Ramai yang mengaku punya sikap yang boros. Dapat saja duit gaji memang sudah ada list apa yang dihajati dan mahu dibeli. Duit memang tak lekat di tangan.

Jadi sempena kita akan memasuki tahun baru 2024, jom kita tanamkan azam untuk menabung duit. Mungkin boleh mempraktikkan cara yang dilakukan oleh Ana Sofiana ini.

Ujar wanita ini dia memang ada sikap boros, ada saja duit memang habis dibelanjakan namun dengan cara ini dia berjaya menyimpan setiap bulan antara RM435 hingga RM496.

Caranya adalah dengan menabung kuantiti RM ikut hari bulan. Untuk lebih jelas boleh baca perkongsian beliau ini.

Cara menabung untuk orang boros, setahun boleh simpan RM5,767

Menabung Duit Cara Orang Boros, Simpan Ikut Hari Bulan. Setahun Dapat RM5,767!

Ada saja duit, memang habis dibelanjakan dan tak lekat di tangan. Beli! Yaa! Saya lah tu, boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula.

Jadi di sini Anaa nak share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ni dengan cara paling simple saja. Macam mana tu?

Ads
  1. Menyimpan ikut tarikh/hari bulan
    1 hb RM1
    2 hb RM2
    3 hb RM3
    4 hb RM4
    Begitulah seterusnya untuk hari-hari lah sampai lah hujung bulan
    30 hb RM30
    31 hb RM31

Dan ulang benda yg sama untuk bulan bulan seterusnya. Yang penting simpan duit ikut tarikh Hari Bulan yaa!

2. Untuk lebih mudah dan keep on track buat jadual macam ini. Tick setiap hari.

Menabung Duit Cara Orang Boros, Simpan Ikut Hari Bulan. Setahun Dapat RM5,767!

Jadi kalau genap 12 bulan atau setahun, kita akan dapat total RM5,767.

Ads

Cara ni sangat berkesan pada orang yg boros berbelanja. Anaa terpaksa skip bulan March, April & May tahun ini sebab waktu PKP, tapi total ada lah juga dapat RM4310.

3. Hasilnya

Menabung Duit Cara Orang Boros, Simpan Ikut Hari Bulan. Setahun Dapat RM5,767!

Ads

Duit yang disimpan ini bolehlah;

  • Buat deposit beli kereta atau beli barang kesukaan diri
  • Untuk wang hantaran atau majlis kahwin
  • Nak lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
  • Boleh guna untuk ubah suai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain
  • Untuk reward diri beli untuk apa yg dihajati.

Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2024 nanti. Jom menabung!

Sumber: Anaa Sofianaa

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI