Menang 2 Anugerah di Golden Globe Awards 2020, 1917 Antara Filem Wajib Tonton Tahun Ini

Share

#WayangRemaja telah berkesempatan menonton tayangan perdana fiem perang epik 1917 yang baru sahaja menggondol Anugerah Filem Drama Terbaik di Golden Globe Awards 2020 Isnin lalu.

Filem ini telah mengalahkan calon-calon lain iaitu The Irishman, Joker, Marriage Story dan The Two Popes. Malah, pengarah 1917 ini juga berjaya membawa pulang anugerah Best Director Motion Picture yang turut bersaing bersama calon pengarah lain seperti Bong Joon-ho (Parasite), Todd Phillips (Joker), Martin Scorsese (The Irishman) dan Quentin Tarantino (Once Upon a Time in Hollywood).

Sam Mendes berjaya membawa filem 1917 ke peringkat yang lebih tinggi dalam dunia perfileman antarabangsa.

Kejayaan ini membuatkan kami tidak sabar untuk menonton tayangan perdana yang berlangsung di MBO Starling malam tadi.

Bila filem yang baru menang anugerah nak ditayangkan di negara kita, mesti korang excited nak tengok apa yang bestnya filem ni kan?

Yes, filem yang berdurasi 1 jam 59 minit ini berjaya membuatkan kami ternganga melihat aksi yang ditampilkan oleh barisaan pelakon seperti George MacKay, Dean-Charles Chapman, Mark Strong, Andrew Scott, Richard Madden, Claire Duburcq, Colin Firth, Benedict.

Mengisahkan tentang perjalanan dua tentera muda British semasa Perang Dunia Pertama, permulaan filem ini sahaja sudah mula menyentuh emosi penonton.

Schofield (George MacKay) dan Blake (Charles Chapman) ditugaskan untuk menyampaikan pesan bagi mengurangkan lebih banyak tentera yang gugur di medan perang. Tugas ini dianggap mustahil kerana mereka harus melewati kawasan daerah musuh.

Namun, dalam perjalanan mereka untuk menyampaikan pesanan itu, ada satu adengan yang menyentuh hati penonton telah berlaku.

Nah, takkan la kami nak bagi spoiler pula kan? Hehe!

Penuh dengan mesej

Berlatarbelakangkan era Perang Dunia Pertama, penonton sedikit sebanyak dibawa untuk menyelami situasi yang berlaku lebih kurang 100 tahun yang lalu. Tak pasti sama ada ia benar atau tidak, tapi korang boleh 'feel' la bila menonton filem ini.

Membawa mesej semangat sepasukan dan kerjasama yang kuat, 1917 sebenarnya banyak memberi pengajaran untuk penonton berfikir semula.

Adakalanya kami terfikir rupa-rupanya beginilah tugas tentera dalam menyelamatkan sesebuah negara. Bukan mudah dan banyak pengorbanan yang telah mereka buat semata-mata untuk menyelamatkan rakyat dan tanah air.

Rasa cemas setiap kali melihat bagaimana tentera terpaksa menyembunyikan diri ketika berhadapan dengan musuh.

Fuh, tarik nafas panjang juga la nak tengok kesudahan filem ini.

Hm, tak nak cerita panjang, apa kata korang saksikan sendiri filem 1917 yang bakal ditayangkan pada 16 Januari 2020 di seluruh pawagam tanah air.

Confirm berbaloi beb!

Published by
Noor Ain Norman