Zaman sekarang ini, pusat membeli belah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ada sahaja pusat membeli belah baharu untuk dikunjungi rakyat Malaysia tidak kira masa dan lokasi.
Namun dalam keseronokan berjalan-jalan mencuci mata, antara faktor penting yang sering diutamakan pengunjung adalah keselesaan untuk beribadah dengan adanya surau yang luas dan nyaman.
ARTIKEL BERKAITAN: Stor Elegan New Balance, Kolaborasi JD Sports X NIKE Antara Tarikan Bulan Pertama TRX Dibuka
Maka tidak hairanlah apabila baru-baru ini, keluhan seorang warganet berkenaan keluasan surau di The Exchange TRX mendapat perhatian ramai di media sosial.
Menurut individu tersebut, surau yang berada di pusat membeli belah itu dikatakan kecil dan tidak mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai pada masa yang sama.
Tambahannya lagi, surau yang kecil itu sangatlah tidak bersesuaian untuk menampung penganut agama Islam yang bakal menumpang solat ketika bulan Ramadan tidak lama lagi.
Turut kecewa dengan sistem pengudaraannya yang kurang memuaskan membuatkan suasana untuk beribadah menjadi tidak selesa dengan bau-bau kurang menyenangkan.
Buat makluman, selain surau di sebelah Uniqlo terdapat sebuah lagi surau di pusat membeli belah tersebut iaitu di tingkat paling atas sekali, rooftop.
Mendakwa bahawa surau di tingkat empat itu lebih selesa, netizen turut berkongsi cara untuk mengakses ke ruangan tersebut kerana lokasinya yang lebih tersembunyi.
Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan untuk pergi ke surau yang terletak di menara Exchange 106, bersebelahan dengan pusat membeli belah itu kerana ia lebih luas dan selesa untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai.
Hmmm…apa komen kalian? REMAJA sarankan sekiranya korang ingin pergi berbuka puasa di TRX Mall bulan Ramadan ini, aturlah masa sebaiknya atau boleh singgah ke masjid dan surau berdekatan sekiranya enggan bersesak-sesak dengan orang ramai.
KREDIT FOTO: Akaun X Zackkirin
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.