Dia bukanlah seorang Instafamous, jauh sekali seorang penyanyi mahupun pelakon. Namun, ceritanya sebagai seorang yang dilahirkan dalam keluarga beragama Islam mencuri tumpuan ramai rakan-rakannya yang terdiri daripada agama berlainan.
“Kini sebagai seorang young adult, saya memang ternanti-nantikan saat bulan Ramadan menyinggah semula pada setiap tahun. Tetapi itu sekarang. Dahulu apabila saya dibesarkan dalam masyarakat yang didominasi oleh bukan Islam, saya bencikan Ramadan,” katanya dalam catitan bersama sebuah portal di sana.
“Seperti orang lain yang dilahirkan sebagai seorang Muslim, saya tak mempunyai pilihan selain ‘terpaksa’ mengikut segala ajaran agama yang diturunkan oleh ibu bapa. Apabila mencapai umur baligh, saya perlu melakukan suruhan seperti berpuasa.
“Ramadan membuatkan saya mempersoalkan mengapa saya ditegah daripada melakukan rutin harian seperti makan dan minum. It felt like I could not do anything normal. Waktu bersahur juga adalah antara waktu saya membebel tanpa sebab. Terpaksa bangun sebelum matahari terbit, dan terpaksa berjaga sehinggalah kami selesai menunaikan solat membuatkan saya rasa penat pada waktu siang.
“Saya tak mempersoalkan agama saya, tetapi mengapa saya perlu lakukan sesuatu seperti berpuasa secara terpaksa? Mengapa tidak berpuasa selepas saya betul-betul bersedia?
“Saya merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik-beradik. Mereka semua tidak pernah bising setiap kali Ramadan tiba, mereka terima saja suruhan itu. Tidak seperti saya, sehinggakan saya rasa malu untuk bertanya dan mencari sebab perlu berpuasa kepada ahli keluarga lain.
“Saya pendamkan saja perasaan. Ada waktu saya berpura-pura berpuasa demi menjaga perasaan keluarga. Ada waktu saya buat-buat tak tahu tentang kewujudan Ramadan kerana tak mahu rakan bukan Islam saya mengejek saya.
“Ya, saya bersolat seperti Muslim lain tetapi saya tak pernah khusyuk. Saya merasakan mengapa orang lain boleh mempunyai momen istimewa itu bersama Tuhan sedangkan saya tak boleh? Pada satu ketika, saya terfikir adakah saya melakukan solat dengan betul?
“Satu hari saya ambil tindakan untuk menutup segala soalan yang bermain di kepala dan lakukan saja solat serta puasa secara fokus. Saya tak mahu lagi fikirkan saya berpuasa demi mencari keredaan keluarga.
“Ya, saya struggle pada bulan Ramadan tetapi ini adalah ujian saya. Untuk melaluinya saya perlu memahami Ramadan sedikit demi sedikit. Reading helps, kerana lebih banyak saya membaca lebih kuar pemahaman saya terhadap siapa diri saya sebagai seorang Muslim yang berpuasa.
“Ada waktu, solat saya tak mencukupi 5 waktu, namun saya cuba untuk kekalkan solat Subuh, Maghrib dan Isya’ sebagai pemulaan.
“Apa yang pelajari daripada pengalaman ini, cara untuk menjadi seorang Muslim terbaik adalah dengan mempunyai keinginan untuk belajar. Walaupun saya dilahirkan sebagai seorang Muslim, pembelajaran agama saya perlu selalu konsisten.
“I was no less worthy of God’s love and acceptance because I wasn’t a perfect Muslim, but through striving daily to be a better me, finally got the purpose of Ramadan.”