Bermula semalam hingga 31 Mac, Menara Kuala Lumpur (KL) akan bertukar warna menjadi pink bukan kerana saja-saja tau!
Ia sebenarnya adalah bersempena hari kelahiran Barbie yang ke-60 dan sambutan di seluruh dunia sudahpun bermula sejak awal bulan Mac.
Beberapa bangunan ikonik seperti Manila City Hall di Filipina, Muziun Fatahillah di Indonesia, Singapore Flyer di Singapura dan Emquartier di Thailand juga bersimbahkan cahaya pink.
Jadi bersempena dengan hari kelahiran istimewa ini, Barbie memperkenalkan slogan ‘You Can Be Anything’ di mana remaja perempuan seperti korang sebenarnya boleh mencapai apa-apa yang korang idamkan selama ini.
60 patung mainan Barbie berbajukan 60 kostum pekerjaan mulai dijual secara eksklusif. Paling menarik perhatian REMAJA adalah kostum Astronaut, Juruterbang, Pembaca Berita, Ahli Politik hinggalah Pemain Bola Sepak. Korang semua boleh jadi apa saja yang korang inginkan asalkan ada minat dan usaha.
Jadi, tunjukkan sokongan korang kepada Barbie yang berusia 60 tahun ni dengan mengambil OOTD di Menara KL hingga 31 Mac kelak. Sertakan hashtag #barbie60 tau!