
Sebuah lagi filem horror, Polaroid bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Dan macam biasa, kami nak belanja korang menonton wayang percuma bersama team Remaja.
Polaroid menceritakan tentang seorang pelajar sekolah yang bernama Bird Fitcher secara tidak sengaja menjumpai kamera Polaroid lama yang mempunyai kisah misteri disebaliknya. Sesiapa yang gambarnya diambil dengan kamera tersebut pasti akan mati dalam keadaan tragik.
Bird dan rakan-rakannya bergelut untuk menyelamatkan diri, selain perlu menyelesaikan misteri sumpahan kamera, sebelum mereka semua mati!
Dibintangi oleh Kathryn Prescott, Katie Stevens dan Madelaine Petsch, filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 2 Mei nanti.
Kalau nak menang dua tiket percuma filem ini dan tonton bersama kami, sertai peraduan #WayangRemaja dengan hanya menjawab soalan mudah.
Menangi tiket wayang Remaja x Polaroid
Tarikh: 21 Mei 2019 (Selasa)
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Cinemas Sunway Pyramid
Seremban ‘Kena’ PKPB, Boleh Keluar Ke KL & Putrajaya Tak?

Minggu ini menandakan masuknya minggu ketiga warga negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjalani rutin harian di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Situasi ini telah mengubah norma rakyat memandangkan jumlah kes positif Covid-19 baharu yang secara konsistennya mencatatkan 3 angka pada setiap hari.
Terbaru, Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang tadi mengumumkan bahawa daerah Seremban di Negeri Sembilan pula kini diletakkan di bawah arahan PKPB selepas kes baharu di kawasan tersebut menunjukkan peningkatan beberapa hari kebelakangan ini.
Arahan PKPB akan mula dilaksanakan pada 5 November sehingga 18 November ini di 9 mukim berbeza. Ini termasuklah Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.
Ini bermakna penduduk di 9 buah mukim ini perlu mematuhi arahan yang dilaksanakan di Lembah Klang seperti penutupan sekolah, penurunan jadual perjalanan merentah daerah dan larangan untuk menjalani upacara keagamaan di rumah ibadah.
Menurut tinjauan REMAJA di media sosial, ramai netizen yang menetap di daerah Seremban tertanya-tanya sama ada pergerakan dari Negeri Sembilan ke negeri bersebelahan seperti Selangor dan Putrajaya dibenarkan.
Ini memandangkan jumlah penduduknya yang ramai bekerja di Lembah Klang dan berulang-alik dari kediaman ke tempat kerja masing-masing.
Menurut Datuk Seri Ismail, kerajaan akan membenarkan perjalanan rentas negeri tersebut untuk tujuan bekerja dengan surat perlepasan yang disahkan oleh pihak berkuasa.
“Saya sedar ramai penduduk di Seremban yang bertugas di Putrajaya dan Lembah Klang. Anda hanya perlu mendapatkan surat perlepas daripada majikan,” jelasnya.
Apa agaknya aktiviti yang dibenarkan dan tak dibenarkan dalam musim PKPB? Klik pautan di bawah.
Ini Perkara Yang Boleh & Tak Boleh Dibuat Ketika PKPB Kalau Tak Nak Kena Denda RM1000
Enggan Dengki Mahupun Iri Hati, Amelia Henderson Sokong Inisiatif Anak Muda Dalam Menghidupkan Lagi Dunia ‘Podcast’!

Duni platform penstriman dan audio siar (podcast) kini makin rancak bak cendawan selepas hujan, terutama semenjak populariti audio siar Studio Sembang melonjak tinggi dalam kalangan pendengar anak muda.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terima Kasih Untuk Semua Kenangan Terindah’ -Komen Manis Aedy Ashraf Buat Amelia Henderson
Studio Sembang yang dihoskan oleh pelakon terkenal, Amelia Henderson mula bersiaran tahun lepas dengan berfokuskan asam garam dan sebalik tabir dunia industri hiburan.
Jelitawan tersebut yang turut merangkap penerbit eksekutif Studio Sembang menjelaskan bahawa program tersebut bertujuan sebagai platform untuk rakan-rakan artis berkongsi ruang dan peluang menyebarkan mesej yang positif kepada orang ramai juga kisah kehidupan dan pengalaman mereka dalam bidang yang diceburi.
Pelakon berusia 27 tahun ini turut berkesempatan berkongsi tips peribadinya kepada anak muda yang ingin menceburi dunia audio siar tersebut ketika ditemui di majlis penutup Global Summit Maybank, Selasa lepas.
“Sekarang kita sendiri boleh lihat makin ramai anak muda yang mula berjinak-jinak publish podcast sendiri dan sejujurnya Ame sangat suka dan sokong sepenuhnya sebab saya rasa apabila makin ramai mula hangatkan dunia podcast ini, akan makin ramai yang mula mendengar.
“Bagi saya sendiri, tips paling penting dengan apa-apa digital content sekalipun adalah konsistensi. Walaupun kita tidak berapa yakin dengan idea kita, as long as kita konsisten dan keluarkan bahan setiap minggu, benda itu akan membolehkan korang untuk faham apa yang pendengar mahukan,” jelasnya.
Sekadar info, Studio Sembang telah meraih lebih 71,000 pengikut di YouTube.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Amelia Henderson
Kali Pertama Dalam Sejarah Hari Polis Tak Disambut, Amanah Negara Lebih Diutamakan

Begitulah komitednya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kini sedang berkhidmat dalam situasi berisiko tinggi seperti wabak Covid-19 semasa.
Sebelum ini, tarikh 25 Mac amat sinonim dengan peringatan Hari Polis di mana kita mengenang jasa wira terdahulu dan sekarang yang berkorban untuk keamanan Malaysia.
Berlainan pada tahun ini, anggota PDRM meneruskan pengorbanan mereka – literally – semasa hari istimewa ini.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menerusi akaun Facebook beliau, kesediaan anggota meletakkan diri dalam situasi berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak adalah satu amanah yang perlu dipikul.
“Sesungguhnya inilah jihad kita, demi agama, bangsa dan negara.
“Meskipun terpaksa berdepan dengan risiko yang boleh mengancam nyawa sendiri, walaupun badai datang melanda, bercerai jasad dan nyawa, kita sanggup melakukan apa sahaja demi kesejahteraan dan kepentingan masyarakat seluruhnya,” kata beliau.
Beliau turut meminta agar setiap anggota PDRM terus bersemangat melaksanakan PKP agar rantaian penularan COVID-19 berjaya diputuskan.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah, peringatan Hari Polis tidak disambut kerana ancaman COVID-19.
“Walaupun program yang direncanakan tidak dapat dilaksanakan, saya mengajak seluruh warga pasukan untuk pasakkan tekad dan membulatkan iltizam bagi mengelakkan berlakunya gelombang ketiga, yang berupaya membawa implikasi yang lebih serius kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.”
Terima kasih PDRM!