Kalau ada yang rindu nak tonton aksi pelakon legend Liam Neeson, inilah masanya untuk korang melepaskan kerinduan dengan menyaksikan filem terbaru lakonan bintang ini, Cold Pursuit yang bakal ditayangkan pada 21 Februari 2019 di seluruh pawagam tanah air.
Neeson memegang watak sebagai seorang ketua keluarga (Nels Coxman) yang disayangi serta menjalani kehidupan bahagia bersama isterinya, lakonan Laura Dern.
Namun kehidupan bahagianya diragut secara tiba-tiba kerana anak lelakinya meninggal dunia akibat pengambilan heroin secara berlebihan. Karakter penyayang Neeson akhirnya bertugas kepada seorang yang pendendam dan berusaha untuk membalas dendam ke atas kematian anak lelakinya.
Mampukah Nels membalas dendam terhadap kumpulan pengedar dadah yang menyebabkan kematian anaknya? Sama-sama kita saksikan di pawagam pada 21 Februari depan.
Menangi tiket tayangan Remaja x Cold Pursuit
Tarikh: 20 Februari 2019
Masa: 8.15 malam
Lokasi: TGV Cinema 1 Utama
‘Starfish Airport’ Lapangan Terbang Terbesar Di Dunia, Siap Ada 5 Taman Tradisional China!
Kalau korang pernah ke China, pasti kagum dengan Tembok Besar China yang telah tersenarai sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.
Tapi sekarang pasti korang terngaga lihat betapa canggihnya lapangan terbang baru China ni!
Dikenali dengan nama ‘Daxing International Airport’ dengan nama timangan ‘starfish airport’, ini yang anda perlu tahu tentang lapangan terbang terbesar dan tersibuk dunia ini.
Lapangan terbang ini di bina untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya di bandaraya China dan di jangkakan pada tahun 2025, terminal ini akan menampung lebih dari 72 juta pengunjung. Wow, bukan sembarangan jumlah tampungan pegunjung yang bakal mengunjungi terminal ini.
Lapangan Terbang Terbesar Dunia!
Mampu Menampung 100 Juta Penumpang
Lapangan terbang starfish ini di katakan bakal memberi perkhidmatan kepada 100 juta penumpang setiap tahun di masa akan datang. Terminal ini telah siap di bina sepenuhnya pada 13 Jun 2019, hanya mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.
Memiliki Kafe dan Pusat Membeli-belah yang Mewah
Di dalam terminal ini memiliki empat tingkat yang di reka secara khas untuk mengasingkan dan memudahkan perjalanan dan ketibaan para pengembara. Bukan itu saja, di dalam terminal ini juga memiliki kafe dan pusat membeli-belah yang mewah yang pastinya akan menarik perhatian dan tumpuan para pelancong. Wah hebatnya lapangan terbang ni kan.
Rekaan Dalaman Yang Wow!
Daxing International Airport ini memiliki lima taman tradisional china pada setiap penghujung ruang dewan untuk para pengembara menikmati waktu yang tenang dan santai di situ. Struktur binaan terminal lapangan terbang ini mempamerkan prinsip garisan dalam rekaan seni bina tradisional china dengan penghasilan halaman di bahagian tengah terminal.
Mesra Pengguna
Bukan itu saja, setiap aspek seni bina yang di hasilkan memberi keutamaan kepada pengembara untuk mudah sampai ke terminal kapal terbang dengan jarak berjalan kaki yang terdekat untuk sampai ke kawasan terminal.
Selain itu, terminal ini juga menggunakan sistem mengumpul air hujan, di mana sistem pengurusan air ini akan di salurkan ke ruang simpanan semula jadi. Bukan itu saja menerusi sistem pengurusan air ini, air yang di salurkan akan di tapis dari aksi kimia sehingga 2.8 juta meter padu air di kawasan tanah basah, tasik dan air sungai untuk mengelakkan berlakunya banjir dan sekaligus menangani masalah cuaca yang terlalu panas di mengikut perubahan musim.
Tengok rekaan setiap sudut dalaman terminal ini admin rasa macam dalam filem Star Wars pula. Penulis kagum sungguh dengan rekaan lapangan terbang China ni.
7 Selebriti Terkenal Dunia Yang Disahkan Positif COVID-19
Isi Kandungan
ToggleWalaupun kes COVD-19 semakin baik di Malaysia, namun di negara-negara luar nampaknya situasi pandemik ini masih berleluasa.
Menurut laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, kes COVID-19 dunia pada masa kini telah mencapai sekitar 25.9 juta kes. Jumlah kes harian dunia menunjukkan kenaikan iaitu lebih kurang 263,000 kes berbanding sebelumnya 252,000 kes.
Jumlah kes harian bagi negara India dan Amerika masing-masing naik sekitar 75,000 kes dan 46,000 kes. Manakala negara Brazil menunjukkan penurunan iaitu 42,000 kes.
Jelas sekali kes koronavirus ini sebernanya masih berleluasa dan kita tidak seharusnya menarik nafas lega dek kerana kes di negara ini semakin menurun.
Ramai juga diantara golongan selebriti yang telah disahkan positif COVID-19. Sama ada di dalam negara dan luar negara, virus ini tidak mengenal mangsa.
Jom kita lihat antara selebriti-selebrti terkenal dunia yang pernah atau sedang dijangkiti COVID-19.
1. Tom Hanks & Rita Wilson
Bintang ternama Hollwood, pasangan suami isteri ini disahkan positif COVID-19 ketika berada di set penggambaran sebuah filem yang berkisarkan tentang kehidupan lagenda rock n roll Elvis Presley di Australia.
2. Olga Kurylenko
Pelakon Perancis yang pernah membintangi filem James Bond “Quantum of Solace” mengumumkan dirinya positif COVID-19 pada 15 Mac selepas menjalani ujian saringan.
3. Idris Elba
Pelakon popular Hollywood Idris Elba mengesahkan dirinya positif COVID-19 tetapi menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang simptom.
4. Pink
Pada 3 April 2020, Pink mendedahkan dia dan anak lelakinya, Jameson telah disahkan positif COVID-19. Namun, selepas membuat ujian kali kedua, dia dan anaknya telah mendapat keputusan negative dan sembuh daripada jangkitan virus tersebut.
5. Amitabh & Abhishek Bachchan
Pelakon lagenda Amitabh Bachchan dan anak lelakinya Abhishek juga disahkan positif COVID-19 terdahulu. Dengan peningkatan kes COVID-19 di India, peminat daripada keluarga seni ini turut mendoakan agar keluarga Bachan yang lain dilindungi daripada dijangkiti wabak koronavirus.
7. The Rock
Terbaru, bintang WWE dan kini bergelar seorang pelakon, The Rock telah disahkan positif COVID-19. Khabar ini telah dikongsi di laman instagramnya dan apa yang lebih memilukan, isteri dan dua orang anak perempuannya yang berusia 4 dan 2 tahun turut dijangkiti wabak ini.
BACA: The Rock Sekeluarga Dijangkiti COVID-19, Ini Pesan Darinya
Sama-samalah kita doakan agar penularan kes ini dapat dikurangkan diseluruh negara. Untuk masyarakat kita yang ada di Malaysia, teruskan mengamalkan penjarakan sosial dan jangan lupa ikut semua SOP yang telah ditetapkan kerajaan.
Stay safe!
Alif Satar Positif Covid-19, Sudah Beri Nama Kontak Rapat Kepada KKM.
Pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar telah mengesahkan yang dirinya didiagnos positif virus Covid-19.
Dalam satu hantaran di Instagram, dia berkata, “Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinnya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.”
Tambahnya lagi, “Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarantin.”
Kami di editorial Remaja mendoakan semoga Aliff lekas sembuh dan semua kontak rapat negatif dari virus tersebut.
Untuk malkuman pembaca, setakat semalam Malaysia telah mencatat sebanyak 53,679 kes dengan 332 kematian. Sila patuhi SOP yang ditetapkan dan jaga penjarakan sosial anda dalam memastikan penularan Covid-19 boleh dikurangkan.
Sumber & Gambar: Instagram Aliff Satar