Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Ranjitsinh Disale, 32, telah dinobatkan sebagai pemenang utama bagi Anugerah Hadiah Guru Global 2020 sekaligus dia membawa pulang wang bernilai RM4.1 juta.

Berasal dari daerah Maharashtra, dia merupakan seorang guru sekolah kerajaan di sana. Dahulunya sebelum menceburi bidang perguruan, dia merupakan bekas pelajar dalam bidang kejuruteraan namun langit tidak selalu cerah, apa yang diharapkan tidak menjadi dan segalanya terhenti. Kemudian, ayahnya mencadangkan agar dia mencuba bidang pendidikan sebagai karier. Setelah menjalani sesi latihan perguruan dia mula jatuh cinta dengan kerjaya ini.

ADIWIRA MASYARAKAT SETEMPAT
Menerusi laporan India Today, ketika dia pertama kali tiba untuk mengajar di Sekolah Rendah Zilla Parishad di desa Paritewadi, bangunan sekolah itu tidak berada dalam keadaan yang baik dan terhimpit di antara kandang ternak dan gudang.

Menang Anugerah Hadiah Guru Global 2020. Guru Dari India Terima RM4.1 Juta.
Konsep teknologi kod QR yang dibangunkan oleh Ranjitsinh bagi tujuan pembelajaran. Sumber gambar via Youtube Global Teacher Prize

Ranjitsinh mengubah suasana dan cara pembelajaran dengan menerjemahkan buku teks ke dalam bahasa tempatan untuk membantu murid-murid belajar dalam bahasa ibunda mereka. Dia terkenal dengan karya pengajarannya, termasuklah inisiatif menambahkan kod QR ke buku kelas utama sehingga anak-anak dapat mendapatkan pautan ke puisi audio, kuliah video, tugasan dan cerita.

Ads

Menjadi orang pertama yang memperkenalkan kod QR dalam buku teks sekolahnya, dia mengemukakan cadangan dan skema percubaan yang berjaya. Pada tahun 2017, pemerintah Maharashtra juga memutuskan untuk melakukan hal yang sama di seluruh negeri untuk buku teks dari semua kelas.

Selain inovasi dalam proses pembelajaran di sekolah. Jejaka ini juga telah berusaha untuk menyebarkan kesedaran mengenai masalah perkahwinan dalam kalangan remaja dan betapa pentingnya pendidikan untuk kanak-kanak perempuan. Kini, di kampung ini kehadiran pelajar perempuan di sekolah adalah 100 peratus dan tidak ada perkahwinan remaja yang dilaporkan. Segala usaha dan titik peluh yang diusahakan menjadikan Ranjitsinh sebagai seorang wira di kampungnya.

Ads
Menang Anugerah Hadiah Guru Global 2020. Guru Dari India Terima RM4.1 Juta.
Sumber gambar via Youtube Global Teacher Prize

BERKONGSI HADIAH
Apabila diumumkan sebagai pemenang mengalahkan sembilan lagi finalis yang lain. Jejaka yang berwawasan tinggi ini tanpa ragu-ragu mengumumkan yang dia akan memberi separuh dari wang kemenangannya itu untuk dikongsikan bersama. Dia percaya wang itu mampu membantu mempertingkatkan lagi mutu pendidikan menerusi usaha yang ditonjolkan oleh finalis-finalis lain

Ads

Ini bermakna dia hanya mengambil lebih kurang RM2 juta sahaja dan selebihnya dibahagikan sama rata. Ini menjadikan sembilan orang finalis lain menerima lebih kurang RM277’777 seorang. Salah seorang finalis yang turut tersenarai ialah rakyat Malaysia, Cikgu Samuel Isaiah yang turut dikategorikan sebagai 10 finalis untuk penganugerahan ini.

Sumber: India Today

BACA LAGI: DINOBATKAN 10 FINALIS GLOBAL TEACHER PRIZE 2020. CIKGU SAMUEL ISAIAH PENDIDIK MALAYSIA YANG PENUH DEDIKASI

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI