Siapa yang tidak kenal dengan Kris Dayanti, biduanita Indonesia yang mengegarkan dunia seni nusantara dengan suaranya yang merdu. Namun kisah kali ini bukanlah tentang pelantun lagu popular ‘Menghitung Hari’ ini, sebaliknya terarah kepada menantunya, Atta Halilintar yang kini giat mengumpul dana demi membantu warga Palestin yang terkesan dek serangan ganas rejim Zionis.
Atta yang merupakan suami kepada anak sulung Kris Dayanti, Aurel Hermansyah adalah seorang YouTuber terkenal dan memiliki lebih 27 juta pengikut di laman YouTube. Pada tahun 2020 dia berada di kedudukan ke-22 dalam senarai personaliti pengikut paling ramai di laman video tersebut.
Tidak senang duduk dengan keadaan yang menimpa warga Palestin di Gaza, Atta menggunakan pengaruhnya sebagai pempengaruh media sosial bagi meraih kutipan derma. Menerusi platform kitabisa.com yang merupakan platform untuk kutipan derma. Setakat artikel ini ditulis, hasil pengaruh dan mesej yang disampaikan oleh Atta telah berjaya mengumpulkan wang derma bernilai RP 2,107,431,322 atau RM609,304.75 dalam mata wang Malaysia.
Berikut adalah mesej yang disertakan bersama dalam misi kutipan bantuan ini.
.
.
.
.
.
Hasil wang kutipan derma ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan asas yang diperlukan, selain itu ia juga akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan bagi menampung rawatan warga Palestin yang tercedera. Dalam nota mesej itu lagi, kutipan ini juga bertujuan untuk membantu pembangunan fasiliti hospital dan tempat ibadah yang telah terkesan akibat serangan tentera rejim Zionis.
Waktu kutipan derma ini masih lagi berbaki selama 7 hari dan setakat ini telah berjaya melepasi sasaran RP 2 miliyar yang diletakkan pada permulaan. Semoga usaha Atta dan kemurahan hati para penderma untuk membantu warga Palestin ini diberkati Allah SWT.
Sumber & Gambar: Instagram Atta Halilintar & kitabisa.com