Seorang lagi anak Malaysia membuktikan yang negara ini memiliki permata yang cukup berharga. Pavit Coran, 19, pelajar di Universiti Multimedia cawangan Melaka telah muncul juara dalam pertandingan pengucapan awam English Speaking Union yang berlangsung jumaat lalu.
Beliau yang mewakili The English-Speaking Union of Malaysian (ESUM) telah mengalahkan 35 peserta lain dari 33 buah negara pada pusing peringkat akhir. Dalam pembentangan selama lima minit itu, Pavit telah mengetengahkan isu kadar kenaikan kes melibatkan tekanan mental sedunia dan menggesa kerajaan untuk mengambil berat tentang isu tersebut.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan ESUM, Pavit berkata “Walaupun saya tidak dapat ke London untuk bertanding, penyertaan secara dalam talian itu memberi pengalaman baharu buat saya selain turut menghadapi masalah seperti sambungan Internet,” katanya.
Menyifatkan pengalaman ini sebagai menarik kerana dia boleh berjumpa peserta seluruh dunia secara maya dari rumah sediri dan mendengar buah fikiran semua peserta dalam interpretasi tersendiri bertunjangkan tema yang sama.
Ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi anugerah tersebut pada kejohanan tahunan itu selepas Marina Tan memenanginya sepuluh tahun lalu. Pengerusi ESUM Tunku Dara Tan Sri Naquiah yang meluahkan rasa gembiranya atas kejayaan Pavit, berkata “anak muda itu memang berhak menang dan kemenangannya adalah untuk Malaysia.”
Sumber: Facebook ESUM