Sepanjang tempoh berada di rumah pada musim sekatan pergerakan di negara kita sekarang, kesemua rutin harian kita terpaksa dilakukan di rumah saja.
Demi melandaikan jumlah kes baharu harian COVID-19 di Malaysia, rakyat bersatu hati sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri dan kekal di rumah untuk melihat negara kembali bangkit dalam keadaan normal.
Lantas, pelbagai cara kreatif dilihat telah dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi membiasakan diri dengan norma baharu ini. Ada yang mula memasak walaupun sebelum ini jarang memasuki dapur. Ada yang mengambil kelas berbentuk hobi secara atas talian demi memenuhkan masa lapang.
Tidak kurang juga yang semakin aktif berinteraksi di dunia media sosial dengan memuat naik aktiviti harian seperti bersenam dan menari pada setiap hari. Itulah sebenarnya cara rakyat Malaysia melepaskan tekanan yang kita rasai apabila terpaksa akur dengan keadaan pandemik.
Bagaimana jika REMAJA kongsikan bahawa kamu boleh bergiat aktif di rumah SAMBIL membantu masyarakat yang memerlukan? Seperti yang kita tahu, kepayahan melangsungkan hidup sepanjang tempoh sekatan pergerakan sedikit sebanyak memberikan impak kepada masyarakat terutamanya golongan kurang upaya.
Justeru, memahami situasi ini dan pada masa yang sama ingin mengajak kita semua untuk terus bergiat aktif di rumah, jenama penjagaan diri Rexona ingin sama-sama membantu golongan kurang upaya dengan melibatkan kita semua menerusi gerakan #RexonaMoveForGood.
Apa yang kita semua boleh lakukan untuk membantu menjayakan gerakan ini amatlah mudah. Tidak perlu ke mana-mana pun. Cukup sekadar kekal berada di rumah dan bersenam serta menari seperti yang biasa kamu lakukan pada setiap hari!
Kongsikan saja video kamu sedang bersenam atau menari itu dengan menyertakan tanda pagar #RexonaMoveForGood ke platform Facebook dan Instagram masing-masing. Terlebih dahulu, pastikan akaun media sosial kamu itu dalam mod ‘public’ ya!
Bagi setiap video yang dikongsikan, sejumlah RM10 akan didermakan oleh Rexona bagi tujuan kebajikan rakyat kurang upaya.
Sebanyak tiga persatuan bukan kerajaan (NGO) tempatan akan sama-sama terlibat bagi kempen ini bagi memudahkan bantuan. Ini termasuk lah Persatuan Orang Cacat Malaysia, Independent Living & Training Centre Malaysia dan Special Olympics Selangor.
Masing-masing memikul harapan untuk membantu memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia dan mereka percaya, gerakan #RexonaMoveForGood ini mampu mencapai sasaran dana sehingga RM50,000.
Cuba bayangkan, hanya dengan bersenam dan menari saja, rakyat Malaysia boleh sama-sama membantu menyediakan kerusi roda, peralatan prostetik yang perlu dibuat khas, peralatan sukan khas bagi golongan kurang upaya dan banyak lagi.
Rexona percaya kepada saat magical apabila seorang individu kurang upaya mampu bebas bergerak. Bukan saja ia akan menggembirakan individu tersebut, malah keyakinan serta pandangannya terhadap kehidupan juga akan 100 peratus berubah apabila mereka tahu tiada perkara yang mustahil.
Daripada tidak boleh berjalan, mereka boleh lakukannya dengan kerusi roda yang selesa. Daripada terasa tidak yakin, mereka boleh kembali bersemangat dengan anggota tubuh prostetik.
Jadi, REMAJA ingin sekali lagi mengajak kita semua menjayakan gerakan #RexonaMoveForGood oleh Rexona ini. Sambil menderma, sambil bergembira! Betul tak? Kami tahu kita semua boleh melakukannya kerana rakyat Malaysia memang prihatin orangnya.
Sambil menghulurkan bantuan, sambil bergiat aktif di rumah. What is not too love?
Semasa menari dan bersenam itu, jangan lupa juga untuk menggunakan produk Rexona daripada rangkaian ‘Rexona Advanced Brightening’ bagi perempuan dan rangkaian ‘Rexona Men Motionsense’ bagi lelaki.
Dirumuskan dengan teknologi wangian kapsul yang dikenali sebagai motionsense dengan haruman segar buah sitrus, kedua-dua rangkaian deodoran ini menjamin lima kali kesegaran dan mengelakkan bau badan yang kurang enak semasa pemakainya bergiat aktif seperti menari atau bersenam. Ia juga tidak akan meninggalkan kesan kepada pakaian.
Bagi info lanjut mengenai #RexonaMoveForGood, ikuti perkembangan terbarunya di Facebook dan Instagram.