Menarik & Menawan, Ini 6 Gaun Pemenang Miss Universe Paling Diingati!

Share

13 Disember 2021 yang lalu, Miss Universe telah mengangkat India sebagai pemenang sekaligus sebagai wakilan yang akan menjadi wajah organisasi tersebut sehinggalah Miss Universe 2022 diadakan pada penghujung tahun ini.

Dalam pertandingan ini semestinya gaun petang yang digayakan oleh setiap peserta menjadi perhatian. Ada yang hadir dengan rekaan yang sarat dengan pelbagai perincian dan ada juga yang hadir dengan rekaan yang cukup ringkas namun memberi impak yang maksima.

Sarat atau pun ringkas bukan ukuran, tetapi keunikan dan juga aura yang dimiliki si pemakai yang menjadikan sehelai gaun itu lebih menarik. Ini adalah enam pilihan gaun petang digayakan pemenang Miss Universe yang paling diingati.

Kredit foto: Facebook Miss Universe

MISS UNIVERSE 2018, CATRIONA GAY

Menggayakan helaian gaun petang yang diberi jolokan nama “The Lava Gown”, busana rekaan Mak Tumang ini sememangnya memiliki keindahan yang memukau dengan peletakan perincian batuan mewah dengan warna seakan-akan aliran lava dari gunung berapi.

MISS UNIVERSE 2002, OXANA FEDEROVA

Biarpun dia hanya memegang mahkota selama enam bulan sebelum digantikan dengan pemenang tempat kedua. Oxana merupakan antara pemenang pertandingan Miss Universe yang paling diingati. Gaun yang digayakannya juga memberi nafas baharu ketika era itu yang mana pilihan gaun petang potongan empire rona putih itu menyerlahkan nuansa moden dan bersahaja. Gaun ini merupakan dari koleksi Gucci Sping/Sumbber 2002 rekaan Tom Ford.

Kredit foto: Facebook Miss Universe

MISS UNIVERSE 2006, ZULEYKA RIVERA

Berusia 18 tahun ketika memenangi mahkota mahal ini, Zuleyka menyerlah dalam gaun rekaan Carlos Alberto. Saat dia melangkah di atas pentas dalam busana ini setiap mata terpana kerana keunikan dan juga keindahan yang tiada taranya. Gaun melekap pada tubuh dengan rekaan leher terbelah dalam sehingga ke dada cukup unik dengan perincian rantai metalik yang tergandung pada setiap inci gaun lantas membentuk seakan-akan corak menarik. It is one-of-a-kind gowns!

Kredit foto: Twitter Miss Universe

MISS UNIVERSE 2008, DAYANA MENDOZA

Gaun rona kuning ini menambat setiap mata yang memandang. Gaun rona kuning terang rekaan Gionni Straccia ternyata memberikan a breath of a fresh air di atas pentas final Miss Universe ketika itu. Ditambah pula dengan kelincahan Dayana menggayakannya menjadikan gaun ini “hidup” dan diingati sehingga hari ini.

Kredit foto: Insider

MISS UNIVERSE 1997, BROOKE LEE

Kemenangan wanita berasal dari Hawaii, USA ini sudah dijangka kerana kepetahan dan juga personalitinya yang menarik.Rekaan gaun rona biru berbelah tinggi dengan perincian transparen di bahagian torso dan berleher potongan halter menjadikan rekaan tersebut ahead of its time.

Kredit foto: Instagram Riyo Mori

MISS UNIVERSE 2007, RIYO MORI

Gaun yang digayakan oleh Miss Universe yang berasal dari negara Jepun ini bukanlah direka khas untuk dirinya. Sebaliknya, gaun ini merupakan gaun siap pakai yang boleh dibeli dibutik jenama mewah, Gucci. Gaun ini menampilkan rekaan plunging neckline namun ia diseimbangkan dengan potongan lengan panjang. Selain itu corak paisley yang disertakan memberi kelainan. Apa yang pasti saat Riyo berpusing di dalam guan ini alunannya cukup mengujakan.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen