan mi segera ini diambil secara kerap.
Kalori sebungkus
Kandungan garam sangat tinggi
Komplikasi penyakit darah tinggi
Selain itu, doktor DrSazOne juga turut berkongsi komplikasi penyakit darah tinggi untuk jangka masa panjang. Berdasarkan pengalamannya yang bertugas di Jabatan Kecemasan, komplikasi darah tinggi yang selalu dijumpai adalah stroke, serangan jantung, kegagalan jantung dan buah pinggang.
Maka dengan itu, jagalah diri korang baik-baik. Walapun doktor dah cakap makan mi segera tak jadikan kita bodoh, tapi jangan pula makan hari-hari okay?
Ingat, kandungan mi segera ni mempunyai garam yang tinggi dan tetap tak baik untuk kesihatan korang.
5.5 Juta Rakyat Malaysia Alami Obesiti, Negeri Mana Paling Ramai?

Ini mungkin fakta tidak menyenangkan tetapi berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati seramai 5.5 juta penduduk Malaysia memiliki masalah kegemukan (obesity) dan jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun.
5 tahun lalu, disenaraikan negara ini memiliki seramai 8.5 juta orang memiliki berat badan berlebihan dan 4.4 juta darinya mengalami masalah obes. Tetapi terkini, jumlah mereka yang obes sudah meningkat kepada 5.5 juta sekaligus mencatatkan budaya yang membimbangkan terutama dari aspek menjaga kesihatan di kalangan rakyat negara ini.
Menteri Kesihatan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dalam satu kenyataan akhbarnya mengakui agak bimbang dengan perkembangan itu memberitahu, masalah tersebut berlaku kerana pengambilan makanan berlebihan yang diburukkan lagi dengan kecenderungan kepada makanan manis.


Beliau berkata, bilangan rakyat Malaysia yang gemuk dijangka terus meningkat jika tiada inisiatif dilakukan masyarakat untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Dengan cara hidup golongan muda yang menghabiskan banyak masa mengadap telefon, tv, bersembang di kedai kopi tanpa banyak melakukan aktiviti lain, masalah berat badan ini juga berkait rapat dengan gaya hidup yang kurang sihat kerana sudah kurang bersenam.
Apa yang harus diketahui di sebalik masalah berat badan.
Mati Awal (disebabkan oleh penyakit)
Diabetes
Serangan jantung
Strok
Gangren
Tekanan darah tinggi
Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).
Sindrom apnea tidur (tidur berdengkur, mudah penat dan tidak berkualiti).
Masalah pernafasan.
Cuba check, negeri yang korang duduki sekarang ini berada dalam list nombor berapa? Masa yang sama, jalani hidup sihat dengan mengamalkan senaman kerana ia mampu mengurangkan risiko masalah penyakit.
Masalah Bibir Hitam, Tak Sangka Senang Saja Atasinya

Tentu ramai terfikir kenapa bibir mudah menjadi gelap. Adakalanya bermacam petua kita baca demi mendapatkan bibir kembali merah. Sebenarnya kulit bibir sangat nipis cuma terdiri dari 3-5 lapisan sahaja berbanding kulit muka biasa yang mempunyai 16 lapisan.
Apa kata cuba lima tips untuk bibir kembali merah seperti yang ditulis oleh Ony Nurhusni dari Kelab Sayang Kulit By Oni Nurhusni.
BETUL KE PAKAI LIPSTIK BUATKAN BIBIR JADI GELAP?
Keadaan ini bergantung pada jenama, kualiti bahan-bahan yang digunakan di dalamnya serta bagaimana anda menjaga bibir anda.
Di dalam produk untuk bibir seperti lipstik, lipmatte, lip tint dan sebagainya; terdapat pigmen berwarna di dalamnya. Pigmen ini akan meninggalkan ‘stain’ atau kesan pada kulit bibir.
Jika anda tidak menanggalkan atau mencuci dengan betul sebelum tidur, dan kemudian bila bangun esok pagi, dan pakai gincu yang sama sekali lagi, ya.. sudah tentu bibir anda lama kelamaan mungkin berubah warna dan menjadi lebih gelap.
Bibir mudah untuk mendapat kesan gelap akibat pigmen berwarna kerana kulit di bibir sangat nipis berbanding kulit di wajah.
Kulit bibir, cuma terdiri dari 3-5 lapisan selular, ia sangat tipis berbanding dengan kulit muka biasa, yang mempunyai sehingga 16 lapisan.
Bibir gelap adakalanya buat wanita rasa rendah diri dan penggunaan lipstik antara yang dilihat untuk menutup kelemahan.
Lipstik dengan pelbagai pilihan warna sememangnya menjadi kesukaan ramai wanita
Ini #5TIP yang dapat mengurangkan kejadian bibir menjadi gelap :
- Apabila pulang ke rumah, tanggalkan kesan gincu pada bibir dengan menggunakan ‘makeup remover’. Jangan di gosok terlalu kasar, lap lah perlahan-lahan kesan gincu itu sehingga bersih.
- Selain ‘makeup remover’, anda juga boleh mengggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk menanggalkan kesan warna pada bibir.
- Seminggu sekali, disarankan untuk melakukan scrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati pada bibir. Ini dapat memastikan semua pigmen warna dari gincu dapat dibersihkan sepenuhnya dan dapat mengelakkan akumulasi pigmen. Mudah saja nak buat scrub bibir ni. Saya sendiri pun cuma gunakan campuran gula dan madu saja. Bibir pun lembut, lembap dan tidak mengelupas. Alhamdulillah, setakat sekarang saya tidak pernah ada masalah bibir.
- Sebelum mengoles sebarang gincu atau lipmatte, sapu lah LIPBALM terlebih dahulu sebagai perlindungan pertama pada bibir. Yang terbaik, pakai lipbalm yang mengandungi ciri-ciri SPF.
- Jika boleh, elakkan lah lip tint/paint yang warnanya boleh kekal lama di kulit bibir sampai 12 jam. Saya pernah cuba uji sapu lip paint di lengan, terkejut juga sebab hanya lepas 2 hari ia tertanggal sepenuhnya. Bayangkan warna itu kekal lama di kulit bibir kita? Sudah pasti pigmen warnanya bersentuhan lama dengan kulit bibir dan meningkatkan risiko bibir gelap.
Justeru, memakai LIPSTIK yang tidak mempunyai kesan tahan lama pada bibir juga sebenarnya adalah satu kelebihan.
Mulakan Dari Remaja Lagi. Ini Rutin Muka Yang Patut Korang Amalkan.

Penjagaan kulit wajah sangat penting supaya seseorang individu kelihatan lebih bersih, menarik dan juga segar. Wajah yang tampan ataupun cantik bukan bergantung kepada warna kulit, tetapi lebih kepada kesihatan kulit yang nampak sihat tanpa noda. Cerah, gelap, kuning langsat atau sawo matang, setiap jenis warna kulit ini mempunyai kelebihan sendiri. Embrace your skin colour and be proud of it.
Jom kita lihat lima langkah yang patut anda amalkan.
Langkah Pertama: Cleanser
Ini merupakan langkah penting. Untuk jejaka, jangan gunakan sabun badan untuk mencucui muka! Ini menyebabkan kulit wajah anda lebih kering. Gunakan pembersih yang dikhaskan untuk wajah. Pilih pembersih yang bersesuaian mengikut keadaan kulit anda sebagai contoh pemberish untuk kulit berminyak, kulit biasa dan kulit kering.
Langkah Kedua: Toner
Selepas selesai membersihkan wajah anda perlu meletakkan toner pada muka. Toner membuatkan kulit anda terasa lebih segar. Pastikan anda memilih toner yang bebas alkohol kerana jika toner pilihan anda memiliki bahan ini, ia akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering walaupun anda terasa segar.
Langkah Ketiga: Pelembap
Selepas selesai proses memakai toner, anda harus mengaplikasikan sapuan moisturizer/pelembap ke wajah untuk mengekalkan keanjalan wajah. Ini kerana kulit kita ibarat span yang menyerap air. Namun begitu ketahui jenis-jenis pelembap yang sesuai untuk kulit anda. Jika kulit anda berminyak selalunya gunakan pelembap yang berasaskan air dan bukan minyak, dan sebaliknya untuk kulit yang kering.
Langkah Keempat: Krim Mata
Ramai yang tidak menyedari bahawa bahagian bawah mata sangat sensitive dan sesetengah produk yang dikhususkan untuk kulit wajah tidak sesuai untuk disapu dipermukaan bawah mata. Oleh itu selepas pelembap wajah, anda haru mengoles krim mata bagi mengekalkan kesegaran dan juga mengelakkan dari lingkaran hitam terbentuk.
Langkah Kelima: Krim Tabir Suria (Sunscreen)
Penggunaan produk ini sangat penting bagi melindung kulit anda dari sinar UV matahari yang boleh menyebabkan masalah kulit sekaligus menggelapkan wajah. Pilik krim tabir suria yang memiliki spf 50+++.
Mengekalkan kesihatan kulit wajah harus diamalkan sejak Remaja lagi, semoga menerusi tip yang diberikan ini korang akan tampil segar dan juga yakin.