Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penukaran program siaran di ntv7 yang mana kandungannya akan ditransformasi menjadi saluran pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV. Pelbagai reaksi diterima, ada yang memuji usaha tersebut dan tidak kurang juga ada segelintir individu yang tampil mempersendakan penampilan dan gaya percakapan guru yang mengajar.
Kelmarin, kecoh di laman Twitter apabila beberapa pengguna membuat ciapan menegur seorang penyampai radio Hitz Sarawak yang dilihat mempersendakan penggunaan bahasa Inggeris seorang guru wanita yang mengajar di kaca televisyen.
This ladies and gentlemen; is a moron. pic.twitter.com/YnhuxPDgnc
— Majnun (@amer_aljeffrey) February 19, 2021
Sumber video: twitter @amer_aljeffrey
Dalam video tersebut penyampai radio berkenaan berkenaan dilihat gelak keterlaluan dan menonjolkan memek muka yang menjengkelkan sambil berlatarbelakangkan video guru tersebut yang sedang mengajar.
Nahtijah daripada video tersebut, akhirnya dia telah digantung tugas. Dalam satu hantaran di Instagram Hitz Sarawak, Hafiz Nizamuddin yang merupakan Pengurus Besar, Astro Radio Malaysia Timur berkata, “HITZ sangat komited dalam menghibur dan menyampaikan informasi kepada rakyat Malaysia. Kami meminta maaf seikhlasnya atas pertimbangan buruk seorang penyampai kami dalam sebuh video yang telah menjadi tular. Kami mengambil serius hal ini dan akan menjalankan penyiasatan dalaman. Buat masa ini, penyampai radio tersebut akan digantung tugas untuk ke udara di radio.”
Sebagai seorang penyampai yang bertindak menyampaikan maklumat dan juga menghiburkan seharusnya menonjolkan sikap positif sesuai dengan status yang dibawa. Seeloknya menegur dengan baik dan bukannya menghina, apatah lagi sebagai penyampai radio berbahasa Inggeris popular.
TERKINI, penyampai radio terbabit telah pun membuat permohonan maaf terbuka di laman Instagramnya. Semoga insiden ini menjadi pengajaran.
Sumber: Instagram Hitz Sarawak