Siapa yang tidak kenal dengan Kris Dayanti, biduanita Indonesia yang mengegarkan dunia seni nusantara dengan suaranya yang merdu. Namun kisah kali ini bukanlah tentang pelantun lagu popular ‘Menghitung Hari’ ini, sebaliknya terarah kepada menantunya, Atta Halilintar yang kini giat mengumpul dana demi membantu warga Palestin yang terkesan dek serangan ganas rejim Zionis.
Atta yang merupakan suami kepada anak sulung Kris Dayanti, Aurel Hermansyah adalah seorang YouTuber terkenal dan memiliki lebih 27 juta pengikut di laman YouTube. Pada tahun 2020 dia berada di kedudukan ke-22 dalam senarai personaliti pengikut paling ramai di laman video tersebut.
Tidak senang duduk dengan keadaan yang menimpa warga Palestin di Gaza, Atta menggunakan pengaruhnya sebagai pempengaruh media sosial bagi meraih kutipan derma. Menerusi platform kitabisa.com yang merupakan platform untuk kutipan derma. Setakat artikel ini ditulis, hasil pengaruh dan mesej yang disampaikan oleh Atta telah berjaya mengumpulkan wang derma bernilai RP 2,107,431,322 atau RM609,304.75 dalam mata wang Malaysia.
Berikut adalah mesej yang disertakan bersama dalam misi kutipan bantuan ini.
Ads
.
.
Ads
.
.
Ads
.
Hasil wang kutipan derma ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan asas yang diperlukan, selain itu ia juga akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan bagi menampung rawatan warga Palestin yang tercedera. Dalam nota mesej itu lagi, kutipan ini juga bertujuan untuk membantu pembangunan fasiliti hospital dan tempat ibadah yang telah terkesan akibat serangan tentera rejim Zionis.
Waktu kutipan derma ini masih lagi berbaki selama 7 hari dan setakat ini telah berjaya melepasi sasaran RP 2 miliyar yang diletakkan pada permulaan. Semoga usaha Atta dan kemurahan hati para penderma untuk membantu warga Palestin ini diberkati Allah SWT.
Anugerah Juara Lagu ke 35 sudah pun berlalu, namun bak kata pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Isu Nabila Razali tergelincir nota vokal ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua masih menjadi bualan netizen.
Ramai yang memberi kata-kata semangat dan ada juga yang bersikap negatif melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Namun paling penulis tertarik adalah komen Diana Danielle yang berkongsi kisah pengalamannya saat memulakan langkah di dalam industri.
“Hi darling, bila saya memulakan langkah sebagai seorang pelakon saya merupakan seorang pelakon ‘kayu kayan’ bertahun lamanya. Mereka hanya memberikan saya watak perempuan cantik dan selalu dibayar tidak mencukupi.
Saya pergi ke kelas dan melabur masa dan duit, Hasilnya sekarang saya boleh beekrja dengan yakin dan tenang. Ia merupakan satu perjalanan dan kadangkala ia sangat panjang. Jadikan perjalanan itu berbaloi dan jangan pernah putus asa!
Jangan biarkan orang lain menanam perasaan ragu di dalam diri sendiri. Saya sangat berbangga dengan kamu kerana telah berjaya naik ke pentas dan memberikan yang terbaik,” kongsi pelakon hebat ini di ruangan komen hantaran Instagram Nabila Razali.
Apa yang dikatakan oleh Diana Danielle sebenarnya bukan sahaja untuk Nabila tetapi relevan untuk kita semua. Kehidupan merupakan sebuah proses pembelajaran dan ia mengambil masa. Gagal sekali tidak bermakna kita gagal selamanya, sebaliknya kesilapan itu menjadikan kita insan yang lebih kuat.
Peluang untuk menunaikan ibadah Haji sentiasa disemat dalam hati setiap umat Islam. Digambarkan sebagai peluang sekali seumur hidup, sama ada kita dapat menjejakkan kaki ke sana pada usia muda mahupun tua bergantung kepada ketentuan Ilahi dan tentunya, usaha kita sendiri.
Bersempena ketibaan kumpulan terawal jemaah Malaysia yang telahpun tiba di tanah suci, penulis berkesempatan untuk berhubung dengan salah seorang jemaah muda yang kini telahpun berada di Madinah Al-Munawarah. Pemuda bernama Muhammad Fakhrul Syakirin Bin Noor Azam sedikit sebanyak telah berkongsi pengalaman awalnya bersama-sama jemaah lain yang kini setia menjadi teman menjalani ibadah serta melakukan rutin harian lain di sana.
Memasuki usia 26 tahun pada 2022, Syakirin rupa-rupanya pernah menerima jemputan untuk menunaikan Haji seawal usia 17 tahun. Begitupun disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, Syakirin terpaksa melupakan sebentar impian tersebut walaupun peluang sedemikian tidak selalunya hadir kepada mana-mana individu.
“Ya, pada usia 17 tahun, saya telahpun mendapat tawaran menunaikan Haji tetapi perancangan itu tertangguh disebabkan perlu fokus kepada peperiksaan SPM.
“Sekali lagi, peluang tunaikan Haji hadir sewaktu saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. Saya menerima surat tawaran ketika berada di tahun terakhir belajar namun tawaran diterima pada saat-saat akhir sehinggakan saya tidak sempat untuk mengikuti kursus Haji.
“Sama jugalah dengan keluarga saya yang tidak mengetahui tawaran yang mereka terima dengan lebih awal. Setelah berbincang dengan keluarga, saya putuskan untuk sekali lagi menangguhnya memandangkan saya tidak sempat mengikuti kursus Haji. Malah saya juga belum melakukan persiapan mencukupi dari segi barang-barang yang perlu dibawa ke sana.
“Alhamdulillah, pada tahun 2020 nama saya ‘naik’ sekali lagi selepas saya selesai mengikuti kursus. Cuma, impian tersebut perlu ditangguh lagi atas faktor pandemik Covid-19.
“Kiranya, jemputan pada tahun 2022 ini adalah jemputan keempat untuk saya tunaikan ibadah Haji dan kesempatan ini tidak saya sia-siakan untuk menunaikannya. Tentunya, saya ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana saya menjadi di antara insan terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini,” ulasnya kepada penulis menerusi mesej pesanan dari tanah suci.
Umur Muda Bukan Satu Halangan
Saban tahun, semakin ramai anak muda yang mulai memilih untuk menjejakkan kaki ke tanah suci pada usia muda. Jika bukan peluang menunaikan Haji yang menjengah terlebih dahulu, maka peluang menunaikan Umrah akan dikejar mereka.
Jika dahulunya, rukun Islam kelima ini rata-rata dikaitkan dengan golongan yang lebih berusia atas faktor kewangan yang sudahpun stabil, masa yang lebih terluang dan atas faktor keikhlasan hati untuk ke sana. Namun kini, ramai anak muda yang mulai terbuka hati untuk ke sana lebih awal memandangkan kudrat tenaga fizikal mereka yang masih mantap untuk mengerjakan ibadah di sana. Bukan setakat itu, kini pelbagai informasi mudah untuk mereka perolehi berkaitan ibadah Haji lalu membuatkan proses melengkapi diri dengan segala persediaan mental lebih pantas.
Buat Syakirin, umur adalah sekadar angka apabila bercakap mengenai ibadah Haji. Segala-galanya ibarat sudahpun ditentukan dengan lebih awal oleh Ilahi dan seruan yang diterima tidak mengira peringkat usia. Selagi sudah sudah mengikuti kursus dan memahami bagaimana melaksanakan ibadah, sesiapa saja akan bersedia untuk mengerjakannya.
“Mengapa saya memilih untuk tunaikan Haji pada usia semuda ini? Saya fikir, peluang hanya datang sekali saja dalam hidup dan kita tidak tahu bila kita akan ‘dijemput’ ke sini. Tanpa rasa teragak-agak, saya terus menerima peluang tersebut.
“Excited itu tentulah ada tetapi pada masa yang sama saya tidak nafikan timbul sedikit rasa nervous kerana ini adalah kali pertama saya berada di luar negara dan tidak biasa dengan persekitarannya. Alhamdulillah, selama saya di sini orangnya ramah malah baik budi pekertinya.
“Rakan-rakan sebilik saya seramai empat orang semasa ditempatkan di hotel Saja Al Madinah juga baik malah peramah, dua dewasa dan dua lagi lebih kurang sebaya usia belia seperti saya. Satu lagi hotel yang menempatkan jemaah Malaysia adalah di Hotel Mövenpick, Madinah.
“Setakat ini, jemaah Malaysia yang telah sempat saya temui semuanya berada dalam keadaan baik dan tidak sabar untuk menunaikan Haji. Jemaah muda juga agak ramai,” katanya.
“Di sini, saya dan rakan sebilik membantu satu sama lain bagi urusan ke masjid Nabawi, ke kafe, menziarahi makan Nabi Muhammad SAW.. semua dilakukan bersama-sama. Rasa nervous yang saya rasakan pada awalnya terus bertukar tenang, nyaman dan saya mudah menikmatinya. Kredit harus saya berikan kepada pihak Tabung Haji kerana mereka telah menyusun tentatif program dengan baik seperti lawatan ke tempat-tempat bersejarah, memberi peluang kami solat di Raudhah dan melawat perkuburan Baqi’ (tempat bersemadinya 10,000 keluarga dan sahabat Nabi Muhammad SAW). Kakitangan Tabung Haji juga akan stand by selama 24 jam sekiranya kami memerlukan bantuan dan nasihat mereka,” katanya.
Perubahan Kursus Haji
Biarpun tanah suci kini sudahpun mula dibuka kepada pengunjung luar untuk mengerjakan ibadah Umrah dan Haji, ketetapan prosedur operasi standard khabarnya masih dilaksanakan sebagai langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19.
Begitu juga dengan proses kursus Haji yang ditetapkan ke atas semua jemaah Malaysia sebelum bertolak ke sana. Kongsi Syakirin, prosesnya kini melibatkan sesi dalam talian dan juga sesi bersemuka.
“Apabila pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kita semua pada tahun 2020, kursus Haji asas yang biasanya dilakukan secara face to face telah berubah menjadi sesi dalam talian. Tapi apabila semakin menghampiri detik ke sana, sebuah kursus Haji Planner telah diadakan secara bersemuka di Masjid Negeri (Shah Alam) bersama ramai jemaah dari Selangor yang lain. Saya juga sempat menyertai jemaah lain di sana pada waktu itu,” katanya yang tidak lama lagi akan bertolak ke kota Mekah pula. Penulis pasti pengalaman tersebut tidak akan dilupakan olehnya sampai bila-bila.
“Kepada keluarga saya di Malaysia terutamanya ibunda dan ayah saya, adik-beradik saya; saya harapkan agar mereka berada dalam keadaan sihat belaka. Saya juga ingin sampaikan salam saya kepada rakan-rakan sepejabat di Unit Integriti Kementerian Dalam Negeri, rakan-rakan Food Panda Crew. Saya doakan agar kalian diberikan peluang untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah pada tahun hadapan. InsyaAllah,” simpul Syakirin.
Pada kesempatan ini, REMAJA turut mendoakan agar kebajikan dan kesihatan jemaah muda ini dipermudahkan di sana. Semoga Allah SWT mengurniakan Haji mabrur buatnya dan jemaah Malaysia yang lain di sana, InsyaAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Telur merupakan makanan ruji dan kegemaran rakyat Malaysia. Memang tak sah kalau sekali tak mengambil telur dalam menu harian. Paling tidak mesti perkena telur rebus atau telur separuh masak bersama roti, lada putih dan cuka atau kicap.
Sebagaimana kita tahu, telur mempunyai banyak khasiat dan nutrisi terutamanya telur rebus. Namun, tular mengenai telur rosak kini sedang tersebar meluas di platform media sosial, apatah lagi pihak berkuasa dan pakar kesihatan juga telah menegah orang ramai agar berhati-hati tidak memakan telur yang sudah rosak.
Hal ini turut dimaklumkan oleh pasaraya dari Jepun iaitu AEON dalam kenyataannya semalam.
Untuk pengetahun korang semua, mengambil telur yang telah tamat tempoh atau telah rosak boleh memudaratkan kesihatan dan boleh mengancam nyawa. Tapi macam mana kita nak tahu, telur itu rosak atau tak.
Baru-baru ini Public Health Malaysia, ada berkongsi beberapa tanda-tanda telur rosak yang perlu korang ambil perhatian.
Sebagai pengguna dan pengusaha, sila ambil perhatian kepada tanda tanda telur yang telah rosak.
Jangan ambil mudah, telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, muntah sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian.
Selagi ad rasa ragu ragu, jangan guna dan makan telur tersebut
Menerusi perkongsian di laman Facebok Public Health Malaysia, terdapat tujuh tanda yang boleh orang ramai kenalpasti telur yang sudah rosak dan tamat tempoh.
Kulit telur berdebu, menunjukan pembentukan kulat
Keluar bau hanyir dan busuk
Lihat di bekas telur sudah melebihi tarikh tamat tempoh
Apabila pecahkan telur, warna putih telur berubah
Kulit telur berlendir, menunjukkan terdapat kuman dan bakteria
Telur terapung di atas air, menunjukan telur tersebut telah lama
Dan terakhir adalah kulit telur menjadi retak
Jadi kesimpulannya, sebelum korang nak beli telur di kedai lebih baik periksa keadaan telur tu terlebih dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...