Berita

Menang Trofi ABPBH36, Aedy Ashraf Masih Tak ‘Demand’ -“Dah 24 Tahun Dalam Bidang Lakonan..”

Share

Aktor tampan, Aedy Ashraf, menafikan dirinya ‘demand’ dari segi bayaran selepas memenangi trofi Aktor Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36), baru-baru ini.

Berkata kepada Remaja, pelakon berusia 31 tahun itu memaklumkan kadar bayarannya masih sama sahaja seperti sebelum menang anugerah berkenaan.

BACA: Teringin Berlakon Semula Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Ketepi Isu Peribadi Demi Kepuasan Sebagai Anak Seni

“Saya sudah 24 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Saya tak tahulah kalau ada yang kata saya sudah ‘demand’? Tanyalah pada mana-mana produser filem di Malaysia, sama ada saya ‘demand’ dari segi bayaran atau tidak?

“Terus terang, saya tidak pernah ‘demand’ dan dari segi harga masih boleh berbincang serta tiada masalah,” katanya ketika ditemui pada sidang media Kahar : Kapla High Council dan memperkenalkan Project Universe.

Dalam pada itu, Aedy yang melakonkan watak Beja dalam filem Kahar : Kapla High Council mengakui lebih selektif dari segi projek filem ditawarkan sejak dulu.

“Bukan saya saja, semua pelakon juga mahukan karakter yang mencabar, jalan cerita yang bagus serta boleh sampaikan mesej yang berguna kepada masyarakat (penonton).

“Kalau saya tak menang anugerah pun, saya memang mencari naskhah yang boleh beri kepuasan pada diri dan penonton,” ujarnya lagi.

Ditanya dirinya yang makin menjadi kegilaan peminat wanita selepas menang anugerah pula, kata Aedy, dia menganggap kemenangan itu ‘hadiah’ dari peminat yang mengundinya.

Mengulas mengenai cinta pula, Aedy turut memberitahu dirinya masih solo selepas hubungannya berakhir dengan pelakon Amelia Henderson, baru-baru ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath