Kreativiti anak watan negara di peringkat antarabangsa sememangnya tidak boleh disangkal. Ada sahaja idea di luar kotak yang akan mereka bawakan demi mengharumkan nama negara.

Terbaru, Mrs Malaysia World 2023 P. Vanishaantini baru-baru memperagakan kostum berbentuk wau setinggi 3.8 meter dan 4.8 meter lebar bagi bagi merebut gelaran ‘Best National Costume’ pada pertandingan Mrs World 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Januari ini.

Memang ‘Wau’! Mrs Malaysia World 2023 Bawa Kostum Setinggi 3.8 Meter Ke Las Vegas

Bercakap kepada media sebelum sambutan tahun baru, Vanishaantini, 27 kini sedang mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal memandangkan kostum tersebut tidak mudah untuk dibawa & diperagakan di atas pentas.

Direka oleh Saran Anak Lagong, bahagian wau gergasi pada bahagian belakang Vanishaantini sudah memakan berat hampir 10 kilogram!

Namun, cabaran tersebut bukanlah satu penghalang baginya untuk membawakan sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana wakil pertandingan ratu cantik sebelum ini.

Memang ‘Wau’! Mrs Malaysia World 2023 Bawa Kostum Setinggi 3.8 Meter Ke Las Vegas

Ads

“Saya berbangga kerana dapat mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dengan membawa kostum ini.

“Saya berharap saya dapat membawa nama Malaysia dengan memaparkan keunikan & kehalusan seni kraf tempatan,” katanya.

Hasil usaha dan kreativiti Vanishaantini ini, beliau, organisasi Mrs Malaysiaserta pereka kostum telahpun diberikan pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records sebagai ‘Kostum Wau Terbesar’ dalam satu majlis yang dihadiri oleh pemberita, Sabtu lalu.

Memang ‘Wau’! Mrs Malaysia World 2023 Bawa Kostum Setinggi 3.8 Meter Ke Las Vegas

Ads

 

Vanishaantini Sudah Bersedia

Antara persediaan yang telah dilakukan oleh Vanishaantini termasuklah berlatih catwalk dan menjaga kesihatan sebaik mungkin.

Malah, beliau juga sinuk mengendalikan perniagaan selain melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial yang merupakan salab satu aspek penting di pentas ratu cantik.

Terdahulu, beberapa wakil ratu cantik Malaysia sebelum ini pernah menempa nama & menjadi sebutan ramai setelah mereka memperagakan kostum nasional unik pada pertandingan masing-masing.

Ads

Antara yang dilaporkan REMAJA termasuklah kostum ‘Kampungku’ oleh Francisca Luhong James, kostum makanan Peranakan oleh Shweta Sekhon dan kostum Ulek Mayang oleh Lisalliny Kanaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Wakil Malaysia ‘Angkut’ Rumah Kampung Ke Miss Universe 2020 – REMAJA

BACA LAGI: Ratu Cantik Malaysia Bawa ‘7 Puteri’ Ulek Mayang Di Miss Grand International 2021 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI