Mi segera sering dipersalahkan kerana dikatakan makanan yang menjadi punca otak seseorang lembap . Time budak-budak dulu, selalu dengar orang cakap “Jangan makan megi. Nanti sekolah tak pandai.”
Menurut kenyataan seorang doktor di laman twitter, mi segera sebenarnya tidak menjadikan seseorang itu bodoh, malah banyak juga jasanya dalam menghilangkan kelaparan bakal-bakal doktor, engineer
dan pakar ekonomi ketika di universiti.Ia juga tidak menjadikan sesorang itu botak, namun ada beberapa masalah yang korang kena tahu sekiranya pengambilan makan mi segera ini diambil secara kerap.
Selain itu, doktor DrSazOne juga turut berkongsi komplikasi penyakit darah tinggi untuk jangka masa panjang. Berdasarkan pengalamannya yang bertugas di Jabatan Kecemasan, komplikasi darah tinggi yang selalu dijumpai adalah stroke, serangan jantung, kegagalan jantung dan buah pinggang.
Maka dengan itu, jagalah diri korang baik-baik. Walapun doktor dah cakap makan mi segera tak jadikan kita bodoh, tapi jangan pula makan hari-hari okay?
Ingat, kandungan mi segera ni mempunyai garam yang tinggi dan tetap tak baik untuk kesihatan korang.