Berlangsung malam ini di sana, keseluruhan binaan Menara Kuala Lumpur itu telah ‘bermandikan’ warna ungu yang menjadi warna rasmi untuk filem terakhir Avengers tersebut.
Lebih menarik, mereka juga telah bekerjasama dengan Intel® untuk menaikkan 300 buah drone Intel® Shooting Star™ untuk membentuk logo simbolik Avengers termasuklah logo Iron Man, Captain America, Thor dan Hulk!
Pemandangan luar biasa (seriously guys, it really was) adalah tanda terima kasih Marvel, Menara KL dan semua yang terlibat kerana telah menyokong francais filem tersebut selama lebih sedekad lamanya.
Persembahan drone pada malam ini juga dicatatkan ke dalam Malaysia’s Book of Records di bawah kategori “Jumlah Drone Terbanyak Yang Digunakan Di Dalam Persembahan Cahaya (Light Show)”.
Bagi yang ingin menyaksikan persembahan drone tersebut dan mengambil sebanyak mungkin video dan foto, ia akan kembali dilangsungkan pada hari Jumaat ini (26 April) pada jam 8 malam dan 10 malam. Untuk pengetahuan korang, lokasi terbaik untuk menyaksikannya adalah sekitar 200 hingga 300 meter dari radius Menara KL.
Avengers: Endgame juga telah mencatatkan satu lagi rekod di Malaysia sebagai filem yang menerima jualan pre-tickets
tertinggi, iaitu setinggi RM10 juta di box office sejak jualan dibuka pada 2 April lepas.