Pelumba Pecut Berhijab Negara Curi Tumpuan Dunia, Ini 8 Fakta Tentang Azreen Nabila

Share

Selepas mencatat masa peribadi terbaik ketika melepasi saingan awal acara 100 meter wanita awal pagi 30 Julai 2021, nama atlet pecut negara Azreen Nabila Alias terus menjadi bualan netizen.

Catatan masanya merupakan yang kedua terpantas dalam pusingan (heat) awal tersebut, lalu ia memberikan harapan kepada rakyat Malaysia untuk melihat kejayaan atlet itu di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Foto Kredit : Stadium Astro

Bagaimanapun pada pusingan seterusnya, Azreen Nabila menamatkan saingan pada kedudukan keenam daripada tujuh orang pelari dengan catatan 11.91 saat. Sekaligus, pelari muda kelahiran Terengganu ini gagal mengulangi larian baiknya pada pusingan pertama pertama dan tidak berjaya menempah slot di pusingan seterusnya.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak bersedih dengan prestasi pelari berhijab ini; bahkan terus memberikan kata-kata semangat untuk dia kembali semula ke Sukan Olimpik yang akan datang untuk memperbaiki prestasinya.

Foto Kredit : News Strait Times

 

Fakta tentang Azreen Nabila Alias , pelari pecut harapan negara.

1. Berasal dari Terengganu dan baru berusia 21, Azreen pernah diketepikan daripada skuad olahraga Terengganu ketika melakukan persiapan menyertai kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada usia 14 tahun kerana fizikalnya berketinggian 1.52 meter.

2. Masih belajar dan merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi.

3. Pelari berhijab yang ringkas orangnya, low profile dan cool, Azreen bagaimanapun bersemangat tinggi untuk membuktikan dia mampu ke hadapan walaupun saiz fizikalnya kecil.

4. Azreen pernah memegang rekod kebangsaan MSSM bawah 15 tahun dengan catatan 12.17 saat (s), rekod MSSM bawah 18 tahun dengan catatan masa 12.02s dan rekod SUKMA dengan catatan masa 11.81s  pada 2018. Cuma tinggal rekod kebangsaan milik G Shanti dengan catatan masa 11.50s yang masih bertahan selama 28 tahun dan Azreen ingin sekali memecahkannya.

5. Dia juga pernah melakukan beberapa kejutan dengan mengalahkan nama-nama besar dalam acara 100 meter wanita di Grand Prix Malaysia sebelum ini.

6. Mula berlatih berlari sejak tingkatan satu hingga lima bersama bekas jurulatihnya, Mohd Nizam Md Yusop, Azreen berjaya memegang gelaran Olahragawati Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 dan pernah bersama quartet

4×100 negara di Sukan SEA baru-baru ni.

7. Azreen berada di Sukan Olimpik pada kali ini atas tiket wild card iaitu secara jemputan.

8. Semasa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini, Azreen berada di sana bersendirian. tanpa kelibat jurulatihnya M.Balamurugan di sisi.

Moga Azreen terus maju ke hadapan dan membanggakan nama Malaysia pada masa akan datang.

Published by
Nana